Wednesday, March 28, 2012

Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar


13 Februari 2012 yang lalu juga panda dan pasukan sempat meninjau Hutan Lipur Ulu Kernas sebagai salah satu tempat untuk di jadikan lokasi kem 1Malaysia. Hutan lipur ini berada di dalam kawasan Hutan Simpan Bubu. Lokasinya 15km daripada Bandar Di Raja Kuala Kangsar.


Hutan Lipur Ulu Kernas juga terkenal dengan keunikan Gunung Bubu yang terdiri dari dua puncak iaitu Gunung Bubu Besar dan Gunung Bubu Kecil. Ketinggian gunung ini adalah 1657 meter (5437 kaki) dari paras laut.

Kawasan ini memang menjadi tumpuan pengunjung dan peminat sukan rekriasi. Disini juga terdapatnya Kem tatanegara dan juga kemudahan penginapan yang di sediakan oleh Jabatan Hutan. Tapak-tapak perkhemahan juga ada. Kadar yang dikenakan sangat berpatutan dengan harga RM20-RM40 seunit. Bagi tapak khemah, Cajnya RM2 untuk pelajar dan RM5 untuk dewasa.


Suasana yang redup dan nyaman ini sangat mengasyikan. Kami disini cuma sekitar 1 jam, untuk meneruskan perjalanan kembali ke Subang. Sekali sekala dapat berinteraksi dengan alam amat mengujakan. Cuma kesibukan mengejar dunia menyebabkan banyak benda yang terpaksa di korbankan.

Thursday, March 22, 2012

Seketika di Nur Lembah Lenggong

 13 Februari 2012 (Isnin) - misi melawat tapak bagi program Kem 1Malaysia buat pelajar-pelajar sekolah Angkat Malaysia Airlines. Tempat yang di tuju adalah di Lenggong Perak.


Tempat yang di tuju adalah Nur Lembah Lenggong yang terletak di lenggong. kira-kira 30 minit perjalanan dari tol Kuala Kangsar. Kedudukannya agak tersorok melepasi pekan Lenggong, di dalam ladang kelapa Sawit dan di tepi Sungai Perak yang laju arusnya.


Banyak aktiviti yang boleh di lakukan di sini, berkenu, flying fox, merentas ladang kelapa sawit dan menyusuri jambatan gantung.
 Kedamaian dan bunyi arus sungai Perak amat mengasyikan, suasana teduh dibawah pepohon kelapa sawit. 

 Perjalanan kali ini juga meyaksikan iphone panda di colek untuk tempoh waktu yang agak panjang. Agak meyedihkan kerana panda masih terikat dengan kontrak, sebagai ahli kumpulan 'mahawangsa' panda redha sahaja....

Wednesday, March 7, 2012

Istanbul Aku Datang.... Season finale


From 2012-02-10 istanbul
Masa untuk mengurangkan tekanan setelah menelaah journal yang kurang di fahami. Bukan idak faham akan journal tersebut, tetapi tiada kemahiran untuk menghadam isi perbincangan dan mengestrak methologi yang di perlukan oleh pensyarah.

Kembali ke cerita terakhir bagi siri Istanbul ini, Hari ke 4, Selasa. Suhu sangat sejuk berbanding hari sebelumnya, Kabus mua menyelubungi seluruh Istanbul. Ini bermakna qualiti gambar yang diambil juga akan berkurangan.




Kami mengambil keputusan untuk ke Istanbul di sebelah Asia iaitu di Uskudar. Selepas bersarapan buah zaiton bersama roti Francis, kami menaiki tram ke Serkerchi. Di situ kami menaiki feri ke Uskudar dengan tambang TYL2 sahaja, perjalanannya dalam 20 minit sahaja menyeberangi Selat Bosphorus.


From 2012-02-10 istanbul


From 2012-02-10 istanbul

Dari jeti Uskudar kami berjalan kaki melalui bandar untuk ke Maiden's Tower. Suasana yang sejuk juga membantaskan pergerakkan kami ke sana. Semasa perjalanan, sempat kami singgah ke pasar Uskudar yang sangat menarik. Ikan, daging dan Buah-buhannya segar. Pasarnya juga sangat bersih.

From 2012-02-10 istanbul
Maiden's tower ini telah di bina sejak 408BC lagi oleh empayar Yunani dan ia terus mengalami perubahan mengikut dinasti yang ada setelah itu. Untuk ke Maiden's tower, ada bot disediakan dengan kadar TYL40. Pada waktu kunjungan ini, terdapat sebuah restoren dan rumah api di situ.

From Collages

Setelah bergambar berlatarbelakangkan Maiden's Tower, kami menyusuri Selat Bosphorus untk kembali ke pekan Uskudar dan menikmati makan tengahari dari sumber laut. Cuba menikmati Burger Ikan.

Suhu semakin sejuk memaksa kami untuk tidak berada di luar premis. Petangnya hujan mula turun. Uniknya hujan di musim sejuk ini tidak membuatkan kami basah.Kami kembali ke Eropah dan cuba menghabiskan sisa-sisa TYL yang ada.

Malamnya, kami mengambil ke sempatan ke Gedikpasha Hamam, tempat mandi awan bagi orang turki. Cajnya TYL55. Ia pengalaman baru kepada panda untuk mandi di atas batu hampar yang panas dan dibelasah (ala-ala srub) oleh pakcik Turki. Tiada gambar boleh di ambil disini.

From Collages

Pengalaman di Istanbul amat menarik, pertamanya inilah kali perama panda keluar dari benua Asia dan keduanya panda juga sempat bermain Salji. Tetapi kesejukan hanya seronok buat masa sekejap sahaja, selepas itu rasa kegatalan pula yang mucul di seluruh badan. Kulit menjadi kering. Ketiga, Istanbul memang indah, dimana adunan menara masjid dan bangunan yang berusia ratusan tahun menjadikan ia sangat indah. Orang-orang di sini sangat ramah dan sangat comel.

Monday, March 5, 2012

Istanbul aku datang... Istana Topkapi


From 2012-02-10 istanbul
Pada asalnya panda ingin meneruskan siri ini untuk beberapa siri lagi, memandangkan keadaan kehidupan panda yang jauh berubah sejak akhir Februari yang lalu, ia memberi kesan yang amat mendalam dan berpanjangan sekurang-kurangnya untuk lima tahun yang akan datang...

From 2012-02-10 istanbul

From 2012-02-10 istanbul

From Collages
Hari ke 3, Isnin, lawatan kembali berkisar di tempat-tempat menarik pada hari pertama. Keinginan panda melonjak-lonjak ntuk mengunjungi Ahya Sofia dan Istana Topkapi. Malangnya Ahya Sofia di tutup pada hari Isnin dan Istana Topkapi ditutup pada hari Selasa. Kebanyakan Muzium di Istanbul di tutup pada hari Isnin atau Selasa. Bagi bagi yang merancang untuk mengadakan perjalanan secara persendirian perlu mempertimbangkan hari-hari yang ingin di kunjungi. Biasanya hari Sabtu dan Ahad adalah hari terbaik.

From 2012-02-10 istanbul
Bayaran masuk untuk ke Istana Topkapi adalah TYL20, begitu juga Ahya Sofia. Istana ini adalah Istana yang terbesar di Istanbul. Menjadi tempat bersemayam Sultan-Sultan Ottoman lebih 400 tahun bermula (1465-1856).
Istana ini mula di bina pada 1459 oleh Sultan Mehmed II si penakluk Constantinople dan hilang fungsi ada abd ke 17 apabila Sultan Abdul Mecid memindahkan pentadbirannya ke Istana Dolmabahce di deberang tanjung emas (Golden Cape). Ia bertukar fungsi menjadi Musium dengan berakhirnya era Kesultanan Ottoman pada 1921.

From Collages

From Collages


From Collages
Setelah menjelajah Istana Topkapi selama 3 jam, Panda sempat olat Jamak Zohor dan Asar di Masjid biru sebelum kembali ke Sultanahmed untuk makan tengahari. Suhu pada waktu ini telah mencecah 3*C, kesejukan amat terasa. 
From 2012-02-10 istanbul

Petangnya kami hanya menghabiskan masa menaiki tram dari Benyazit ke Zeytimburnu dan kembali ke Kabatas. Hanya dengan bayaran TYL 2. Bila suhu mencecah 2*C kami terus kembali ke hotel dengan kesejukan yang amat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com