Sunday, July 6, 2014

Naratiwat


Di dalam kesibukan mengejar waktu, panda sempat mencuri peluang untuk mengungjungi wilayah seberang. Kesempatan menghadiri program di Renaissance Hotel Kota Bahru tidak di lepaskan begitu sahaja. Walaupun perancangan utama adalah ke Pulau Perhentian, Terengganu tetapi oleh kerana waktu ini adalah cuti panjang bagi Malaysia, semua resort telah penuh di tempah. Panda mengambil keputusan untuk mengubah haluan dengan mengunjungi Naratiwat secara bidan terjun. Di awal pagi, Panda menaiki bas dari Kota Bahru menuju ke Pengkalan kubur, tiketnya sekitar RM4 (panda pun telah lupa) perjalanan mengambil masa lebih 1 jam. Tiba di pengkalan kubur, melepasi pemeriksaan ringkas imigresen di sebelah pengkalan kubur seterusnya menaiki bot secara halal di pengkalan menuju Takbai, Thailand. Bayaran adalah RM2 untuk 15 minit perjalanan bot penambang.


Dari jadi, kami di bawa oleh taxi motorsikal ke immigresen Takbai dengan caj RM5 walaupun boleh berjalan kaki ke sana, prosedure agak leceh kerana pengunjung akan terpinga-pinga dengan sistem di immegren Takbai. Tiada tunjuk arah cuma perlu bertanya dengan orang-orang di situ, lebih kurang 1/2 jam segala urusan selesai, abang-abang motor bawa kami ke kedai makan untuk makan tengahari.

Makanan di Takbai cuma biasa-biasa sahaja dan tidaklah seenak di Bangkok, Setelah itu kami menaiki pickup untuk ke Naratiwat. Perjalanan adalah 1 jam, bersesak-sesak di belakang pickup bersama-sama sangkar burung dan manusia, kelebihannya di sini, orang-orangnya sangat ramah bertegur sapa seolah-olah mereka kenal satu sama lain.






 

Di perhentian pickup bandar, panda menaiki motor sekali lagi menuju ke Emperor Hotel, hotel tertinggi di nara ini. dari hotel ini kamu boleh menikmati seluruh pemandangan pekan Nara. Hotel ini juga menawarkan makanan muslim.







Petangnya panda ke mengelilingi pekan Nara yang tidak jauh dari hotel, waktu ini ada pesta pantai, keadaannya meriah dengan beraneka jualan. Walaupun pantai ini di tambak, tetapi ia tidak menghilangkan ke aslian dan kecantikan pantai ini. Panda juga berpeluang untuk menikmati kretiviti makanan tempatan.



Malamnya sekali lagi panda keluar dan menikmati makan malam yang unik. Steamboat dapur arang dan beraneka makanan lain seperti moi sop, pulut mangga, nasi manis dan beberapa jenis lagi yang tidak di ngat namanya.


Pagi berikutnya, setelah checkout, panda ke stesen bas menumpang abang motor dengan bayaran RM6, dari stesen bas kami menaiki van besar menuju ke Golok, tiketnya RM7, perjalanan lebih kurang 1 jam. Pekan golok memang meriah, panda cuma sempat makan tengahari dan kembali ke Malaysia untuk menuju ke Kuala Besut.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com