Monday, November 17, 2008

Kuala kangsar, Bandar DiRaja Perak

15.11.2008 (Sabtu)-Hari yang agak penuh, menerima beberapa kunjungan rakan lama dan baru, paginya dari Megat Khairudin yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Mertajam, Tim yang telah bermaustatin di KL, dan sepatutnya Hamdi dan ShahRamling pada petangnya tetapi dibatalkan 2 jam selepas komformation. Malamnya, menerima satu lagi kunjungan seorang sahabat dari Medan, Indonesia (Sebenarnya pelajar UKM). Ketibaannya Agak lewat, kira-kira jam 8 malam. Jadi bawa makan nasi Lemak Medan Gopeng ajer la.

15.08.2008 (Ahad)-Memandangkan Panda agak kebuntuan ide, dan housemate mencadangkan untuk melawat sekitar Kuala Kangsar. Tambahan pula masa yang ada agak singkat, cuma maksimum 4 jam sahaja pada Ahad ini.

Perjalanan dimulakan pada jam 8.30 pagi, breakfast di Hentian Sungai Perak dan lawatan pertama di Galeri Sultan Azlan Shah. Galeri ini dipenuhi dengan cenderamata dan barangan pribadi DYMM Sultan Perak mana ini... Maaf, Kamera tidak dibenarkan di dalam bangunan galeri...

My creation

Lawatan ke 2 diteruskan ke Masjid Ubudiah, masjid yang sering menjadi Ikon bagi Malaysia. Antara Masjid yang tercantik seni binanya di Malaysia, kedudukanya di Bukit Chandan berhampiran Istana Kenangan dan Istana Iskandariah.

My creation

Lokasi ke 3 adalah Istana Kenangan ataupun Muzium di Raja. Keunikan bangunan ini adalah tidak menggunakan paku dan bentuknya yang menyerupai pedang. tetapi tak banyak bahan yang dipamerkan disini. Nasib baik free...

My creation

My creation

Singgah sebentar di pinggir Sungai Perak yang merah airnya akibat pembalakan yang makin tidak terkawal di negeri ini, tambahan pula hujan yang mencurah-curah setiap petang...

My creation

Masuk bandar dan melihat-lihat Pavalion yang telah di tinggalkan usang tanpa penjagaan dan pemuliharaan oleh pihal berwajib... Mula kusam gitew..
.
My creation

Lain-lain tempat yang dilalui adalah Istana Iskandariah, Maktab DiRaja Kuala Kangsar (MCKK) dan tepian Sungai Perak. banyak sebenarnya tempat boleh dilawati, tetapi masa tidak mengizinkan. Sempat juga melihat pokok Getah tertua di Malaysia. tapi tidak berselera untuk berhenti mengambil gambar.

My creation

My creation

Agenda biasa, walaupun perut masih kenyang, senggah makan Laksa perak bersama Air Kelapa Limau. Pada tahun 2006 yang lalu, perniaga ini menggunakan Lemon, mungkin kerana Lemon naik harga kot... Sempat juga aku merasa Ais krim potong, perasa durian lagi. Murah, RM1 berbanding Baskin & Robin RM18.60 untuk 2 scoop:-P

Petangnya ke Jusco untuk membeli beberapa buku dan ketemu Doc. Hanif yang akan memulakan karier sebagai doktor di Hospital Manjung. Berbuka puasa bersama....

Sesiapa yang ingin datang bertandang ke Ipoh, bolehlah teman bawa berjalan2. Klu teman dok sorang memang tak terpeginyer.

Next Week, aku akan berada di Kuantan bermula 26-29.11.2008. Ada Mesyuarat bagi post aku untuk peringkat Malaysia (macam peringkat kebangsaan lah) Banyak lagi paper tak buat ni nak bawa masuk meeting..kerja-kerja oik...

9 comments:

  1. wahhhh kuale
    rindu nak makan laksa tepung beras tuh hehe pekena cendol sekali. hehe :)

    ReplyDelete
  2. heheh panda.....nexmonth i akan datang ke kuala kangsar...insyaAllah....semoga dapat berjumpa di sana..sana..sana

    ReplyDelete
  3. banyak jugak tempat menarik di kuala kangsar ni ekkk?? dekat sepuluh tahun tak jejak ke sana... :/

    ReplyDelete
  4. alamak..panda duk ipoh eh? sabar jer...
    raya lepas saya sempat beraya ke ipoh..rumah my director...then singgah ke rumah my hse mate...:)

    ReplyDelete
  5. Hmmm...dah bertahun2 balik ke kuala kangsar...tak pernah pun hati ni tergerak nak singgah kat bawah kanvas tu sbb lebih bertumpu di kawasan LEMBAH..tengok gambar yg u snap..next visit nak try kat sini lah..
    Kalau tak salah ader satu lagi tempat belakang sekolah cina. Laksa dia pun best gak..
    Thanks for the info.

    ReplyDelete
  6. beb,
    you got talented in photogaphy. Nice angle shoot.

    ReplyDelete
  7. me baru balik dari kuala kangsar tewww..

    ReplyDelete
  8. br wat research about kuala kangsar.~
    plik dgn pihak mpkk yg bnyk senaraikan tmpt yg menarik or yg mnjadi tarikan kt kk tp mostly x diselenggara dengan baik..hehe....
    kuala kangsar kate jer bndar warisan..tp ciri-ciri bndar warisan hnye trtumpu di bukit chndan sahaja...
    pusat bandar kk mati pada waktu mlm..kate landscape arhitcture kt mpkk,mpkk mengalami masalah kewangan untuk menyelenggara keaadaan kt sana.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com