Monday, August 10, 2009

Bintulu... Serawak

P8075114
Durian Bintulu
Beberapa minggu yang nak dikatakan sibuk... Tidak juga, tetapi mood nak meng update blog makin berkurangan. Mungkin kerana banyak masa dihabiskan di Facebook berbanding lain-lain ruangan networking yang lain.
Selepas kembalinya dari Sabah (Sekiranya berkesempatan akan di isi diruang lain), 3 Ogos 2009 (Isnin) lawatan panel Qualiti dari HQ, Rabunya (5 Ogos 2009) Sambutan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jumaatnya berada di Kuala Lumpur untuk temuduga kenaikan Gred yang lebih tinggi... kata penyelaras temuduga..."baru kali pertama, ada beberapa kali lagi interview kalau nak naik" . Panda tak kisah, kalau ada rezeki tak kemana...
P8085250
P8085237
Petangnya (7 Ogos 2009) Panda ke Bintulu, di sambut oleh Epol di airport Bintulu, petangnya aku ditinggalkan kesorangan di Hotel Kintown Bintulu. Memandangkan Bintulu sedang menganjurkan Festival layang-layang angtarabangsa Borneo, kesempatan ini tidak dilepaskan Panda untuk melihat keunikkan layang-layang yang di layangkan. Program ini berlangsung selama seminggu, Panda tiba diwaktu kemucaknya jer la... Sepetang, Panda habis sudah mengelilingi pekan Bintulu...
P8075093
Pekan Bintulu
My creation
Sabtu (8 Ogos 2009) Paginya panda sempat ke tamu atau pasar besar Bintulu, bila disebut pasar tentulah menjual hasil masyur pertanian. Setelah menikmati mee jawa serawak special (ada 4 cucuk satay), panda mengunjungi kampung Jepak iaitu kampung nelayan (menurut wekipedia). Kampung ini terletak di seberang sungai mengadap pekan Bintulu. Pertama kalinya panda melihat gadis cantik yang menjaga penambang sebelah Bintulu... Caj RM0.50 per trip.
P8085294
te'ong
P8085145
mee jawa special
Tengaharinya Panda mencuba laksa serawak, dan mengambil kesempatan untuk makan akanan tradisional Bintulu (Malanau) seperti kopi berempah dan te'ong (sepeti otak-otak tetapi dibuat dari sagu dan berinti udang). Malam, Epool telah membawa Panda dan dua rakan sekerjanya ke restoren Seribu Bintang di kampung Baru untuk menikmati Lelapan dengan anika lauk.
My creation
9 Ogos 2009 (Ahad) paginya kami di bawa ke taman Tumbina Bitulu ataupun taman Tumbuhan dan Binatang dan dikatakan satu-satunya taman yang mengandungi haiwan dan tumbuhan di Serawak pada masa ini. Siap ada taman rama-rama, harimau dan burung-burung. Taman orkid, Bunga kertas, kadtus dan juga pohonpohon balak dan herba yang baru tumbuh....
My creation
Penerbangan pulang Panda pada jam 1610 dari Bintulu dan tiba pada jam 1805 di LCCT 9 Ogos 2009. Perjalanan kali ini memberikan pengalaman berharga dan moral yang tinggi iaitu- Jangan pergi jalan sorang-sorang...nanti mati kutu.
P8085203
Anyway Panda masih tiada teman untuk program Saigon City, Vietnam pada Januari 2010 dan Vilentine, Loas pada Februari 2010. Sesapa nak join boleh lah... Selepas ini Panda terpaksa kurangkan aktiviti jejans sebab dah ada komitment lain bermula September 2009 ni. Tapi kalau ada rezki, Panda akan tetap jejans... Semoga rezeki kita semua makin melimpah ruah... Jangan lupa bayar zakat yer...

2 comments:

  1. Committment lain Sept ni ?
    Dah nak commit yourself to a family life ? syabas..... tunggu lama2 pun tak elok gak.

    ReplyDelete
  2. saigon n vientien? menarik! nway mase tu h1n1 dah xdek ke?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com