Hari ke dua di Pulau Perhentian, Hari ini akan dipenuhi dengan aktiviti menjelajah sekitar Perhentian Kecil dan juga Perhentian Besar. Panda di jemput oleh operator bot kira-kira jam 9:00 pagi selepas waktu sarapan dan di bawa ke Perhentian kecil untuk mengambil beberapa orang lain pelancung yang turun sama dalam pakej ini.
Sebelah paginya kami ber snorkelling di Turtle Beach dan Turtle point (Perhentian Besar). Di sini pengungjung boleh berenang-renang bersama-sama penyu karah dan penyu hijau yang meragut rumpai laut. Ketika ini tidak kurang 4 ekor penyu berada di situ. Setelah itu kami di bawa ke Shark Point, suatu pengalaman yang mengujakan apabila dapat berenang bersama-sama ikan jerung yang panjangnya lebih dari panda sendiri. Pada mulanya ia agak mendebarkan tetapi ikan ini hanya berlegar-legar bersama perenang-perenang yang lain.
Setelah kelaparan, kira-kira jam 1 tengahari, kami di bawa ke perkampungan nelayan di Perhentian Kecil untuk menimati makan tengahari. Bila separuh hari berendam di dalam air laut, semuanya menjadi sangat enak. Ikan kembung masak kicap, sayur campur dan ayam gorang. Semuanya licin.
Selepas berehat seketika di darat, kami kembali lagi ke laut. Kali ini kamu ke The Light House Coral Reach. Rumah api yang berada di antara dua pulau ini. Kami ttidak berani untuk turun ke laut kerana arus yang sangat dera. cuma memberi makan ikan dari bot.
Akibat tidak dapat menarik perhatian kami unruk ber snorkelling, pemandu bot telah membawa kami ke destinasi terakhir iaitu Romantik Beach. Pantai ini sangat cantik dan mungkin paling cantik yang pernah panda kunjungi buat masa ini. Pantainya sangat jernih dan airnya berkilauan. Ikan-ikannya berbaik sehingga air di paras lutut. Tidak puas berada di sini.
Destinasi untuk panda adalah Lata Air Berani, pemandu bot membawa panda ke destinasi extra ini. Tempat ini mempunyai mata air tawar yang mengalir dari celah-celah batu dan memasuki laut. Malangnya tempat ini dirosakan dengan struktur yang di bene dengan tujuan menangkung air tawar tetapi gagal kerana bocor. Ini destinasi terakhir sebelum kembali ke Kuala Lumpur dan Sabah bagi panda.
cantiknyaaaa air laut tuh.. crystal clear sangat..
ReplyDeletedah macam kat swimming pool.. bestnya..