Pada asalnya panda ingin meneruskan siri ini untuk beberapa siri lagi, memandangkan keadaan kehidupan panda yang jauh berubah sejak akhir Februari yang lalu, ia memberi kesan yang amat mendalam dan berpanjangan sekurang-kurangnya untuk lima tahun yang akan datang...
Hari ke 3, Isnin, lawatan kembali berkisar di tempat-tempat menarik pada hari pertama. Keinginan panda melonjak-lonjak ntuk mengunjungi Ahya Sofia dan Istana Topkapi. Malangnya Ahya Sofia di tutup pada hari Isnin dan Istana Topkapi ditutup pada hari Selasa. Kebanyakan Muzium di Istanbul di tutup pada hari Isnin atau Selasa. Bagi bagi yang merancang untuk mengadakan perjalanan secara persendirian perlu mempertimbangkan hari-hari yang ingin di kunjungi. Biasanya hari Sabtu dan Ahad adalah hari terbaik.
Bayaran masuk untuk ke Istana Topkapi adalah TYL20, begitu juga Ahya Sofia. Istana ini adalah Istana yang terbesar di Istanbul. Menjadi tempat bersemayam Sultan-Sultan Ottoman lebih 400 tahun bermula (1465-1856).
Istana ini mula di bina pada 1459 oleh Sultan Mehmed II si penakluk Constantinople dan hilang fungsi ada abd ke 17 apabila Sultan Abdul Mecid memindahkan pentadbirannya ke Istana Dolmabahce di deberang tanjung emas (Golden Cape). Ia bertukar fungsi menjadi Musium dengan berakhirnya era Kesultanan Ottoman pada 1921.
Setelah menjelajah Istana Topkapi selama 3 jam, Panda sempat olat Jamak Zohor dan Asar di Masjid biru sebelum kembali ke Sultanahmed untuk makan tengahari. Suhu pada waktu ini telah mencecah 3*C, kesejukan amat terasa.
Petangnya kami hanya menghabiskan masa menaiki tram dari Benyazit ke Zeytimburnu dan kembali ke Kabatas. Hanya dengan bayaran TYL 2. Bila suhu mencecah 2*C kami terus kembali ke hotel dengan kesejukan yang amat.
No comments:
Post a Comment