Tuesday, August 18, 2009

GATA SIPITANG

P8014825
Kulingtangan Melayu Brunei
Seperti biasa, pelbagai alasan dibuat untuk mengurangkan aktiviti di blog ini, alasan yang klise iaitu agak sibuk ataupun sangat sibuk. Dua minggu berturut-turut Panda lebih banyak menghabiskan masa diluar opis dan malamnya berehat-rehat dirumah. Tidak ada apa-apa persediaan dalam menghadapi Ramadhan yang penuh berkah menjelang tiba. Dalam beberapa perjalanan yang Panda lalui, rasanya banyak benda Panda ingin kongsikan bersama, tetapi bergantung akan kesesuaian masa Panda untuk meng-edit, meng-upload gambar dan menulis di ruangan siber ini.
My creation
Ketika di Sabah sepanjang hujung bulan Julai, Panda sempat mengungjungi Festival Gasing dan Tamu Besar Sipitang pada 1 Ogos 2009 yang lalu. Festival dwi tahunan ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 31 Julai -2 Ogos 2009. Pertama kalinya di adakan pada 2003. Antara program yang menarik adalah pertandingan Gasing Sipitang meliputi peringkat Kebangsaan dan jemputan yang terdiri dari negara-negara jiran, Jualan kraftangan tradisonal tempatan dan juga hasil masyur negeri Sabah di bawah bayu.

My creation
Apa yang paling menarik bagi Panda adalah pertandingan Langsaran, ala-ala main lompat-lompat bagi lantai yang berayun. matlamat utama adalah mencapai 'lampu?' yang berada di siling. kira siapa dapat dialah menang. Panda suka juga tengok orang telompat-lompat ni...
P8014750
Keberadaan Panda di Sipitang amat singkat, sekitar 3 jam sahaja walaupun menempuh pejalanan sehala yang hampir 3 jam walaupun jarak kilometernya hanya 134. Cuma Panda tidak sempat untuk merasa Kepah yang di jual di pinggir jalan dan juga sambal buah binjalnya...

1 comment:

  1. Encik Panda tak beli cawan air dr kayu Tongkat Ali ? Elok tu untuk persediaan badan. Kalau di Semananjung mangkok/cawan Tongkat Ali tak de - yg byk cawan Acopal ye.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com