Isnin (28.09.2009) kembali betugas, walaupun telah memohon cuti untuk hari ini, dibatalkan sahaja. Cuti lama-lama pun naik buntat juga. Hari ini juga, Panda memulakan puasa di bulan syawal (puasa 6). Harap dapat dihabiskan dalam minggu ini. Minggu depan sudah penuh dengan program pejabat terbuka untuk sambutan raya. Raya kali in boleh dikatakan ala-ala 'meriah' juga, kehadiran 'Tengku' menyebabkan Panda lebih seronok kunjung-mengunjungi. Bermula 17.09.2009 (Khamis) terus dari Ipoh ke KL selepas waktu kerja. Walhal pada 16.09.2009 (Rabu) Panda berada di Hulu Perak diatas urusan kerja dan jamuan berbuka puasa di Kuarter pegawai M Hulu Perak. Selepas Solat subuh, Panda terus gerak, lewat masuk opis 2 minit dari waktu yang ditetapkan.
Perjalanan ke Kuala Lumpur agak mencabar, kali ini PLUS di kedua-dua hala penuh trafiknya, tetapi sempat sampai di Kuala Lumpur sekitar 9 malam. Keesokkannya jam 3 pm (18.09.2009-Jumaat). Panda dan adik bergerak dari Wangsamaju ke Kuala Rompin, Lebuhraya sesak dari Nilai-RnR Seremban,walhal hanya kerana pemandu melihat 2 bangkai kereta di RnR Seremban. Kami sampai di Kuala Rompin jam 9 malam. Sabtu (19.09.2009) dok rumah sahaja. Biasalah anak bujang balik sekali sekala... bukannya nak menolong:-P
bukan pemenggang mohor besar...
Pemegang Mohor Besar Raja-Raja telah mengistiharkan bahawa hari Raya puasa telah jatuh pada 20.09.2009 (Ahad), Jadi Rakyat Malaysia pun berayalah pada hari Ahad tersebut, walaupun Brunei beraya pada hari Isnin. Hari Raya pertama, Panda dan famili beraya di rumah Besan-besan yang terhampir sahaja. Petangnya Panda tido, Isnin pun Panda tak kemana-mana, tido dirumah.
Re-union ex-SMKR
22.09.2009 (Selasa) paginya menghadiri Re-union ex-SMKR (Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin) bacth 1990 -1994. kehadiran sekitar 6-7 orang, itupun yang ada Facebook. Terima kasih kepada FB yang merapatkan dan menemukan rakan-rakan lama dan baru. Tengaharinya terus ke Dungun Terengganu, ada Tahlil malamnya di Dungun.
Sepupu sepepeh yang berbagai warna
23.09.2009 (Rabu), Panda dijemput oleh Riju menghadiri majlis persandingan adiknya di Kampung Alor lek, Bukit Payung, sebelum itu sempat singgah di Kg. Kijing Marang. Kemudian ke Selada dan akhirnya Kg Durian Burung Kuala Terengganu. Selepas itu Panda pickup saudara di MYdin Mall, hyper market terulung di Kuala Terengganu. Sentiasa dipenuhi oleh orang ramai. Sempat juga panda Solat Magrib di Masjid Terapung Kuala Ibai.
Kawin Adik Riju
24.09.2009 (Khamis), Panda dan famili pulang ke Kuala Rompin, singgah seketika di Chukai- Kemaman, East Coast Mall-Kuantan, dan Bandar diRaja Pekan. Jumaatnya (25.09.2009), selepas solat Jumaat, Panda ke Endau-Johor dan petangnya pergi membeli buah duku kulit tebal di Kg. Setajam di Pianggu, Tanjung Gemuk.
Sabtu (26.09.2009) Selepas menikmati pulut kuning, Panda memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur dengan singgah beraya di Rumah terbuka ahli Parlimen Kuala Pilah (Timbalan Menteri KKLW) dan rumah CT di Seremban. 27.09.2009 (Ahad) selamat tiba di Ipoh.
Some candid di Rumah terbuka Ahli Parlimen Kuala Pilah
Itulah perjalanan tanpa henti Panda sepanjang raya 2009, badan masih terasa segar, lepas ini apa pula plan Panda yerk? Nak ke Medan terpaksa ditangguhkan sebab bajut dah berada dalam keadaan kritikal, almaklumlah Goment tak bagi Bonus, Sebelum penutup tahun ini (Akhir Disember 09), InsyaALLAH ingi ke Penang untuk cuti-cuti Malaysia ...
Kenapa kah kereta itu dinamakan Tengku Raudhah? kuries saya...Anyway, Selamat Hari Raya!!!
ReplyDeletemeriahnyerr uooolsss..
ReplyDelete