From 2012-02-10 istanbul |
Masa untuk mengurangkan tekanan setelah menelaah journal yang kurang di fahami. Bukan idak faham akan journal tersebut, tetapi tiada kemahiran untuk menghadam isi perbincangan dan mengestrak methologi yang di perlukan oleh pensyarah.
Kembali ke cerita terakhir bagi siri Istanbul ini, Hari ke 4, Selasa. Suhu sangat sejuk berbanding hari sebelumnya, Kabus mua menyelubungi seluruh Istanbul. Ini bermakna qualiti gambar yang diambil juga akan berkurangan.
Kami mengambil keputusan untuk ke Istanbul di sebelah Asia iaitu di Uskudar. Selepas bersarapan buah zaiton bersama roti Francis, kami menaiki tram ke Serkerchi. Di situ kami menaiki feri ke Uskudar dengan tambang TYL2 sahaja, perjalanannya dalam 20 minit sahaja menyeberangi Selat Bosphorus.
From 2012-02-10 istanbul |
From 2012-02-10 istanbul |
Dari jeti Uskudar kami berjalan kaki melalui bandar untuk ke Maiden's Tower. Suasana yang sejuk juga membantaskan pergerakkan kami ke sana. Semasa perjalanan, sempat kami singgah ke pasar Uskudar yang sangat menarik. Ikan, daging dan Buah-buhannya segar. Pasarnya juga sangat bersih.
From 2012-02-10 istanbul |
From Collages |
Setelah bergambar berlatarbelakangkan Maiden's Tower, kami menyusuri Selat Bosphorus untk kembali ke pekan Uskudar dan menikmati makan tengahari dari sumber laut. Cuba menikmati Burger Ikan.
Suhu semakin sejuk memaksa kami untuk tidak berada di luar premis. Petangnya hujan mula turun. Uniknya hujan di musim sejuk ini tidak membuatkan kami basah.Kami kembali ke Eropah dan cuba menghabiskan sisa-sisa TYL yang ada.
Malamnya, kami mengambil ke sempatan ke Gedikpasha Hamam, tempat mandi awan bagi orang turki. Cajnya TYL55. Ia pengalaman baru kepada panda untuk mandi di atas batu hampar yang panas dan dibelasah (ala-ala srub) oleh pakcik Turki. Tiada gambar boleh di ambil disini.
From Collages |
Pengalaman di Istanbul amat menarik, pertamanya inilah kali perama panda keluar dari benua Asia dan keduanya panda juga sempat bermain Salji. Tetapi kesejukan hanya seronok buat masa sekejap sahaja, selepas itu rasa kegatalan pula yang mucul di seluruh badan. Kulit menjadi kering. Ketiga, Istanbul memang indah, dimana adunan menara masjid dan bangunan yang berusia ratusan tahun menjadikan ia sangat indah. Orang-orang di sini sangat ramah dan sangat comel.
salam...istanbul memang tempat yang sangat-sangat saya idamkan...lagi lagi tengok pictures awak ni. what is the best time to visit istanbul?
ReplyDeleteSalam... I likes your pictures! marvellous!
ReplyDeleteSalam.. I likes your pictures. Beautifully taken!
ReplyDelete