Pada mulanya, Panda seperti tidak kisah atau ambil perduli, cuma setelah tiga minggu, segala urusan borang dan dokumen selesai, akad juga selesai berlangsung 24 Ogos 2009 yang lalu. Tengku tidak juga berada dalam pelukan. Ibubapanya tiada masalah, cuma nak tunggu clear cheque sahaja lagi sebelum diserahkan anak gadisnya kepada Panda. Harap semuanya dapat diselesaikan dalam minggu ini, dapatlah bawa Tengku ke majlis berbuka Puasa di Kuala Lumpur hujung minggu ini dan di bawa balik ke kampung halaman pada hari raya ini. Keluarga pun belum tengok menantunya ini...
Agak ironi, Panda berkawan , bercinta (ada ker?) dan bertunang dengan orang yang berbeza-beza, dan sekarang ber akad dengan V - Tengku Raudah Dahalan. Wara yang telah bersama selama 5 tahun akan Panda tinggalkan. Harap Wara tak berkecil hati kerana bukannya Panda tak suka poligami atau trigonami, cuma Panda sedar yang Panda tidak mampu untuk membahagikan gaji yang panda dapat setiap bulan kepada ke dua-dua nya. Kasih sayang boleh lah Panda bagi. Untuk CT, biarlah Panda pendam dalam sahaja. Untuk memiliki mu terpaksa Panda buang jauh-jauh...
Walau apapun, harap semuanya berjalan lancar. Bukan mudah untuk puaskan hati semua orang, Panda kan cuba buat yang terbaik. Wang ringgit telah dan akan banyak dihabiskan untuk Tengku, "Barang Baik mestilah Mahal dek", lagipun dah terlanjur telan ajer la... Betul X? Selamat berbuka puasa, cubalah rojak manjung yang panda selalu makan bila ke Plaza Setiawan, seberang jalan dari the Store Setiawan, sebelum jejantas itu. Sebelah kiri ke lumut.
Doakan Panda berbahagia bersama V- Tengku Raudah Dahalan yerk...
elehh panda...buat suspen lah kan? waiting for you new car eh? beraya dgn kereta baru lah yer thn ni insyaAllah.
ReplyDeletesedap nyee nama kete..siap ade tenku tu..huhuhu. njoy ur new ride!!!
ReplyDelete