Friday, July 19, 2013

Conquest of Europe - Heidelberg, Kota Istana....



Hari 3, kami dapat tidur dengan nyenyaknya. Sedar-sedar sudah jam 0430, selepas solat, kembali tidur dan jam 0600 kami bersiap-siap untuk berpindah ke Heidelberg, German. Jam 0900 kami memulakan perjalanan ke Heidelberg. Perjalanan ini mengambil masa kira-kira 6 jam dari Amsterdam.


Kami memulakan perjalanan yang panjang ini melalui lebuhraya atau motorway German yang tiada had limit kelajuan. Kami hanya singgah di servis stesen atau RnR di Siegburg West. Sempatlah merasa tandas yang bayaran masuknya 0.70 dan akan dapat rebet 0.50 kembali apabila membeli barangan di stesen ini.


Kami tiba di Heidelberg pada 1550, sepanjang hari di sepanjang perjalanan bumi German dibasahi hujan. Musim panas di Eropah kali ini di katakan paling basah. Hampir setiap hari hujan. Lawatan pertama adalah Heidelberg castle yang di bina sejak Abad ke 12. 



Istana Heidelberg (dalam bahasa Jerman: Heidelberger Schloss) adalah tinggalan sejarah terkenal di Jerman dan mercu tanda Heidelberg. Runtuhan istana adalah antara struktur Renaissance yang paling penting di utara Alps. Istana ini hanya sebahagiannya dibina semula sejak perobohan pada abad ke-17 dan ke-18. Ia terletak 80 meter (260 kaki) sehingga bahagian utara lereng bukit Königstuhl, dan dengan itu ia menguasai pandangan pusat bandar lama. untuk ke sini, stesen pengantara di Heidelberger Bergbahn  keretapi funikular yang berjalan dari Kornmarkt Heidelberg ke puncak Königstuhl dengan bayaran 6 untuk dewasa. Jika ada membawa student pass, bayaran hanya 4.
 
  

Struktur istana terawal dibina sebelum Masihi 1214 dan kemudiannya berkembang kepada 2 istana sekitar tahun 1294, namun pada 1537, kilat-bolt memusnahkan istana atas. Struktur ini telah ditambah pada 1650, sebelum kerosakan oleh peperangan kemudian dan kebakaran. Pada tahun 1764, satu lagi kilat-bolt memusnahkan beberapa bahagian dibina semula.




Setelah melawat Istana ini, kami ke city market ataupun jika di Malaysia macam pasar minggu. Ada beberapa kiosk cenderamata di sini tetapi harganya agak tinggi hingga tidak mampu untuk bershoping.


Kemudian ke jambatan yang paling popular di kota ini, diberi nama Theodo-Heuss Brucke yang merentangi sungai Neckar. Sungai di sini juga besar dan cantik. Ramai pelancung yang datang ke sini.
 



Jam 1900 kami ke  Haide Camping untuk berkhemah. Lokasinya berada di pinggir sungai Neckar, suhu waktu petang agak selesa untuk kami. Sempat juga panda menerima kunjungan sahabat Facebook yang dikenali sekian lama dari Frankfurt, beliau datang semata-mata melawat sahabatnya dari Malaysia. 

Wednesday, July 17, 2013

Conquest of Europe - Berjimba di Amsterdam


Hari 2 Conquest of Europe trip, kami di sajikan sarapan pagi roti keping Eropah yang besar bersama perbagai jem dan peanut butter. Semua kami masih dalam jet lag, mula tidur jam 1 pagi kerana menunggu telefon bimbit di caj di kantin dan bersembang dengan pelajar- pelajar Malaysia yang belajar di United Kingdom, Ireland dan India. Kami juga bangun seawal 4 pagi untuk menunaikan solat subuh yang waktunya masuk pada jam 0305, kemudian sambung tidur lagi. Seawal jam 6 pagi untuk mandi dan bersiap-siap bagi lawatan berikutnya.





Dari tapak perkhemahan Amsterdam Bos, kami memulakan perjalanan pada jam 0900 pagi untuk ke Nancy Hodge, sebuah perusahaan desa membuat cheese Netherlands dan juga tempat membuat terompah kayu traditional Holland. Di sini kami di demonstasikan kaedah membuat cheese dan clogs (terompah kayu). Kami juga dihidangkan dengan cheese percuma yang sangat sedap. Harga cheese adalah sekitar 8-10 sekeping. Cenderamata juga ada di sini. Dinasihatkan sabar dari membeli disini kerana harga freeze magnet di sini 2.50 satu. Panda juga terpengaruh dan membeli beberapa cenderamata kiriman teman-teman di Malaysia.


Selepas kenyang memakan cheese kami di bawa ke Volendam, sebelum itu, sempat kami singgah di salah satu kincir angin traditional. Di Eropah agak sukar untuk melihat kincir angin ini kerana telah banyak digantikan dengan kincir angin Besi yang besar lagi tinggi. Satu lagi kesukaan panda adalah tenaga elektrik di pendalaman Eropah dijana dari sumber angin dan solar.
 



Volendam sebuah bandar yang berada di pesisir laut utara. Netherlands atau belanda ini berada dibawah aras laut, bandar ini juga dapat dilihat dengan jelasnya lebih rendah. Benteng yang membataskan laut dah pantai ini telah di dirikan kedai-kedai yang cantik dan menarik. Cenderahati di sini agak murah berbanding tempat cheese. Sekali lagi dinasihatkan untuk berjalan-jalan terlebih dahulu sebelum membeli, kerana kerugian dari tukaran asing sangat tinggi. Sempat juga makan nasi cheese yang sedap bersama pelbagai seafood goreng. Di sini juga terkenal dengan pancake yang comel dan manis.




Perjalanan 45 minit dari volderam diperlukan untuk ke Kota Amsterdam. Sebuah Kota yang cantik dan tesusun berada di pinggir laut Dan di penuhi dengan terusan air. Jika ingin memgexplorasi Amsterdam, waktu paling singkat adalah menggunakan cruise dengan kos 8 untuk satu jam. Panda memilih untuk bergerak menggunakan trem dan berjalan kaki.
 

Kami di tinggalkan berhampiran Central Station Amsterdam, stesen pengangkutan awam ini tidak jauh dari lokasi paling popular di Amsterdam iaitu Red Light District. Sempatlah kami beramai-ramai melalui lorong-lorong di sini. Banyak makanan halal boleh di dapati disini. Dari sini kami menuju ke Dam square, terdapat beberapa butik jenama terkenal di dataran ini. Termasuk LV, Fendi, Guess, longcham dan lain-lain jenama yang panda tak kenal.
 


Dari Dam Square yang penuh sesak dengan basikal ini, kami menaiki tram dengan kadar 2.80 untuk tempoh 1 jam. Kami menuju ke Hard Rock Cafe Amsterdam. Kami berhenti di Plein Muzium dan juga Vance Goh Museum. Di sini juga terletaknya mercu tanda baru Amsterdam, iaitu I Am Sterdam. Dari sini kami berjalan kaki menuju ke Amsterdam Casino, kawasan ini terdapat pelbagai butik jenama terkenal dan juga Hard Rock Cafe.






Setelah 4 jam di Kota Amsterdam Dan menikmati ais krim yang lazat, kami kembali ke Central Station untuk pulang ke kem. Cuaca semakin baik pada hari ini. Sempat melihat matahari walaupun seketika. Kesihatan panda makin teruk. Mungkin kerana perubahan cuaca.   

Sunday, July 14, 2013

Conquest of Europe - Cokelat Belgium


Setelah tidur dengan nyenyaknya pada jam 0045 waktu tempatan, panda terjaga seawal jam 0430. Jet lag baru bermula, waktu subuh di Kota London seawal 0330, Dan waktu isyak sekitar 2200. Kami bersiap-siap untuk bergerak ke Mable Arch, Park Lane. Waktu berkumpul adalah jam 0730. Hujan membasahi London sejak petang semalam.
 

Kami tiba di Mable Arch jam 0645 Dan bertemu dengan beberapa peserta lawatan kelanaconvoy  ini. Suasana agak sejuk dan hujan renyai-renyai. Kali ini peserta program seramai 103 orang melibatkan 2 bas. Kami mula bergerak meninggalkan London pada jam 0830 menuju ke Amsterdam. Melalui terowong bawah laut ke Calais, France, singgah di Belgium dan seterusnya memasuki Holland.




Sebelum memasuki terowong bawah laut, kami sempat singgah di Folkstone free duty shop. Kami terpaksa singgah selama 90 minit kerana menunggu giliran untuk menaiki keretapi kenderaan. Di duti free shop ini menawarkan harga yang sangat kompetatif, tetapi bagi panda harga parfume di London lagi murah sekiranya kena dengan tempatnya. Sempat juga team kelanaconvoy menunjukkan kaedah memasng khemah kepada kami. Kami menyeberangi Selat English selama 35 minit.


Melepasi sepadan di antara France dan Belgium, kami singgah ke PJ chocolate factory. Lokasi berada di tengah kawasan petanian menawarkan cokelat buatan tempatan. Sedap dan halal katanya. Ada sample percuma. Di Belgium kami hanya singgah di sini sahaja.



Perjalanan di teruskan lagi ke sempadan Holland. Kami tiba di tapak perkhemahan Amsterdamse Bos. Lokasinya bersebelahan Schipol Airport, Amsterdam. Lapangan terbang ke 4 tersibuk di Eropah dan ke 16 di dunia (data 2012). Bila tiba kami mengambil sleeping beg yang disewa dengan harga £5, dan khemah. Kami memasang khemah sendiri. Satu khemah boleh memuatkan maksimum 4 orang.


Sepanjang hari yang mendung mencapai kemuncaknya, Hujan turun membasahi bumi Amsterdam, kami memasang khemah di dalam hujan. Suhu mencecah12 degree. Untuk mandi air panas, kami perlu membayar 1, untuk basuhan bayaran token adalah 4.20 dan 2 untuk pengeringan. Total 6.20.

Thursday, July 11, 2013

Conquest of Europe - 18 jam di kota London



Seperti di rancang, penerbangan MH20 selamat tiba di Charles De Gaulle (CDG) Paris pada 0620 waktu tempatan. Penerbangan mengambil masa 12 jam. Di lapangan terbang CDG ini di sediakan wifi percuma untuk 15 minit pertama sahaja. Sempat sahaja panda me-upload beberapa gambar ke FB. Urusan emigresen sangat pantas cepat, tidak sampai 10 minit beratur segalanya telah selesai.  Cuma menunggu beg agak lama, hampir 1 jam. Maklumlah pesawat airbus A380 yang memuatkan 498 penumpang ini hampir 95% penuh.



Setelah itu kami menaiki shuttle percuma ke terminal 3 untuk mendapatkan perkhidmatan keretapi ke Paris du nord, keretapi laju yang menuju ke London. Dari CDG Paris ke du nord tiketnya berharga 9.50. Perjalanan mengambil masa 45 minit. Kami tiba di Paris Gare Du Nord kira-Kira jam 0845, dari stesen bawah tanah kami ke stesen Euro Star di sebelah atas. Kami terus mendaftar masuk ke imegresen England, jam 1033 kami terus ke London melepasi terowong bawah laut.



Keretapi laju ini mengambil masa 2 jam 30 minit merentasi Selat English. Kami tiba di London St. Pancras International Railway Station (STP) jam 1145 waktu United Kingdom, beza waktu adalah 1 jam lewat berbanding Paris dan 7 jam lewat berbanding Malaysia. Dari sini kami menaiki bas double decker yang sangat terkenal di London. Kami menggunakan daily pass off peak dengan harga £7.30 untuk mana-masa destinasi sepanjang hari kecuali waktu puncak.



Berhati-hati kerana jika anda tersalah pilih hala bas walaupun nombor bas  adalah sama, ia akan melewatkan masa anda. Kami mengambil masa 2 jam dalam bas kerana tersalah arah. Kami tiba di MARA hostel tepat jam 3 petang, waktu dafter masuk di sini. Bayarannya adalah £25 untuk katil semalaman.


Tanpa membuang masa, kami menikmati makanan Arab di bayswater, tidak jauh dari stesen tube bayswater. Kadar standard makanan di sini sekitar £8-£10 per plate, sekali dengan air. Subway di kawasan ini juga halal, dengan £3, anda boleh dapat sandwich 6 inci dan minuman ringan.






Destinasi seterusnya adalah tempat menarik di London, kami menaiki tube menuju ke Westminster untuk bergambar di Parliment house atau lebih dikenali dengan nama Big Bang, kemudian Eye of London, dari situ kami berjalan ke Trafalgar Square dan melalui Pall Mall street kami ke Buckingham Palace. Sekali lagi kami menaiki tube dari Victoria ke Monument untuk ke London bridge.




Dari London bridge kita boleh melihat dengan jelas bangunan tertinggi di Europe iaitu the sharp tower yang pelik itu, dari sini juga kita boleh melihat dengan jelas Tower Bridge. Memandangkan waktu telah lewat, sekitar 2100, kami kembali ke Bayswater untuk membeli sedikit cenderamata, di Bayswater harganya amat-amat berpatutan bagi traveller bajet seperti panda. Kepandaian bernegosasi adalah penting untuk mendapatkan lebih hadiah percuma kerana harga di sini telah ditetapkan.




Panda tidak sempat ke pusat membeli belah yang besar kerana masa amat suntuk, walaupun panda teringin meninjau minyak wangi yang di katakan murah di sini. Sempat juga panda meninjau harga, Hugo Boss Black 200 ml hanya £39.99. Murah kan berbanding Malaysia.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com