Thursday, May 28, 2009

Lubuk Timah& Taman Botani, Simpang Pulai

P5241450

24 Mei 2009 (Sunday)-Petangnya Panda, Zam dan Tar telah berkunjung ke Jeram Lubuk Timah di Simpang Pulai. Lokasinya adalah berda kurang 5 km dari simpang jalan Cameron Highland-Simpang Pulai. Tidak jauh dari tol Simpang Pulai, ambil jalan ke Cameron Highland dan simpang ke kanan dalam kawasan kuari batu, ada jalan berbatu yang menuju ke lokasi ini. Kawasannya mengalami pencemaran yang teruk, dan berada ditengah-tengah ladang kelapa sawit dan kuari batu.

P5241471

Lokasi Lubuk Timah berhampiran dengan bandaraya Ipoh menjadikannya tumpuan penduduk sekitar, Bayaran masuk untuk parking adalah RM1 dan dibayar ntah kepada sesiapa yang berada dipondok usang jalan masuk. Tempatnya agak menarik terutamanya di hulu Sungai. Terdapat sebuah empangan yang telah pecah atau ada laluan air dikiri dan kanan yang menjadikan seneri nya lebih menarik.

My creation

Terdapat juga kolam air panas disini, amat baik untuk kesihatan dan ramai orang didalamnya. nasib baik airnya lebih jernih dari air sungai yang berada disebelahnya.

Setelah beremdan lebih kurang 30 minit dan hari semakin senja, kami beredar ke Taman Botani, juga berada di Simpang Pulai. Kedudukannya berada ditengah-tengah kawasan perumahan Taman Botani menjadikan ramai manusia berada disitu. Pemandangan amat menarik dengan berlatar belakangkan Tasik buatan terutamanya waktu senja....

My creation

Terisi jugaklah hari minggu Panda dengan aktiviti jejans... Malam ini panda nak nonton Terminator lak. Esok nak cuti ganti. Nak kemas barang untuk trip Beijing & Shanghai next week, So Panda takkan online sepanjang minggu depan bermula Sabtu ini. Semoga Panda dapat kembali tanpa dikuarantin kan di mana-mana lokasi. Lepas ini nak ke Pulau Perhentian lak...Ada sesapa nak ikut, dalam akhir bulan 6 atau minggu ke 2 bulan Julai...

Tuesday, May 26, 2009

Taman Pesisir Ipoh Waterfront

P5221439

Di pagi yang indah, kelam dan mendung. Matahari belum menampakkan dirinya. Setelah Panda berada dalam keadaan kepanasan beberapa nahri, petang semalam hujan turun seadanya... melegakan warga ipoh dari perpeluhan melampau.

P5221402

My creation


Hari kedua dalam tahap keboringan melampau, walaupun banyak benda perlu dilakukan, semuanya agak terhenti kerana bujet yang meruncing. Alasan yang boleh diterima. Nak buat susulan, banyak lak isu nak dijelaskan. Atau mood untuk ke China lebih berkobar-kobar dengan ketidakpastian akan wabak H1N1 yang merebak.

P5221411

Jumaat lepas, sempat juga melayan anak sepupu yang telah bermaustatin di Ipoh ini hampir setahun yang lalu tanpa pengetahuan Panda. Sejak dia melarikan diri dari kampung halaman tahun lepas. Jadi bawalah beliau ke Restoren Nasmeer di Riverfront di tepi sungai Kinta. Cuma minum air, walhal Panda suka makan westen disini. Sos steak atau lambcopnya sedap, bukan dagingnya tau... Kalau nak order bagitau dia, jangan gareng sangat dagingnya...

Friday, May 22, 2009

Hari Bertemu Pelanggan-Hulu Perak

P5211283

21.05.2009 (Khamis) perjalanan yang mengambil masa 2 jam dari Ipoh ke Pekan Grik dengan mengambil kira berhenti meng-qadarkan hajat di plaza tol Kuala Kangsar dan makan roti canai ranggup di Kati (sebelum tasik Raban). Terasa agak hangat. Samapi jam 9.30 pagi dimana semua program telah dimulakan. Panda sendiri terpaksa singgah sebentar ke Lengong untuk menghantar barang yang diamanahkan.

My creation

Program berjalan lancar melibatkan beberapa agensi lain termasuk Klinik Kesihatan Daerah, SSM dan beberapa usahawan. Agensi pun melibatkan semua ketua unit dengan pelbagai aktiviti termasuk klinik usahawan, sessi dialog, Kursus Asas Keusahawanan dan Gerak Gempur. Disamping sessi bual bicara juga diadakan sesama ketua unit...

My creation

My creation

Yang penting sessi makan-makan tidak dilupakan. Untuk makan tengahari, penganjur menyediakan lauk daging rusa. Tiada picsnya disini sebab rusanya sudah tidak kelihatan kecuali dagingnya yang sama sahaja dengan daging-daging lain. Rasanya ajer yang agak menarik... Petangnya pula kami dijamu dengan pulut durian yang dibawakan khas dari Bukit Gantang. So makan-makan sampai naik darah...

P5211280

Program tamat jam 6 petang, Panda sampai ke Ipoh sekitar 7.30 petang. Tiada apa yang hendak ditambah disini. Ingatkan nak turun ke KL esok, untuk men-servay kadar tukaran asing RM berbanding Remidi China. Bujet tak berapa besar cuma sekadar cukup untuk belanja diri sahaja. So kekawan tak perlu harapkan cenderamata dari Peking yerk....

Wednesday, May 20, 2009

Busan

P5192062

Tahap kebosanan melampau.... Perancangan awal, Panda akan ke Hulu Perak, samada ke Pengkalan Hulu atau Gerik serta jajahannya. Katanya ada program Gerak Gempur mengutip hutang-piutang bagi peminjam tegar. Menjadi fokus kami pada waktu ini untuk membuat kutipan dengan lebih lagi setelah mengalami defisit teruk dalam pengeluaran. Tetapi Bos nak join juga, so semuanya ditangguhkan ke esok hari bersama-sama program Hari Bertemu Pelangan di Gerik. So, Panda agak jem la hari ini, walhal banyk benda nak kena buat...

Semalam, 19.05.2009 lawatan panel Qualiti bagi pertandingan peringkat zon tengah. Segalanya berjalan lancar setelah beberapa hari bertungkus lumus menyiapkannya (orang lain la-Panda dok jadi kacau daun jer) Ala-2 buat sibuk...bukan orang penting pun (dengan nada sedikit keciwa...).

P5181940

Sejak-2menjak virus H1N1 merebak ni, rasa tak berapa stabil lak emosinya. Ada rasa-rasa nak demam, kalau nak demam kena demam sekarang. Next week dah nak fly ke Beijing dan Shanghai. Susah juga kalau booking awal-awal ni, lepas tuw bila ada apedemik... hati dah berbelah-bahagi. Tapi sebab dah bayar dan tiada nasihat perjalanan dikeluarkan, Panda Ons jer.. kena pakai mask la sepanjang berada di sana.

P5192076

Sejak 2menjak ni pun, mood Panda nak ambik pics baru pun dah menurun, cuma Panda amat rindukan Pulau... tambahan pula bila tengok pics lama.. Setelah ke-cancel-an program Langkawi dan Kapas, masa amat suntuk untuk tambahan program baru ke pulau... Klu ada rezki, nak kena g Pulau jugak ni. Tahap tepun dah sampai ke ubun2 ni...

Friday, May 15, 2009

Ntah apa2

PC255458

Sepanjang minggu ini, selain meeting yang berpanjangan kerana program anugerah Qualiti peringkat zon utara yang akan berlangsung pada 19.05.2009 (selasa) ini. Panda tukang sibuk jer...

Pada masa yang sama bZZ dengan tempahan tiket flight untuk ke Bandong Indonesia, walhal pada mula cadangnya pada bulan Disember 2009 ini, tetapi bila Airasia melancarkan RM0 tiket, kami push ke bulan april 2010, sebab bilangannya meningkat ramai, kalau Panda pergi seorang, tak kisah bila-bila pun. So group Panda dah mencecah 17 orang, hanya 10 orang sahaja yang medapat tiket RM0, yang lain lambat bagi duit dan no IC, kena bayar mahal skit la.
Pening juga, lepas ini baru cari pakej ongroung kat sana lak, masing-masing nak pergi shooping, jadi sesuailah ada masa 11 bulan lagi untuk kumpul duit pakej dan belanja disana nanti...
Pada masa yang sama, sempat lah booking untuk ke Bintulu pada awal bulan Ogos 2009 dan ke Loas pada Februari 2010. Saigon, Vietnam pada Februari 2010 telah ditempah pada offer RM0 airasia yang lepas... Lepas ini kena jimat cermat dengan lebih lagi lah.. nak travel..
Next 2 week nak pergi Beijing & Shanghai. jangan lah H1N1 menganas dengan teruknya kat China... Semoga Panda selamat kembali....

Monday, May 11, 2009

MIHAS 2009

P5091015

Bapa bersama anak2 di MIHAS 2009

Sepanjang minggu lepas 4-8 mei 2009 penuh dengan mesyuarat, walaupun dalam keadaan ekonomi gawat ini, lebih banyak mesyuarat dari membuat kerja-kerja hakiki. Bermula 4 Mei pagi, mesyuarat ketua unit dan mesyuarat Qualiti, petangnya ke Shah Alam. Kami menginap di Hotel De Palma, Shah ALam seksyen 19. Biliknya kecil lebih kurang Tunes Hotel. yang paling tak bestnya, semuanya katil Queen... SO, malam tu, semuanya mendapat pasangan tido masing-masing. Yang penting murah dan jimat bujet company.

5 Mei 2009 (Selasa), sepenuh hari berada di Anggerik Mall Shah Alam untuk menerima atau mendengar taklimat dari department pembangunan Usahawan dan lain-lain supporting department. Lebih banyak cerita-cerita yang menakutkan dalam keadaan sekarang... terutamanya pasal gaji yang hampir-hampiran tidak mampu dibayar oleh kompani. Begitu juga rabu-jumaat masih lagi dengan meetingnya...

My creation

Sabtu (09.05.2009) kami lebih kurang 32 orang memulakan rombongan ke MIHAS di Tempat letak kereta MATRADE Kuala Lumpur. Ramainya orang, nasib baik naik bas, klu tahun lepas pergi dengan kereta, mau pusing balik Panda. Banyak benda yang dipamerkan adalah bahan makanan. So, Panda takpayah keluarkan duit untuk lunch, sebab banyak makanan percuma untuk dirasa bukan dinikmati. kalau ada 4 hall, mau kenyang. Yang paling best minuman malt atau halal beer dari Iran. Selain promoternya yang paling cantik (lebih cantik dari promoter alatan kecantikan), rasanyanya memang menyegarkan. Harga RM3 jer... Tapi panda tak abik pics....

My creation

Setelah itu, kami ke Masjid Wilayah persekutuan untuk Jamak Zohor dan Isyak. Ada penambahbaikan (atau pemburukkan) dilakukan dipintu utama masjid yang besar ini. Sudah lama dah ke sini, seingat Panda masa baru-baru buka dahulu. Selepas itu, kami ke Mutiara Damansara untuk mengunjungi IKea dan kawasan sewaktu dengannya...

Sunday, May 3, 2009

Lengong - Muzium Arkeologi & Lata Kekabu

My creation

Selepas seminggu yang penuh dengan pelbagai mesyuarat dan aktiviti, akhirnya kembali kepada cuti yang ala-ala kesunyian. Nasib baiklah ada undangan dari rakan-rakan sekelas masa belajar dulu, Jumaat (01.05.2009) Panda ke Batu Gajah untuk berjumpa Bird, yang best nyer bird telah berkawin dengan classmate Panda (sama course) Tapi ini majlis perkahwinan adik mereka, cuma Panda datang awal sama fifi bagi memenuhi undangan dan bertemu kawan-kawan lama. lebih 10 tahun tidak ketemu muka.
Sabtu (02.05.2009) perjalanan dimulakan dam 11.00 pagi ke Kuala Kangsar, singgah di Lubuk Merbau untuk mengambil 2kupang bersama-sama panda ke Majlis sambut menantu Nadia (xclassmate masa buat bachelor dulu di UiTM Dungun). Meriah juga majlisnya kalau dikira dibuat di Kampung Tasik Raban ini... PTD lawan Emegresen.
Suatu yang membosankan bila ke majlis-majlis macam ini, soalan-soalan klise sering ke udara dan soalan-soalan ini biasanya dijawab dengan klise jugak la.. Takpalah, ada jodoh tak kemana. Tanya 2kupang 'Dah desperate sangat ker?' entahlah... 'Abang Ok Jer':-P

My creation

Kenyang makan nasi dan bergurau senda dengan pengantin, kami meneruskan perjalanan ke Muzium Arkelogi Lengong dimana tersimpannya jasad Perak Man yang berusia lebih dari 70,000 tahun. Pic diatas adalah replika tulang perak man tersebut. Muzium ini berada dalam 4 km dari Tasik Raban. Di tengah tengah Ladang Kelapa Sawit. Apa yang menariknya, salah seorang pak guard kat situ boleh menjadi toursit guard yang baik dan dapat menceritakan semua cerita dan sejarah bermula zaman pelolitik hingga sekarang dan lain-lain cerita berkaitan Lengong... Jadi mai la beramai-ramai ke sini sebab kesunyian itu terlalu indah.... Cuma bawalah bekal air, cuaca yang panas akan menyebabkan anda dahaga.

My creation

Perjalanan diteruskan dan sempat singgah ke Lata Kekabu, kedudukannya antara Tasik Raban dan Muzium Arkeologi, Ada papan tanda tetapi jalan masuknya agak sempit. Menggunakan jalan dalam kebun getah dan kelapa sawit. Cuma dalam 200 meter dari jalan utama. Kelengkapan disini agak lengkap jadi tiada masalah untuk mandi-manda.

My creation

Abislah cerita sehari selepas hari buruh aka pekerja, hari ini tak tau nak buat apa lagi, nak ke Jusco Kinta City parkingnya dah kena bayar bermula semalam tetapi masih lagi sukar mendapat parking. Esok akan mesyuarat sepanjang hari dan petangnya akan ke Shah Alam ada meeting lagi dengan orang HQ. Walaupun peruntukkan dah habis tetapi rasa makin stress dengan kerja-kerja pentadbiran sambil-sambil mencuci mangkuk-mangkuk yang tak disentuh sekian lama. Tapi Panda tetap maintain:-P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com