Sunday, September 21, 2008

10 malam terakhir...

Ramdhan telah berada di fasa ke 3, iaitu 10 hari yang terakhir, di mana fasa pelepasan dari Neraka jahanam... malangnya, bila makin akhir makin lah malasnye.. Setan belum lagi terlepas, nafsu makin lemah...Tapi aku makin malas... Malangnya hidup ini, tidak dapat memanafaatkan peluang dan anugerah yang diberikan kepada muslimin dan musliman...

20.09.2008 (sabtu)- Antara hari yang tidak dimanafaatkan oleh aku, pakat2 dengan housemate siapa paling lewat mungkin. kuang 3000X. Tapi solat subuh tak tinggal tau, tido pun selepas jam 10.30 pagi.. Sebelum tur mata cerah. selepas solat zohor, singgah ke Ipoh Parade, jupe Dr. Hanif & the geng, bukan nak dapatkan rawatan atau ubat (bukan makan ubat pun aku ni), just nak window shoping tuk hari raya ni. Takder yang menarik nafsu aku pun tambahan tunggu gaji isnin ni, klu cukup bujet boleh la shoping sebelum balik raya ni..

Petang, ngan housemate pegi la bazaar ramadhan di Taman Cempaka, (berhampiran Politeknik Engku Omar yang ala2 popular tur) katanya ala2 divas kat situ, bila sampai..terkuciwa lak aku, just dalam 20 gerai jer... Jadi beli la ayam percik..nak cari sop panas pun takde...


Abis tur, terus cabut ke Bazaar Ramadhan di Stadium Ipoh. kan situ much better la... Maka aku daptkan sup lembu panas yang busuk lagi tak best (beli sebab tak boleh rasa dan satu-satunye sup panas kat situ). 1st time la aku tak hirup sop sampai habis. Potong stim betul...
Kat Ipoh ni, Bazaar Ramadhan yang besar berada di taman perpaduan, area Tambun atau ulu Kinta, aku pun xdapat nak pastikan yang mana betul. Maybe yang terpanjang kot kat Ipoh ini. Aku pun baru sekali ke sana, +-12km dari pusat bandar Ipoh. Tempat-tempat lain yang kecil2 di Greentown Mall, Medan Gopeng dan Chemor pun ada beberapa gerai...

Bila dah akhir-akhir ni, mood pembeli pun berkurang. Banyak penumpuan kepada kuih raya lak dan pakaiana, langsir etc.. Shoping mall pun orang berpusu-pusu keluar masuk, walaupun ekonomik makin teruk dan tak nampak tanda-tanda pemulihan lagi. Cuma makin menjunam adalah...

1 comment:

  1. uik....esok gaji...jgn lupa shopping no...

    sowi ar tak dpat nak kontek ko masa ke ipoh minggu lepas...huuh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com