Setelah betahun-tahun merancang, akhirnya dapat juga panda ke Pulau Perhentian. Pulau ini adalah antara pulau-pulau yang terdapat di Terengganu seperti Pulau Redang, Pulau Kapas dan Pulau Tenggol. Pulau ini juga mempunyai pantai yang panjang dan cantik.
Pulau Perhentian ini terbahagi kepada dua, iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar, Perhentian Kecil mempunyai pekanya yang tersendiri, dan banyak chalet dan resort di sini. Pulau ini mempunyai bilangan pantai yang lebih banyak berbanding Perhentian Besar. Oleh kerana pada waktu ini adalah cuti panjang di Malaysia, kebanyakan chalet dan resort telah penuh, yang ada hanyalah di Flora Bay Resort di Perhentian Besar. Kos untuk 3 hari 2 malam adalah RM375/head termasuk 3 kali makan sehari, penginapan, satu hari island tour, dan pengangkutan dari jeti Kuala Besut.
Hari pertama, tiada aktiviti khusus yang di adakan, setelah daftar masuk, panda merehatkan diri sementara menunggu makan tengahari, cuaca yang terang dan panas ketika ini. Apabila jam 3 petang baru memberanikan diri untuk keluar berjalan-jalan di pinggir pantai. Jika ada stamina, boleh sahaja untuk menyertai aktiviti jungle tracking.
Panda menikmati keindahan pantai di Perhentian Besar ini dengan sepuas-puasnya, tidur di buaian gantung di perpohonan kayu sepanang pantai memang mempersonakan. Tidak sedar masa berlalu dengan bergitu pantas.
No comments:
Post a Comment