Tuesday, September 15, 2009

Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim...

puasa09 266

Di akhir minggu ke tiga bulan Ramadhan 1430 penuh dengan aktiviti, kali ini aktiviti amal pula. Sama seperti tahun lepas, Panda sempat menyertai program bersama tahfiz di Dato Keramat Kuala Lumpur, tahun ini Panda menyertai program di Ipoh pula.

My creation

Pada 11.09.2009 (Jumaat), Pejabat dan Badan Ugama HQ telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama dengan 14 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim Darul Sallam, Simpang Pulai. Pada bulan Ramadhan ini agak sukar untuk mendapatkan anak-anak yatim yang lapang, semuanya telah penuh dengan aktiviti berbuka puasa. Rezeki mereka penuh dibulan mulia ini, bila habis bulan, kembali seperti biasa... Acara dimulakan dengan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Iman Mohd Sabri bin Nordin, penyampaian sumbangan dan duit raya dan Majlis berbuka puasa.

My creation

Sabtu (12.09.2009) pula, Panda menyertai satu lagi program bersama anak yatim di Asrama anak yatim Nurul Iman di Lorong Dato, Kampung Manjoi. Aktiviti dimulakan pada jam 3.00 petang dengan program motivasi penghuni asrama sehingga lewat petang, kemudiannya diteruskan denagn majlis berbuka puasa, solat terawih dan majlis penyampaian sumbangan derma dari orang ramai. Asrama ini memerlukan lebih lagi sumbagan dalam menyiapkan Asrama barunya di tanah milik Darul Iman sendiri. Asrama ini telah melebihi kapasitinya dengan bilangan melebihi 30 orang. Buat masa sekarang bangunan yang ada adalah didirikan ditanah yang disewakan. Sesiapa yang berminat untuk menyumbang bolehlah hubungi Panda, nanti Panda bagi detailnya.

puasa09 401

Sudah lama Panda tidak menyertai program-program khidmat masyarakat yang bukan dianjurkan oleh tempat kerja. Diharap segala usaha ini dapat diteruskan lagi sehingga selepas Ramadhan ini. Sama juga dengan amal ibadat...

3 comments:

  1. salam aidilfitri maaf zahir bathin dr me dikejauhannns wat abang cute ittewww..

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa dan berhari raya. Dude, ada nampak iklan raya astro? The guy in hte iklan looks like you without the cermin mata :)

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya aidilfitri 1430h
    maaf zahir batin

    Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
    Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
    Suasana hari raya walau di mana pun jua
    Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com