Sunday, July 22, 2012

Kansai - Osaka siri 5


Ahad 1 Julai 2012, Hari ini hari lahir seseorang, tetapi tidak menjadi amalan untuk memberitahu seseorang kita makin dekat dengan penghujung nyawa, panda lebih suka mendiamkan diri sahaja dan paling mudah menghantar lagu happy birthday atau Selamat ulang Tahun di wall facebook.


Hari ke 5, kami sekali lagi membeli Osaka Unlimited Pass untuk sehari. Ini bagi memenuhi tempat-tempat yang tidak dapat dikunjungi di waktu pass 2 hari yang lepas. Kami hanya membeli pass sehari yang bernilai Y2,000. Tempat pertama kami adalah Universal Studio Osaka.



Untuk ke US Osaka, kami perlu menukar subway kead JR line yang tidak termasuk dalam pakej Osaka Unlimited Pass, Kami menukar train di stesen Bentencho menuju ke Nishikujo dan skali lagi menukar stesen ke Universal City. Kadar bayaran masuk ke Universal Studio Osaka adalah Y6,400 sahaja, tetapi 'Q'nya berjela. Mungkin kerana hari ini adalah hari cuti umum bagi warga Jepun.


Sempat juga panda membeli sehelai T-shirt di Hard Rock US Osaka ini, harganya lebih mahal dari Dubai sekitar Y2,800. Anda boleh mendapatkan badge percuma jika menukar kupon dari Osaka unlimited Pass. Discount Y200 juga untuk masuk ke US Osaka. Dari sini kami sekali lagi ke Bay Area untuk menaiki Santa Maria.

Santa Maria, Replika kapal Columbus menakluk bumi America, yang di bina 2 kali lebih besar dari asalnya. Kadar yang di kenakan adalah Y1,600.  Perjalanan adalah 45 minit menyusuri kawasan Osaka Bay.


Pengunjung akan bermula di Tempozan ke Universal Studio kemudian melalui beberapa jambatan yang terkenal di Osaka, seperti Tempozan Ohashi Bridge dan Harbor Bridge yang berwarna merah. Anda juga akan menikmati bangunan tertinggi di kawasan ini iaitu Osaka Prefectural Government Sakishima Building Observation.


Cuasa hari ini selimuti dengan hujan yang lebat dan berpanjangan. Agak sukar untuk mengambil foto di kawasan terbuka, di dalam bangunan pula anda tidak dapat melihat di luar. Kami meneruskan perjalanan dengan menaiki Tempuzan Giant Ferris Wheel (Y700). Di kaki roda gergasi ini ada Tempuzan Marketplace. Jika ingin membeli tandamata, di sini agak murah berbanding tempat lain di Osaka.

Dari stesen Osakako, kami menuju ke Cosmosquare, 650 meter dari stesen tersebut ada Osaka Maritime Musium (Y650). Keunikn musium ini adalah terpisah dari daratan. Ia seperti sfera kaca yang muncul dari laut.


Di sini memaparkan sejarah pelabuhan di Osaka dan sistem pekapalannya. Kebanyakan pelabuhan di sini di gali bagi membolehkan kapal memasukinnya. Ini di lakukan sejak beratus tahun yang lalu.


Bahan pameran juga amat interaktif hingga anda tidak merasakan yang anda berda di dalam musium yang kelam lagi kusam. Pencahayaan semulajadi dengan suhu yang agak hangat menyebabkan anda sanggup mengelilingi museum berbentuk sfera ini.

Laluan bawah air juga amat negujakan, anda akan dapat melihat ikan, ketam berada di atas kepala anda berenang dengan bebas. Ini bukanlah ikan kecil seperti di Malaysia tetapi ikan-ikan yang saiznya sekaki dan jenis yang berharga.



Setelah itu, kali ke Osaka Prefectural Government Sakishima Building Observation (Y500) yang berketinggian 252 meter. Berada di kawasan pelabuhan di atas pulau buatan. Di sini anda dapat melihat hampir keseluruhan kawasan Sakishima.


Hari telah lewat petang, setelah solat jamak & Qasar asar dan zohor di tingkat 51, kami singgah sekali lagi di Natural Open-air Hot Spring Spa Suminoe (Y600) untuk melegakan kepenatan. Agak berbaloi, dengan bayaran Y2000 kami telah memanafaatkan  Y4050 tidak termasuk subway yang tidak di kira bayarannya.

2 comments:

  1. Salam. Memang free entrance eh utk semua tempat kat atas kalau guna osaka unlimited pass? Tgh consider nak beli pass yg mana so dapat jimat.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com