Pagi yang cerah lagi ceria, Hari ke 3 (01.06.2009-Isnin). Kami dikejutkan seawal 6 pagi untuk meneruskan perjalanan. Hari ini, matlamat utamanya adalah mengunjung Great wall of China. Kedudukan Hotel kami yang berada di Selatan Beijing membolehkan kami merentasi Bandaraya Beijing untuk ke utara dimana terdapatnya lokasi lawatan kami. Sempat juga melalui menara CCTV dan CCTV international yang terbakar pada awal tahun lalu. Bangunan CCTV ini sangat unik.
Aetelah perjalanan hampir 2 jam merentasi Bandaraya Beijing, kami tiba di Jed Factory, lepas tu Cristal factory dan akhirnya makan tengahari di kilang cooper. Tak larat nak tengok barang-barang kemas ini.
Selepas solat, perjalanan mengambil masa 30 minit untuk ke Great Wall of China menggunakan pintasan Yudong (klu tak silap la). So kami pakat-pakat abik pics reramai sebelum memulakan perjalanan ke atas. Meleleh gak nak sampai kat tingkat pertama bagi melayakkan kami mendapat sijil pendakian. Panda pun sampai setakat tu ajer dan beli sijil. lepas puas abik pics kami kembali ke Pintasan.
Selepas kami dah krem, kami meneruskan perjalanan ke kilang herba Boufuling, disini kami dijamukan dengan aksi silap mata memengang besi panas, kesan terbakar boleh hilang dengan menyapu cream Baoufuling tersebut. Selain itu ada juga dijual koyok Cina disini.
Sekali lagi merentasi Bandar Beijing yang agak sesak lebuhrayanya tetapi agak lancar, kami pun pergi diner diluar bandar. Makanan kat Beijing sesuai dengan selera Panda walaupun agak tawar tetapi lazat gituw...
wowww!!! beijing.... menarik tuuuu... pototravel memang terkenal dgn tour nih.... good for u bro!
ReplyDelete