Monday, November 14, 2011

Konvokesyen UiTM ke 75, 2011


From New folder
27 Oktober 2011 Khamis - Selepas berehat unruk cuti Devalee pada hari sebelumnya, Panda mengiringi adik untuk menerima watikah Diplomanya dalam bidang pengurusan Ladang di UiTM Shah Alam. Panda agak teruja kerana UiTM Shah Alam telah mempunyai dewan yang baru, lebih besar dan gah berbanding tahun-tahun sebelum ini.

From Collages
Konvokesyen kali ini pertama kalinya di langsungkan di Dewan Agong Tuanku Canselor yang berada bersebelahan Padang Kawad UiTM. Agak unik binaanya, dari luar seperti kapal angkasa UFO tetapi di dalamnya, kemasannya agak mudah dan menarik corak origaminya.

From Collages
Panda adalah produk UiTM berasa 'kembang' dengan dewan baru ini, telah tiga kali berturut-turut panda diraikan di Majlis Konvokeyen di Dewan Seri Budiman yang terletak di Menara UiTM. Kedudukanya yang di sebelah padang yang menghijau menyerlahkan binaannya.

From Collages
Kekurangan, kekurangan tempat untuk bersantai oleh pengiring yang tidak dapat memasuki dewan. Gerai-gerai yang di sediakan di hujung padang tidak kondusif tambahan pula padang yang lecak akibat hujan. Pengunjung terpaksa berpanas-panasan di tangga-tangga yang ada.

From Collages
Memandang majlis konvoksyen amat bermakna buat keluarga, ia tidak menjadi penghalang buat mereka untuk menunggu lebih lima jam sehingga majlis selesai. 

From FACE
Terpahat kegembiraan bagi yang berjaya, walaupun langkah ke depan lebih berliku dan mencabar. Kami tidak menunggu lama kerana telah sangat lapar dan mencuba untuk mengelakkan kesesakkan di pintu keluar UiTM seksyen 7. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com