Wednesday, August 28, 2013

Conquest of Europe - Shopping lagi di La Vallee Village



4 julai 2013 (khamis) - kami meninggalkan bumi Lauterburn di dalam ke kabusan pagi. Hujan yang berterusan selama beberapa hari menjadikan Swiss Alps semakin sejuk. Puncak-puncak gunung berdekatan juga telah di selaputi salji kembali.

Seperti biasa, kami meninggalkan bumi Swiss tepat jam 0900 menuju ke Paris. Perjalanan kali ini adalah perjalanan paling panjang. Dari Lauterbreneun, mengambil masa lebih 10 jam untuk ke Paris. Dua kali berhenti untuk makan tengahari dan juga rehat setelah 4 jam kedua untuk pemandu bas dan solat jamak zohor/asar buat kami.


Kami tiba di Camping Paris International sekitar jam 2000, waktu solat maghrib pada jam 2156 dan Isyak pada jam 0005. Tapak perkhemahan ini berada di zon 3 Paris dan berhampiran dengan stesen Metro Joinville le-Pont laluan A2 ke Boissy Saint-Leger. Dari stesen metro ini boleh menaiki bas 101 untuk ke tapak perkhemahan.
 

5 Julai 2013 (jumaat) - selepas bersarapan, kami menuju ke Marne-la-valle-Chessy di zon 5 Paris. Di sini terletaknya Disneyland Paris. Sebahagian dari kami memasuki Desneyland yang tiketnya berharga 51 seorang bagi tiket berkumpulan. Remaja berusia di bawah 26 tahun lebih murah. Jika mengunjungi secara indivitu harga tiket mencecah 72 seorang.




Panda dan beberapa orang yang lain mengunjungi jiran Disneyland iaitu Val d Europe, kawasan membeli belah seperti Designer Outlet bellarian di Itali, tetapi di Val d Europe lebih besar dan memperagakan lebih banyak jenama terutamanya dari Perancis. Seharian tidak cukup untuk berada di sini. Di nasihatkan membuat senarai apa yang ingin di beli supaya tidak terpengaruh atau membeli mengikut nafsu. Harga produk di sini lebih rendah 30-70% dari butik. Lagi menyeronokan, Julai adalah bulan Sales untuk Euro.



Kami berada di sini sehingga jam 1500 hampir 5 jam, hingga tidak terada begitu pantas masa berlalu. Dari sini kami menaiki metro ke Chatelet Les Halles dan menukar metro ke St Michel Norte Dame. Kami mengambil daily pass atau dalam bahasa perancis 'mobillies', dengan kadar 15.60 dari zon 5 ke zon 1. Pass harian ini membolehkan pengguna mengunakan semua kemudahan Metro dan city bus dengan 1 tiket dan 1 kadar.


Kami ke   St Michel Norte Dame untuk melihat bangunan gereja Norte Dame yang terkenal dengan kisah cinta Guasimodo dan Ismereda si gipsi di gereja ini. kisah cinta yang tidak berkesampaian ini telah di bukukan, filem dan juga di animasikan. Selain itu, kawasan ini banyak terdapat restoren makanan halal seperti kebab dan nasi briani.


Setelah mengambil beberapa keping gambar di sisi Norte Dame, sekali lagi kami berpecah dan panda dan shoppers menuju ke Galaries Le Fayett, pusat membeli belah yang dikatakan setaraf dengan Harrode di London. Kami menaiki metro dari  St Michel Norte Dame ke Auber. Bangunannya biasa sahaja di luar, tiada beza dengan Latin Quarter yang banyak terdapat di Paris, tetapi bila memasuki bangunan ini. Seperti berada di pasar borong barangan jenama-jenama hebat seperti LV, MK, longchamp dan Armani (sekadar beberapa nama yang sempat di ingati). Butik yang menjadi tumpuan adalah LV dan longcham. Hampir 2 jam panda berdiri untuk membeli hand bag yang paling murah di situ. Layanannya amat bagus.


Setelah penat beratur di LV, kami menuju ke Hard Rock Cafe Paris. Perjalanan mengambil 15 minit berjalan kaki. Untuk makluman, kebanyakan kedai dan shopping mall di Paris ditutup pada jam 1900 atau 7 petang bagi hari biasa, Sabtu operasi dari jam 0800 atau 0900 hingga 1500 dan tutup pada Ahad. Jika ingin membeli belah di Paris, elakan hari Sabtu dan Ahad. Malamnya, kami di jamu dengan bbq kambing dan kepak ayam bersama nasi briani.

Friday, August 23, 2013

Conquest of Europe - Murren (Catiknya Swiss Mahalnya Apls)




3 Julai 2013 (Rabu) - kami mengambil keputusan untuk tidak ke Jungfrau, sebaliknya pergi ke Murren. Sebuah kampung yang berada di atas ceruman di Lauterbrunen.










Kami menaiki kereta kabel dari Lauterbrunen stesen. Tiket sehala adalah CF10.80, kereta kabel ini membawa kami ke Grutschalp yang berketinggian 1487 meter dari aras laut, dan kami trasit di sini untuk menaiki keretapi ke Murren.







Dari Murren (1634 meter dari aras laut) pengunjung dapat melihat hampir keseluruhan banjaran Swiss Alps yang di selaputi salji. Murren menawarkan harga cenderahati yang lebih rendah berbanding di Lautenrunen atau Interlaken. Harga barangan di Swiss sangat tinggi berbanding negara-negara di Eropah yang lain. Terasa sangat miskin berada di sini.



Dari Murren kita boleh berjalan kaki untuk ke Gimmelwald untuk menuju ke Gloria Peak ataupun Schilthorn. Lokasi ini pernah menjadi tempat pengambaran filem James Bond 007 - You Only Live Twice. Caj untuk naik ke sini sekitar CF77 dari Gimmelwald.





Hujan masih berterusan memaksa kami kembali ke Lauterbrunen dan berehat di tapak perkhemahan. Hujan sepanjang hari hingga ke pagi berikutnya... 


Footage dari Muhammad Idil Idris, bakal guru matematik di Malaysia yang bersama-sama menyertai kembara ini. Lepas ini panda nak blajar buat jugalah.

Friday, August 16, 2013

Conquest of Europe - Cinta bersemi di Interlaken / Misi di Trummelbachfalle


2 Julai 2013, rombongan untuk ke Jungfrau terpaksa di tangguhkan kerana tempahan telah penuh. Pakej ke Jungfrau, iaitu puncak tertinggi di Swiss berharga CF151 untuk pakej berkumpulan. Ilternari hari ini telah bertukar dengan aktiviti sendiri mengikut minat dan bajet masing-masing.



Panda memilih untuk ke Trummelbachfalle atau air terjun Trummelbach. Ia adalah air terjun tertinggi di Europe di dalam gua. Kami berjalan kaki menyusuri sungai selama 45 minit untuk tiba di air terjun ini. Pemandangan di sini sangat menakjubkan dan antara lokasi semulajadi tercantik pernah panda kunjungi.







Tiket untuk memasuki gua air terjun ini adalah CF10.50. Pengunjung berpeluang menaiki lokomotif menunju ke tingkat 6 gua dan mendaki anak tangga ke tingkat 10. Anak tangga ini menyusuri aliran deras air terjun. Dari tingkat 6, pengunjung boleh memilih untuk menggunakan lokomotif atau tangga untuk turun ke pintu masuk. Pengungjung di nasihatkan memakai baju dan kasut kalis air.








Dari Trummelbachfalle, kami menaiki bas (CF3.40) untuk kembali ke Lauterbrunen. Apa yang menarik, bas ini mempunyai wifi percuma. Sempatlah panda memuat naik beberapa gambar ke Facebook. Kami berhenti di stesen keretapi Lauterbrunen untuk menuju ke Interlaken, bandar utama di kawasan ini. Tiket keretapi pergi balik berharga CF15 untuk berkumpulan melebihi 10 orang. Di Swiss, sekiranya membeli tiket atau pakej pelancungan, ada harga konsesi apabila dibeli melebihi 10 tiket.






Perjalanan ke Interlaken atau bandar antara 2 tasik ini mengambil masa 45 minit. Di bandar ini terdapat banyak kedai jam yang menjadi idaman ramai orang. Antara jemana terkenal dari Swiss adalah Tissot, Swiss Army Victorinox, Swiss Military, Swatch. Sekadar menyebut beberapa nama yang panda tahu, adalah jenama yang di pakai oleh RM.



Hujan membasahi bumi Interlaken memaksa kami untuk kembali ke Lauterbrunen walaupun panas terik pada waktu paginya.

Tuesday, August 13, 2013

Conquest of Europe - Beautiful Alps, Expensive Swiss (Cinta Berputik di Interlaken)


1 julai 2013 (isnin) - Perjalanan dari Pisa ke Lauterbrunen di Swiss Alps mengambil masa lebih 9 jam. Kami sempat singgah di 2 perhentian servis dan di Ballenberg untuk mengambil gambar berkumpulan. Kami berhenti di Stalvedro untuk solat jamak zohor/asar. Lokasi serhis ini berada di tepian gunung dan sungai aka jeram yang sangat sejuk airnya. Kami juga melalui terowong ke dua panjang di Eropah.

 



Kami tiba di Camping Shutzenbath, Lauterbrunen sekitar jam 1800, dan di hidangkan dengan nasi putih dan ayam masak lemak cili api.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com