Wednesday, November 9, 2011

Perth 4 hari 4 malam - Finale...


From mandurah
Hari terakhir sebelum pulang, 24 Oktober 2011 (Isnin) kami hanya berada di sekitar Perth, Mak Andeh bercadang untuk membeli barangan Pyrex yang terkenal dengan kemurahannya di Australia. Kami telah bercadang untuk membeli-belah di Big W.

From 2011-10-26 perth
Dengan menaiki Perth rail menuju ke Oat Street dengan kadar AUD2.30 seorang untuk perjalanan 2 jam, dari stesen eretapi kami menaiki bal ke Belmont Forum. Di sini beberapa pasaraya besar di letakkan di dalam satu kawasan. Sama seperti The Curve Mutiara Damansara jika di Malaysia, cuma binaannya lebih mudah dan hanya setingkat. Kedudukannya juga berada di tengah-tengah kawasan perumahan.

From Collages
Di sini terletaknya pasaraya Big W, Coles, Harvey Norman, K-mart, Supa IGA dan Wool Wood. Sememangnya barangan Pyrex lebih murah di sini. Makanan halal juga ada di jual di medan seleranya. Buah-buahanya juga murah. Kami sempat membeli beberapa kotak strawberry dengan harga AUD1.50 bagi 250 gram sekotak.

From Collages
Setelah mendapatkan apa yang dihajati, kami kembali ke Perth untuk menghabiskan saki baki AUD yang ada, menikmati keseronokan barangan berjenama di sepanjang Hay Street dan Willian Street. Sempat juga panda membeli minyak wangi dengan harga di antara AUD37 hingga AUD50 bagi 100ml.

From Collages

Memandangkan hari ini adalah hari terakhir, kami mengambil peluang untuk menikmati suasana petang di Perth yang permai ini. Perth sunyi selepas jam 5 petang. Walaupun pada akhir Oktober ini akan berlangsung Persidangan Chogm.

From Collages

Jam 0245 kami menggunakan CONNECT shuttle ke Lapangan Terbang Antarabangsa Perth dengan kadar bayaran AUD16 seorang. perjalanan mengambil masa 1 jam. Seperti kedatangan panda di LCCT Sepang, kami meninggalkan Perth dengan hujan juga. Penerbangan kami juga tertangguh selama 1 jam 30 minit akibat kesesakan trafik. Kenangan di Perth sangat mengujakan.

1 comment:

  1. Salam.nak share pengalaman ke perth.saya br pulang 3 hari lepas.dan merupakan kali ke 4 saya dan keluarga ke sana.ia adalah kerana kami sgt suka dgn perth dan tmpt kami menginap. Kami menginap di mahira holiday homes yg merupakan seorg malaysian muslim owner.beliau mempunyai 4 holiday bungalow dan alhamdulilah kami sudah mencuba ke empat2 holiday tersebut.kami amat berpuas hati kerana tmptnya sgt dkt dgn perth city,bersih,fully furnishhed dan amat berpatutan.anak owner tu ada dimsia.boleh contact cik siti 0123360098 . Fully equipped with kitchen n cooking facilities dan juga washer machine n dryer. Mereka juga ada kereta sewa utk in house guest.bonusnya mereka pick n drop off airport for freeowner dia pulak very friendly and humble.down to earth. memang superb lah service diaorg. rumah rumah mereka pun memang sgt dkt dgn kemudahan. memang berbaloi.caj yg dikenakan adalah AUD$220 weekdays dan $240 weekenduntuk 2 adults and 2 kanak kanak bwh 12 thn atau 3 adultsberbaloi kan? memang berpatutan. yg penting service dia memang superb!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com