Wednesday, August 26, 2009

Felda Residence Hot Springs Sungai Kelah

P8175580

Telah masuk hari ke 5 Ramadhan, keadaan hari makin lesu dan slow, tambahan pula YB Menteri telah mencadangkan (?) untuk menutup department Panda sekarang ini. Kerana telah handicap katanya. Tapi Panda tidak mau ulas perkara ini banyak-banyak. Nanti jadi blog politik pula, lari dari matlamat asal.

P8175589

Pada 17 Ogos 2009 yang lalu Panda bersama-sama beberapa opismate dari Negeri dan daerah telah menggunjungi Felda Residence Hot Springs Sungai Kelah dengan tujuan yang satu, meninjau akan kesesuaian tempat ini untuk dijadikan venue Hari Keluarga Badan kebajikan Anggota Kerja Opis bagi tahun 2009. Lokasinya berada di tengah-tengah Ladang Kelapa Sawit. Tempat yang menarik lagi mempersonakan...

My creation

Di sini terdapat, kolam-kolam air panas, samada untuk mandi beramai-ramai, ataupun private jakuzi, kolam air gunung, temapt rebus telor, Villa yang mempunyai private jakuzi, seta bilik-bilik hotel yang disewakan. Katanya tempat ini amat meriah pada hari-hari pelepasan am dan hujung minggu.

My creation

Sewaktu lawatan ini, kami di iringi oleh Pak Syed dan dibenarkan mencuba beberapa kemudahan di sini, termasuklah kemudahan yang tidak di gazetkan-mencuci muka dengan lumut mata air panas. Kesannya amat mengkagumkan. Lihatkan kesannya pada kulit muka Panda, lagi cerah dan berseri... Lagi Bagus kalau untuk kulit muka macam bulan...

P8175590

mata air panas

Harapannya, dapatlah Hari Keluarga dijalankan dengan lancar, asyik-asyik ada kontrversi jer bila Panda yang uruskan... Selepas ini pun, Panda kena menggunakan ayat-ayat tahap Dewa bila menulis memo dengan harapan orang lain di langit akan paham....

1 comment:

  1. best tak encik, jadi ke buat family day kat situ.saya dan kawan2 nak pegi sane gak ni,

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com