Sunday, July 29, 2012

Kansai - Season Finale


Hampir sebulan untuk menghabiskan semua entri berkaitan Kaisai Jepun ini. Banyak maklumat yang ingin di kongsikan bersama tetapi bila semakin berusia ini, kerap kehilangan slot-slot memori sehinggalah ianya di panggil kemudian.


Membeli-belah, Osaka dan Kyoto bukanlah syurga membeli belah bagi golongan menengah bawah dan kepada pengembara. Terutama jika pengembara datang dari negara-negara yang matawangnya rendah kedudukannya. Semuanya terlalu mahal walaupun jika di hitung kembali, kadarnya tukaran hampir sama dengan matawang Euro (Y100 = RM4.10 = Euro 1). Barangan berjenama, harga lebih tinggi berbanding Malaysia kecuali jika tawaran jualan melebihi 50%. Bagi Panda Hong Kong masih menawarkan harga yang menarik untuk barangan berjenama internasional di rantau Asia Pasifik ini.


Makan, orang Jepun memang suka makan. Makanan Halalan toyibbah agak sukar. Kehadiran Muslim juga boleh di bilang dengan jari. Tetapi boleh mencuba makanan berasaskan laut. Sempat merasa signature burger di McDonald iaitu burger Udang yang tiada di Malaysia. Rasanya lazat.


Setiap kawasan akan ada lorong atau jalan yang menawarkan pelbagai makanan jepun. Peminat Sushi di sinilah tempatnya, cuma harganya untuk 5 keping sushi tuna berharga Y1000, lebih baik pulang ke Kuala Lumpur dan nikmatinya di shushi King. Tetapi saiz sushi di sini lebih besar. Makanan Jepun frozen agak murah, boleh di dapati di kedai serbaneka dengan kadar Y400-Y700 bergantung kepada lauk pauknya.


Nasib kami agak baik kerana ada kedai makan yang tidak mempunyai kerusi yang hanya menawarkan produk makanan laut sahaja dan telur. Harga agak berpatutan. Mak cik di sini juga agak ramah.  Walaupun tidak tau berbahasa English. Makanannya juga 'lazat'.


Kehidupan Jepun, seperti cerita kartun Shin Chan, orang Jepun akan melepak selepas pulang dari tempat kerja, restoren hampir penuh dengan pekerja-pekerja yang menikmati sake dan makan. Kedai-kedai akan cuba menarik pelanggan dengan menggunakan lampu-lampu neon yang berwarna-warni dan papan tanda yang kreatif. Kemudian ada orang yang menjerit-jerit terutamanya remaja-remaja perempuan yang mempunyai suara yang pelik.


Layanan? Terasa seperti raja, jika kita memasuki kedai-kedai premium, kita akan di layan sangat teliti, hingga rasa bersalah jika tidak membelinya. Belum lagi memasuki premis membeli belah, mereka akan menunduk kepala bila kita melalui kios-kios mereka. 


Walaupun ketika di jalan raya atau di dalam keretapi, mereka kelihatan sombong, semuanya serius dan tidak memandang satu sama lain. Golongan muda akan bermain dengan telefon pintar manakala yang senior akan membaca atau memandang ke bawah. Mereka tidak akan memasuki keretapi yang sesak. Mungkin kerana kekerapan keretapi hanya 2 minit, tidak seperti di lembah Klang yang komuternya 40 minit setiap satu tanpa mengira kelewat yang kadang kala melebihi 2 jam. Tetapi apabila anda meminta pertolongan, mereka akan sehabisnya membantu sehingga anda mencapai hasrat anda. Itulah sesuatu yang amat baik. Yang penting, perlu tanya sahaja.


Impian sekian lama untuk menjejakkan kaki ke Jepun telah tercapai dan berjaya mengharunginya. Ini bermakna panda sudah bersedia untuk mengelilingi Euro zon selepas ini. Bujet yang di gunakan panda sepanjang 6 hari di Kansai adalah RM1,200 termasuk membeli cenderahati, dan ini adalah bujet terendah bagi perjalanan jarak jauh. Panda juga terkejut dengan penjimatan ini. 

Sunday, July 22, 2012

Kansai - Osaka siri 5


Ahad 1 Julai 2012, Hari ini hari lahir seseorang, tetapi tidak menjadi amalan untuk memberitahu seseorang kita makin dekat dengan penghujung nyawa, panda lebih suka mendiamkan diri sahaja dan paling mudah menghantar lagu happy birthday atau Selamat ulang Tahun di wall facebook.


Hari ke 5, kami sekali lagi membeli Osaka Unlimited Pass untuk sehari. Ini bagi memenuhi tempat-tempat yang tidak dapat dikunjungi di waktu pass 2 hari yang lepas. Kami hanya membeli pass sehari yang bernilai Y2,000. Tempat pertama kami adalah Universal Studio Osaka.



Untuk ke US Osaka, kami perlu menukar subway kead JR line yang tidak termasuk dalam pakej Osaka Unlimited Pass, Kami menukar train di stesen Bentencho menuju ke Nishikujo dan skali lagi menukar stesen ke Universal City. Kadar bayaran masuk ke Universal Studio Osaka adalah Y6,400 sahaja, tetapi 'Q'nya berjela. Mungkin kerana hari ini adalah hari cuti umum bagi warga Jepun.


Sempat juga panda membeli sehelai T-shirt di Hard Rock US Osaka ini, harganya lebih mahal dari Dubai sekitar Y2,800. Anda boleh mendapatkan badge percuma jika menukar kupon dari Osaka unlimited Pass. Discount Y200 juga untuk masuk ke US Osaka. Dari sini kami sekali lagi ke Bay Area untuk menaiki Santa Maria.

Santa Maria, Replika kapal Columbus menakluk bumi America, yang di bina 2 kali lebih besar dari asalnya. Kadar yang di kenakan adalah Y1,600.  Perjalanan adalah 45 minit menyusuri kawasan Osaka Bay.


Pengunjung akan bermula di Tempozan ke Universal Studio kemudian melalui beberapa jambatan yang terkenal di Osaka, seperti Tempozan Ohashi Bridge dan Harbor Bridge yang berwarna merah. Anda juga akan menikmati bangunan tertinggi di kawasan ini iaitu Osaka Prefectural Government Sakishima Building Observation.


Cuasa hari ini selimuti dengan hujan yang lebat dan berpanjangan. Agak sukar untuk mengambil foto di kawasan terbuka, di dalam bangunan pula anda tidak dapat melihat di luar. Kami meneruskan perjalanan dengan menaiki Tempuzan Giant Ferris Wheel (Y700). Di kaki roda gergasi ini ada Tempuzan Marketplace. Jika ingin membeli tandamata, di sini agak murah berbanding tempat lain di Osaka.

Dari stesen Osakako, kami menuju ke Cosmosquare, 650 meter dari stesen tersebut ada Osaka Maritime Musium (Y650). Keunikn musium ini adalah terpisah dari daratan. Ia seperti sfera kaca yang muncul dari laut.


Di sini memaparkan sejarah pelabuhan di Osaka dan sistem pekapalannya. Kebanyakan pelabuhan di sini di gali bagi membolehkan kapal memasukinnya. Ini di lakukan sejak beratus tahun yang lalu.


Bahan pameran juga amat interaktif hingga anda tidak merasakan yang anda berda di dalam musium yang kelam lagi kusam. Pencahayaan semulajadi dengan suhu yang agak hangat menyebabkan anda sanggup mengelilingi museum berbentuk sfera ini.

Laluan bawah air juga amat negujakan, anda akan dapat melihat ikan, ketam berada di atas kepala anda berenang dengan bebas. Ini bukanlah ikan kecil seperti di Malaysia tetapi ikan-ikan yang saiznya sekaki dan jenis yang berharga.



Setelah itu, kali ke Osaka Prefectural Government Sakishima Building Observation (Y500) yang berketinggian 252 meter. Berada di kawasan pelabuhan di atas pulau buatan. Di sini anda dapat melihat hampir keseluruhan kawasan Sakishima.


Hari telah lewat petang, setelah solat jamak & Qasar asar dan zohor di tingkat 51, kami singgah sekali lagi di Natural Open-air Hot Spring Spa Suminoe (Y600) untuk melegakan kepenatan. Agak berbaloi, dengan bayaran Y2000 kami telah memanafaatkan  Y4050 tidak termasuk subway yang tidak di kira bayarannya.

Thursday, July 19, 2012

Kansai - Kyoto siri 4


Hari 4, Sabtu 30 Jun 2012, Dari Umeda kami menaiki Hankyu Train ke Kyoyo, perjalanan sekitar 45 minit dengan tiket Y390 sehala, menuju ke Kawaramachi station. Perjalanan hari ini tidak teratur walaupun kami telah mendapatkan peta dengan lebih awal. Ini kerana ke banyakkan tempat menarik untuk d kunjungi berada jauh dari pusat bandar Kyoto. Stesen Kawaramachi juga bukanlah statsen utama kerna kebanyakan pengangkutan awan berada di Kyoto stesen yang di gunakan oleh JR line.


Keluar dari stesen kami, kami menggunakan jalan Ura Teramchi Dori, ia adalah laluan sperti di Kobe atau pertaling street di Malaysia dengan versi yang lebih bersih dan kemas. Laluan ini menjual barangan tempatan dan juga jenama antarabangsa. Cuma harganya agak tinggi berbangding Kobe. 


Kyoto adalah antara bandar tertua di Jepun dan pernah menjadi ibu negara Jepun pada masa dahulu. Di sini juga masih kelihatan temple dan kediaman Shogun yang masih terpelihara dengan baik.


Sungai di Kyoto sangatlah bersih dan jernih. Ia menjadi tempat rekreasi masyarakat setempat. Pada awalnya ami berhasrat untuk mengunjungi Masjid Kyoto, tetapi kami boleh di katakan kehilangan arah apabila memasuki kawasan kampung yang padat.


Tetapi kami sempat mengunjungi beberapa temple yang berada di kawasan kampung tersebut. Semua temple tersebut telah berusia beratus-ratus tahun dan masih mengekalkan ke aslian dan kebersihan. Taman-taman Jepun yang ada di sekitar juga masih cantik.


Dalam pada sesat di hutan batu, kami sempat singgah ke Miyako Messe-Kyoto International Exhibition Hall yang terkandung di dalamnya Japan Design Museum dan Kyoto Museum of Tradisional Craft. Apa yang penting tiada bayaran masuk di kenakan. Dari situ kami berjalan ke Hein Jingu Shrine yang berwarna merah. Cantik seperti Forbidden City di Beijing. Bila ke sini dan melihat 'mock(?)'nya, teringat akan cerita mangga Innuyasha.


Sementara menunggu bas kerana kelaparan, kami sempat singgah di Kyoto Municiple Museum of Art. Di sini di paparkan galerry seni dari pelukis-pelukis tempatan dan juga antarabangsa. sempat meninggalkan tandamata kenangan di buku pelawat.


Kemudia kami menaiki bas untuk ke Kyoto Station, tiketnya berharga Y220, bas ala-ala rapid KL. perjalanan melalui bandaraya Kyoto mengambil masa lebih kurang 30 minit. Pada waktu itu panda mengalami kelaparan tahap gaban.  Stesen Keretapi Kyoto sangat besar dan bersebelahan dengan Kyoto Tower. Antara menara tertinggi bi bandar Kyoto. Rekabentunya spert piring terbang yang berwarna merah.


Selepas menikmati makan lewat tengahari di Kyoto Tower shopping mall kami meneruskan perjalanan untuk kembali ke stesen Kamarawchi, kami sempat singgah ke Higashi Hongaji, Shrine yang di bina sejak abad ke 11 lagi oleh puteri raja Shinan. Sebahagian besar Komplek ini dalam proses pembaikan jadi tidak dapat di paparkan dengan berkesan di photo ini.


Bulan Jun adalah bulan paling panas di jepun dan juga musim hujan. Sepanjang petang di Kyoto, hujan membasahi buminya, ini membataskan penggerakkan kami. dan kami membuat keputusan untuk pulang awal. Bagi pegunjung, di cadangkan untuk tidur disini semalam dan boleh berkunjung ke luar kawasan bandar. Banyak shirne yang menarik dan mempunyai nilai sejarah di luar sana. Dapatkan Kyoto Busses Pass untuk hanya Y500 sehari. Ini akan memudahkan perjalanan pengunjung dan menjimatkan.

Sunday, July 15, 2012

Kansai - Kobe siri 3


Hari ke 3 (29 June 2012), seawal jam 9 pagi kami bergerak Umeda station unt mendapatkan Kansai Pass yang berharga Y3,800 untuk 2 hari dan Y5000 untuk pass 3 hari. Tetapi dia ats nasihat pegawai pelancungan di Umeda Raiway and tourism Information, kami membatalkan hasrat tersebut dan menggunakan tiket biasa sahaja. 



Dari Umeda, kami menaiki Hansin Main Line Express menuju ke Kobe, Tiketnya Y360 sahaja ke stesen Sannomiya Kobe. Perjalanan mengambil masa hanya 35 minit sahaja.


Dari stesen Sannomiya, kami berjalan kaki menuju ke Kitano - Shin - Kobe, Lokasi ini hanya 30 minit berjalan kaki. Kawasan ni terkenal kerana ia pernah menjadi tempat tinggal pemastautin dari Barat. Kobe adalah pelabuhan pertama di Jepun yang menerima perdagang dari Barat (Eropah dan Amerika) semenjak zaman Meiji (1868-1912). Bandar ini menjadi pelabuhan utama sejak tahun 710-784 lagi di zaman Nara.


Terdaapt berbagai jenis rumah Eropah di sini, tetapi yang paling terkenal adalah Weathercock House yang menggunakan senibina Jerman. Selain itu ada rumah Francis, English, Dermark dan Belanda. Tempat berhenti rehat adalah di Kitano cho Plaza.


Kawasan Kitano ini juga terdapatnya Kobe Muslim Mosque, masjid tertua di Jepun dan terselamat ketika peperangan dunia kedua dari di Bom oleh Amerika dan juga gempa bumi besar pada Januari 1995 yang meranapkan seluruh Kobe. Panda tidak dapat berkongsi gambar penuh kerana Masjid Kobe sedang dalam pemulihan. kerja-kerja pemulihan di lakukan oleh orang Jepun. Kemasan dalaman Masjid ini memang cantik dan ada roh ketenangan ketika di dalamnya.


Walaupun waktu zohor pada jam 12.15pm, azan hanya dimulakan pada jam 1.00 petang bagi memudahkan golongan pekerja menunaikan solat waktu rehat. Ketika berligar untuk makan tengahari, kami sempat bertemu bapak Djoko Sularso dari Surabaya, beliau usahawan perkapalan yang datang ke Jepun di atas urusan perniagaan. Sempat kami di jamu dengan buffet Briani di depan Masjid yang berharga Y1500 seorang. Terima kasih kepada Bapak Djoko Sularso yang sudi membayarnya.


Selepas azan Zohor, Majlis akan di mulakan dengan bayan/tazkirah dalam bahasa English, di ikuti bahasa Jepun, kemudian azan kedua dan di ikuti dengan khutbah Jumaat berbahasa Arab. Solat Jumaat di mana muslimnya minoriti sangat unik dan menarik, panda ingin menitiskan air mata kerana keharmonianya di sini. Selepas solat, jemaah dijamu dengan air susu/soya dan kurma. Masing-masing mengambil kesempatan untuk bertanya khabar. Kebanyakan jemaah adalah dari Selatan Asia dan Asia Tenggara. Tidak terasa asing bila di masjid ini. Sempat berbual mesra dengan dua orang Muslim Jepun (hanya dua sahaja) yang datang dari Kyoto untuk menunaikan solat di sini. 


Setalah solat Jumaat, kami berkunjung pula ke Sannomiya-Kyukyoryuchi-Nankinmachi-Motomachi. Di kawasan ini juga terdapatnya Nankinmanchi ataupun Chinatown di Kobe. Di sini terdapat pusat jualan ala-ala Pertaling Street tetapi lebih selesa dan bersih. Banyak barangan berjenama antarabangsa di jual di sini.


Dari situ kami meneruskan perjalanan ke Meriken Park-Haborland.  Meriken Park adalah taman yang berada di pinggir Teluk Kobe yang mengadap  pelabuhan Kobe. 


Disini terdapatnay Maritime Museum/Kawasaki Good Times World, Kobe Port Earthquake Memorial Park dan Boarding point for the splash Kobe.


Laluan ini berterusan hingga Naka Pier Passanger Terminal, Kobe Meriken Park Orienta Hotel, Naka peir dan menara merah Kobe Port Tower. Dari menara pelabuhan yang berwarna merah kami terus berjalan hingga ke usat membeli belah Mosaic yang berwarna warni. Di sini juga terdapat Mosaic Garden yang menempatkan roda gergasi.


Masa yang lebih lama di perukan untuk menjelajah Kobe ini kerana banyak lagi tempat-tempat menarik boleh di kunjungi. Antaranya Port Island-Kobe Airport, Nada Sake Breweries - Rokko Island, Gunung Rokko dan Gunung Maya dan paling terkenal Arima Hot Spring.


Sehari di sini tidak memungkinkan untuk melawat semua tempat. Apa yang panda boleh akui adalah, barangan di Kobe lebih murah berbanding Osaka dan Kyoto jika mencari cenderahati. Tetapi peluang itu tidak di manafaatkan oleh kami, kepada pengunjung, jika datang ke sini, bershopping sakanlah di Kobe, kerana harganya lebih menarik.

Monday, July 9, 2012

Kansai - Osaka siri 2


Hari 2, Tido di tilam Jepun memang melenakan, hampir lebuh waktu subuh. Selepas bersarapan Maggi in Cup yang di bawa dari Malaysia. Kami memulakan langkah dari Hotel Taiyo yang bersebelahan Dobutsuen-mae Subway station. Kami berjalan kaki ke Tennoji untuk ke  Shitennoji Temple (Chushingaran, Honbo Garden).


Berjalan kaki hampir 30 minit dan kedudukan temple ini di belakang bangunan moden. Tetapi masih terpelihara. Ini adalah temple Buddha yang pertama di Jepun yang di bina oleh Putera Shoutoku. Ia menempatakan hampir 500 khazanah negara dan harta kebudayaan yang penting.
Subway yang paling hampir dengan temple ini adalah  subway Tanimachi Line iaitu Shitennojimae Yuhigaoka Station. Cuma mengambil masa 5 minit berjalan kaki. Bayaran masuk adalah Y300.



Selain dari Temple Buddha, di sini juga menempatkan sebuah taman Jepun yang sangat cantik dan bersih. Taman yang di kenali dengan nama  Hambo garden.


Dari Shitennoji Temple, kami ke Osaka Caste Area, menggunakan  subway Tanimachi Line di stesen Shitennojimae Yuhigaoka dan berhenti di Tanimachi Station. Lokasi pertama adalah Osaka Museum of History (Y600). Muzium ini terletak bersebelahan dengan bangunan penyiaran Jepun, NHK Osaka.


Di sini menempatkan perjalanan kehidupan rakyat Osaka bermula dari zaman dahulu, berlatar belakangkan Istana Maharaja Naniwanimiya di zaman Nara hinggalah zaman semasa Osaka. Setiap zaman di tempatkan di tingkat yang berasingan bermula dari tingkat 8 dan menuruni tingkat demi tingkat.


Selepas itu, kami ke Osaka Castle Nishinomaru Garden (Y200). Taman ini amat popular pada musim bunga kerana ia akan di penuhi oleh bunga-bunga sakura yang berwarna putih dan merah jambu. Memandangkan panda mengunjungi puncak musim panas, hanya kehijauan sahaja menyelubungi taman ini.


Osaka Castle (Y600) terletak di tengah-tengah taman ini. Istana ini menempatkan warisan  kebudayaan zaman Toyotoni Hideyoshi dan Osaka Castle sendiri. Kedudukannya yang berada di puncak membolehkan pengunjung menikmati pemandangan bandaraya Osaka. 


Di sini juga teretaknya Musium lama Osaka yang tidak lagi di gunakan. Hokoku Shine atau  gerbang jepun yang di buat dari kayu.


Dari Osaka Castle, kami menaiki subway ke Umeda Station, dan menukar stesen untuk ke Chekune, menggunkan Hanshin Line, kadar bayaran sekitar Y160 kerana Hashin line adalah keretapi jarak jauh yang ke luar Osaka. 


Tujuan kami adalah untuk berkunjung ke Masjid Jamek Osaka. Kedudukan Masjid ini berada di luar kawasan perniagaan Osaka. Dari stesen keretapi ke sini mengambil masa 10 minit berjalan kaki. Kami berhajat untuk solat jamak takhir Asar. Alhamdullillah, rezeki kami, dapat berjemaah Asar pada jam 5:15 petang. Masjid ini bersolat lewat dari waktu Asar yang masuk ada jam 3:15 petang. Ini memberi peluang muslimin yang bekerja dapat solat berjamaah sama. Di tingkat bawah masjid ini terdaat juga barangan halal yang di import dari Asia Selatan dan juga Indonesia dan Malaysia.



Setelah solat, kami ke Bay Area dengan harapan untuk menaiki Tempozan Giant Ferris Whell, tetapi rezeki tidak menyebelahi kami kerana ia di tutup pada hari ini untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Kami hanya mengambil gambar personal dan  ke Natural Open Air hot spring and Spa Suminoe. Dengan Y2,700 Osaka Unlimited Pass, panda dapat gunakan  Y5,350 untuk bayaran masuk dan kos subway yang percuma. Berbaloi-baloi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com