Hari ke 3 di Perth, Ahad 23 Oktober 2011. Pada awalnya kami ingin ke Cavesham Wildlife Park yang terkenal dengan Koala dan Kangaroos serta haiwan esortik Australia. Menurut buku pelancungan tempatan ada bas yang membawa pelancong terus ke kawasan tersebut yang terletak di Swam Valley yang terkenal dengan ladang anggur dan wain.
Dengan menggunakan Transperth Train, menggunkan family Rider dengan kadar AUD9.30 menuju ke Guildford, malangnya ketika di dalam keretapi kami disapa oleh penumpang lain dan di maklumkan tiada perkhidmatan bas pada hari Ahad untuk ke Whiteman Park. Dari Guildford ada juga perkhidmatan bas Hop-On Hop-off mengelilingi Swan Valley, memandangkan sekarang bukan musim angggur berbuah, kami tidak berminat untuk melawat tempat tersebut kecuali anda berminat merasa wain percuma.
Kami meneruskan perjalanan ke hentian terakhir Transperth di Midland untuk bersarapan. Walaupun jam menunjukkan 0900, pekan ini masih sunyi dan semua kedainya tidak beroperasi pada hari Ahad, yang ada hanyalah pekan sehari yang menjual produk tempatan.
Kami sempat membeli sekilo apple yang berhargga AUD3.00 sekilo sebagai sarapan kami. Jam 0930 kami kembali ke stesen keretapi untuk ke Mandurah.
Kami sampai di Mandurah sekitar jam 1100, kemudian menaiki bas ke pekannya. Mandurah lebih tenang berbanding Flemantle, dan lebih kecil tetapi cantik. Kami bertuah kerana pada hari tersebut terdapat program Mandurah Children's Festival.
Di Festival ini kami sempat berinteraksi dengan penduduk tempatan yang ramah dan prihatin. Antara aktiviti menarik di Mandurah adalah melihat ikan dolphin yang berada di dermaganya. Kos sekitar AUD50.
Kami hanya menikmati Kebab di sini dengan kos AUD14.00, setelah jam 1200 kami kembali ke stesen keretapi untuk ke Perth.
Dalam perjalanan pulang kami sempat singgah di Cockburn untuk ke hyper marketnya, setelah berjalan kaku merentasi gurun sejuknya dari stesen Cockburn ke Mall, malangnya ke empat-empat Mall yang ada di situ semuanya tutup pada hari Ahad. Kami kebali ke stesen keretapi menggunakan bas.
Hanya pusat bandar Perth sahaja yang beroperasi perniagaannya pada hari Ahad sehingga jam 1700 petang, diluar bandar hanya beroperasi pada Isnin hingga Sabtu, Kecuali hari Jumaat di mana Mallnya beroperasi hingga jam 8.00 malam. lainnya hanya jam 5.00 petang. Pub dan kelab malamnya memulakan operasi dari jam 1900 dan tamat jam 2200 malam.