Sedar atau tidak, hari ini sudah masuk 25 Syawal 1430 hijrah. Masih ada lagi jemputan rumah terbuka walaupun tidak segalak 2-3 minggu sudah. Panda pun dah tak berapa larat untuk menikmati kuih-muih yang telah hampir expired yang dihidangkan kepada tetamu. Panda lebih suka makanan yang malar segar berbanding kuih-muih kebaratan yang di simpang sehingga ke hari raya tahun hadapan.
Dalam minggu ini, Panda telah ke Hulu Perak (12.10.2009) dan Taiping (14.10.2009) untuk seminar dan kursus keusahawanan. Memberi sedikit padangan dan membentang kertas kerja (?). Pada hujung minggu sempat menghadiri 3 majlis perkahwinan. Semua atas undangan yang tidak dapat ditolak. Walhal Panda bukanya suka sangat pergi tempat ramai-ramai orang ni.
Minggu lepasnya (07.10.2009) Pejabat panda juga mengadakan progam pejabat terbuka dan (08.10.2009) Anugerah Penyewa & Premis di Hill city. Bunyinya Ala-ala BZZ gituw.
Agak lama Panda tidak mengemas kini blog ini, ini kesan dari kehadiran Facebook yang lebih mudah dan senang. Lagipun tidak banyak benda yang dapat dikongsi bersama. Aktiviti mengambil gambar pun kurang. Kamera tidak dihantar servis, mula menunjukkan ragam. Jika ada kelapangan dan sesuatu yang ingin di kongsi barulah diupdate.
Hi, Awek dalam gambar tu, kembar ker? Cantik plak gambar tu....
ReplyDelete