Hampir sebulan untuk menghabiskan semua entri berkaitan Kaisai Jepun ini. Banyak maklumat yang ingin di kongsikan bersama tetapi bila semakin berusia ini, kerap kehilangan slot-slot memori sehinggalah ianya di panggil kemudian.
Membeli-belah, Osaka dan Kyoto bukanlah syurga membeli belah bagi golongan menengah bawah dan kepada pengembara. Terutama jika pengembara datang dari negara-negara yang matawangnya rendah kedudukannya. Semuanya terlalu mahal walaupun jika di hitung kembali, kadarnya tukaran hampir sama dengan matawang Euro (Y100 = RM4.10 = Euro 1). Barangan berjenama, harga lebih tinggi berbanding Malaysia kecuali jika tawaran jualan melebihi 50%. Bagi Panda Hong Kong masih menawarkan harga yang menarik untuk barangan berjenama internasional di rantau Asia Pasifik ini.
Makan, orang Jepun memang suka makan. Makanan Halalan toyibbah agak sukar. Kehadiran Muslim juga boleh di bilang dengan jari. Tetapi boleh mencuba makanan berasaskan laut. Sempat merasa signature burger di McDonald iaitu burger Udang yang tiada di Malaysia. Rasanya lazat.
Setiap kawasan akan ada lorong atau jalan yang menawarkan pelbagai makanan jepun. Peminat Sushi di sinilah tempatnya, cuma harganya untuk 5 keping sushi tuna berharga Y1000, lebih baik pulang ke Kuala Lumpur dan nikmatinya di shushi King. Tetapi saiz sushi di sini lebih besar. Makanan Jepun frozen agak murah, boleh di dapati di kedai serbaneka dengan kadar Y400-Y700 bergantung kepada lauk pauknya.
Nasib kami agak baik kerana ada kedai makan yang tidak mempunyai kerusi yang hanya menawarkan produk makanan laut sahaja dan telur. Harga agak berpatutan. Mak cik di sini juga agak ramah. Walaupun tidak tau berbahasa English. Makanannya juga 'lazat'.
Kehidupan Jepun, seperti cerita kartun Shin Chan, orang Jepun akan melepak selepas pulang dari tempat kerja, restoren hampir penuh dengan pekerja-pekerja yang menikmati sake dan makan. Kedai-kedai akan cuba menarik pelanggan dengan menggunakan lampu-lampu neon yang berwarna-warni dan papan tanda yang kreatif. Kemudian ada orang yang menjerit-jerit terutamanya remaja-remaja perempuan yang mempunyai suara yang pelik.
Layanan? Terasa seperti raja, jika kita memasuki kedai-kedai premium, kita akan di layan sangat teliti, hingga rasa bersalah jika tidak membelinya. Belum lagi memasuki premis membeli belah, mereka akan menunduk kepala bila kita melalui kios-kios mereka.
Walaupun ketika di jalan raya atau di dalam keretapi, mereka kelihatan sombong, semuanya serius dan tidak memandang satu sama lain. Golongan muda akan bermain dengan telefon pintar manakala yang senior akan membaca atau memandang ke bawah. Mereka tidak akan memasuki keretapi yang sesak. Mungkin kerana kekerapan keretapi hanya 2 minit, tidak seperti di lembah Klang yang komuternya 40 minit setiap satu tanpa mengira kelewat yang kadang kala melebihi 2 jam. Tetapi apabila anda meminta pertolongan, mereka akan sehabisnya membantu sehingga anda mencapai hasrat anda. Itulah sesuatu yang amat baik. Yang penting, perlu tanya sahaja.
Impian sekian lama untuk menjejakkan kaki ke Jepun telah tercapai dan berjaya mengharunginya. Ini bermakna panda sudah bersedia untuk mengelilingi Euro zon selepas ini. Bujet yang di gunakan panda sepanjang 6 hari di Kansai adalah RM1,200 termasuk membeli cenderahati, dan ini adalah bujet terendah bagi perjalanan jarak jauh. Panda juga terkejut dengan penjimatan ini.
eeee teringin nak p jepang
ReplyDelete