Wednesday, March 28, 2012

Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar


13 Februari 2012 yang lalu juga panda dan pasukan sempat meninjau Hutan Lipur Ulu Kernas sebagai salah satu tempat untuk di jadikan lokasi kem 1Malaysia. Hutan lipur ini berada di dalam kawasan Hutan Simpan Bubu. Lokasinya 15km daripada Bandar Di Raja Kuala Kangsar.


Hutan Lipur Ulu Kernas juga terkenal dengan keunikan Gunung Bubu yang terdiri dari dua puncak iaitu Gunung Bubu Besar dan Gunung Bubu Kecil. Ketinggian gunung ini adalah 1657 meter (5437 kaki) dari paras laut.

Kawasan ini memang menjadi tumpuan pengunjung dan peminat sukan rekriasi. Disini juga terdapatnya Kem tatanegara dan juga kemudahan penginapan yang di sediakan oleh Jabatan Hutan. Tapak-tapak perkhemahan juga ada. Kadar yang dikenakan sangat berpatutan dengan harga RM20-RM40 seunit. Bagi tapak khemah, Cajnya RM2 untuk pelajar dan RM5 untuk dewasa.


Suasana yang redup dan nyaman ini sangat mengasyikan. Kami disini cuma sekitar 1 jam, untuk meneruskan perjalanan kembali ke Subang. Sekali sekala dapat berinteraksi dengan alam amat mengujakan. Cuma kesibukan mengejar dunia menyebabkan banyak benda yang terpaksa di korbankan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com