Saturday, November 29, 2008

Khaled & I - Batu Cave n KL

My creation

Baru jer kembal dari Cherating setelah berada 4 hari 3 malam di sana. Bermesyuarat hingga lewat malam dengan pelbagai agenda dan berita terkini. Maklumlah tahun depan adalah tahun yang mencabar bagi kami. Walaupun pada hakikatnya cabaran itu memang ada dalam kerjaya yang tercabar dan dicabar ini. Cerita pasal meeting akan dimasukkan dalam entry yang berlainan.

Kedudukan Best Westen Seuria Cherating yang berada di Sempandan Kemaman-Kuantan, just 8km dari bandar Chukai, amat menyedihkan. Sepanjang seminggu amatlah susah nak online. Celcom 3G memang lah hampeh di Kl ni dan juga di Cherating nun. Dah la WiFi di dikenakan bayaran RM5 sejam, 6 jam RM15, tapi kena guna berterusan. Macam Takder kerja lain nak buat selain ngadap internet kot.

Badan aku naik lunyai, ala2 nak demam jer. Bila berada dalam Air cord dalam tempoh yang lama, mesti aku rasa lain macam. Esok akan ku teruskan perjalanan dari Wangsa Maju Kl ke Ipoh. Another 2 1/2 hours drive:-(

My creation

24.11.2008 (Monday)- Selepas menghadiri perkahwinan dan hutan Lipur Lentang, Khaled dah naik shok, dan bila melalui Batu Cave dia pun gatal nak pergi situ. So hari Isnin tur terkial-kial la aku mencari jalan untuk ke Batu Cave. Thanks Khaled to show the road (bahasa apa aku guna ni?). Selepas 1 jam dari Hotel Istana, baru dapat menjejak kaki ke Batu Cave ni. Sempat lah menaiki 200++ anak tangga yang ada di sana dan melihat ritual2 agama Hindu di situ. Agak betuah, kerana ada pasangan Hindu yang melansungkan perkahwinan pada masa yang sama. dengan pantasnya aku menukar lensa kamera untuk mengambil potret-2 yang bersesuaian...

My creation

My creation


Tamat acara di Batu cave, kami ke KLCC untuk pemeriksaan darah, kata Khaled murah buat di Malaysia, just RM25 untuk HIV test. Aku pun buat sama la, senang aku kawin tahun depan takyah buat lagi (Wah! Statement!!!). Ala-2 berdebar walaupun suci gitew. AlhamdulLLAH, masih suci. Boleh la kawin nex year...Sapa-2 nak masuk meminang? TnC applied:-P

Lepas lunch yang agak lewa dan aku pun lapar yang amat, kami ke KL Tower, puas gak aku cuba upload pics kat blog ni, tapi asyik DC jer... bengang gak aku. Jadi yang selebihnya boleh tengok kat flick aku la yer...

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com