4 Jun 2009 (Khamis)- Selepas sarapan, kami telah dibawa ke China Town di Shanghai. Tempat ini menjadi kunjungan tetamu-tetamu Nagara ke Shanghai. Antara ikon yang menjadi tumpuan adalah jambatan Zig Zag. Kat sini macam Central Market kat Malaysia tetapi dia meliputi beberapa bangunan dan menjual berbagai cenderahati. Yang bagusnya, kita masih boleh tawar menawar sehingga 90% (bergantung kepada barang).
Selepas separuh hari di China Town, kami dibawa sekali lagi ke muslim restoren di No 72 Zheng Jiang Road Huang Pu District, Shanghai. Panda rekemen restoren ini sebab ia adalah satu-satunya restoren halal 100%. Yang lain Halal tapi ada jual arak gak. kat sini takder. Sebelahnya pula ada jual itik goreng dan kambing yang halal gak.
Setelah Solat, kami sekali lagi ke Pusat ubatan China, lagi sekali diurut kakinya. Kamudian setelah diner direstoren yang sama kami dibawa ke Tabing SUngai Yang zhe untuk menyusuri sungai dengan menggunakan bot. Disini kami menikmati suasana malam di Sungai dengan permandangan Timur dan Barat Shanghai.
Setelah habis tempoh satu jam menyusuri Sungai dengan bayaran RMb150 walaupun pada tiket hanya RMb100, kami kembali ke restoren untuk menikmati diner kali ke2 iaitu set steam boat . Memang maverlous la steamboat dia... Tak sempat abik pics...
Malamnya kami kembali ke Hotel dengan kepenatan. Hari ke 7, 5. Jun 2009 (Jumaat) setelah checkout Hotel, kami terus ke Airport. Flight dijangka jam 11.45 pagi, setelah menunggu hampir sejam, flight delay disebabkan ada suspek H1N1 lak. Kami diberi boucher makanan sebanyak RMb75 seorang sementara menunggu penerbangan gantian ke Hong Kong. Kami makan sampai buntat salad Burger King, sebab yang lainnya semuanya ada Pork. Jam 2 petang kami meneruskan perjalanan ke Hong Kong. Sampai di Hong KOng, penerbangan kami ditangguhkan ke pagi esok akibat kelewatan tadi. Setelah melalui prosedur ketat kami dibawa ke Regal Airport Hotel untuk bermalam. jam dah menunjukkan pukul 6 petang. Nak tak nak kami terpaksa menukar wang kepada HKD lak sebab nak beli pakaian untuk hari esok. Dari Hotel ada free sutle ke Thung Chung new town. Kat situ kami shooping sakan, semua branded product dijual dengan potongan harga. Tengah mid year sales. Yang penting original. Kami juga diberi boucher diner sebanyak HKD200 dan breakfast HKD100. Lumayan lantaknyer, cuma sedikit jer boleh dimakan.
6. Jun 2009 (Sabtu) kami kembali ke bumi malayan, tiba kira-kira jam 1 tengahari. Pengalaman perjalanan ini agak menyeronokkan, walaupun pada awalnya memang Panda tak suka pergi pakej, sebab kena mengunjungi kedai-kedai yang tyak berapa murah. Tetapi dengan team yang hebat. Pejalanan yang memenatkan pun menjadi menyeronotkan. Lepas ini nak ke mana pula yerk?
seronok berjalan
ReplyDeletepic d flickR kan?