Tuesday, December 2, 2008

Best Westen Suria Resort, Cherating, Chukai & Pekan

Baru habis meeting, selepas berhempas pulas selama 2 hari siapkan 18 application nak bawak masuk meeting hari ini. Walaupun aku nak caras satu application, tapi lulus lak:-P Keadaan aku memang penat giler, rasa tak larat sangat. Dok abik morfin jer tiap malam, klu tak, xboleh tido. Ini yang precribe punye, bukan haram tau. Tapi bangun pagi mesti tongteng. Dah la hari ini masuk lewat 1 minit, biasa awal 30 minit. Bangun lewat, makan ubat jam 1am semalam. Apa2 hal semua berjalan lancar. Sebelum memulakan menaip paper untuk talk esok, nak relax jap sambil update blog ni. Sok tak masuk opis da.. nak ke Manjung. bagi talk pasal Kewangan lak. Lama dah aku tak bagi talk. Skill makin tumpul...

Bulan Disember ni penuh, Next week Raya Haji, Tak balik kampung, maybe maksimum pun beraya kat KL jer, Selasa (9.12.2008) masuk kerja, Rabu (10.12.2008) ada majlis korban kat rumah aku di Ipoh ini, seekor lembu, kira ala-ala bergotong royong dari korban sampai kenduri makan tengaharinya.

12-14.12.2008 -Pulau Pangkor - Kursus Pemantapan Modal Insan
15-18.12.2008 - Sri Malaysia Bagan lalang- Self empowerment Toward Excellent & Leadership
20.12.2008 - Teluk Rubiah resort - Hari Keluarga Opis aku
25-29.12.2008- Cuti Qmas -Tak tau lagi nak g mana?
30.12.2008 - Tutup Akaun....

Penatnyer...

My creation

Balik cerita Best Westen Suria Resort, Cherating Kuantan (26-29.11.2008), perjalanan hari birthday aku, walaupun tak berapa sihat, Malamnya di mulakan dengan tazkirah dari Pengarah bahagian samapai jam 10 pm. Pagi berikutnya bermesyuarat sampai jam 12am. Banyak isu yang di utarakan. Al maklumlah, keadaan makin panas menjelang Mac 2009. Harap setelah Mac 2009, semuanya akan bertambah baik. Takder la ramai yang dapat surat tunjuk sebab dan kena tukar 24 jam. Aku pun nak kena tukar, tapi aku nak pergi Moscow....

My creation

Petangnya, pergi ke Bandar Chukai (Walupun tiap petang keluar menikmati keindahan Pantai Monica Bay sambil makan keropok lekor dan Satar panas) Sempat singgah kawasan Limbong yang banyak berubah..tak macam dulu penuh dengan rumah setingan (1994).

My creation

28.11.2008 (Jumaat) Acara lawatan lak, kami ke kawasan Industri Sungai Isap tengok kilang buat marker pen dan highlighter. dapatlah markre pen free jenama Kedidi... Perjalanan di teruskan ke Pekan, melawat projek ternakkan ikan Patin dalam sangkar di sungai Pahang. Air Sungai Pahang dah penuh, tunggu masa nak banjir jer. Yang best dapat naik rakit sangkar ikan.

My creation

Malam akhir ada BBQ, tu pun kita korbankan 2 lunch dan 3 high tea tuk buat BBQ ini. Jadi tu bukannya Kek Hari Jadi aku, dan tahun hanya dapat 1 hadiah, selain hadiah dari pembekal Kad Kredit aku. Thanks Tony Chen for da present:-P

Ok, nak sambung keja, buat paperwork tuk talk esok...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com