29 Oktober 2011 (Sabtu) Buat pertama kalinya setelah hampir 20 tahun (seingat ingatan panda), inilah kali pertama panda menyertai aktiviti amal yang memerlukan panda memenatkan diri. Program ini telah di adakan di Putrajaya bermula di depan Istana Kehakiman dan penhujungnya juga di sini.
Program di mulakan pada jam 1 tengahari dengan sessi mengagihan baju yang berwarna jingga kepada para peserta, kemudian pada jam 3 petang, makanan yang di sumbangkan oleh KFC holding ula di agihkan. Penajanya adalah KFC, Pizza hut dan juga ayamas. Pesrta dibenarkan memilih satu satu hidangan ini.
Program jalan-jalan ini dimulakan jam 6.00 petang. Ia telah dilepaskan oleh permaisuri Johor. Katanya ada 10,000 peserta yang menyertainya. Terdiri dari segenap lapisan masyarakat bermula dari umur yang berada di dalam troli sehingga atuk-atuk.
Perjalanan menlalui 5 km bermula dari Istana Kehakiman sehingga ke jambatan di depan PICC dan kembali ke Istana Kehakiman. Oleh kerana ia berjalan kaki, maka ia sangat santai dan menyeronokkan. Tambahan pula tiada hadiah cuma goodies dari penganjur.
No comments:
Post a Comment