Julai 7, 2011 (Khamis) jam 0315 penerbangan menggunakan pesawat BIMAN Air selamat meninggalkan bumi Malaysia. Syarikat penerbangan ini menawarkan tiket berharga RM250 sehala (tidak termasuk caj RM269) yang dibeli seminggu dari tarikh pelepasan. Walaupun pada awalnya kami merancang atau telah membeli tiket Airasia sejak setahun yang lalu, malangnya Airasia teah mebatalkan semua penerbangan ke sektor Dhaka, Bangladesh sejak 1 Julai 2011 dengan notis sebulan.
Pembatalan notis yang di kira singkat oleh Airasia menyebabkan panda berbelah bahagi. Ini adalah kerana perancangan awal adalah menggunakan sektor Dhaka sebagai tempat ketibaan dan seterusnya sektor Kolkatta India adalah tempat kami berlepas pulang. Ini adalah perancangan pertama bagi kami bagi melepasi dua negara dalam masa yang sama. Tambahan pula segala urusan di Dhaka dan India telah diselesaikan termasuk tempahan penginapan dan juga visa. Tiket ketika dibeli setahun yang lalu adalah RM130 (Kuala Lumpur-Dhaka) dan RM170 (Kolkatta-Kuala Lumpur). Visa bagi Bangladesh adalah RM37 yang boleh dibuat di Kedutaan Bangladesh dan Visa India RM168 (termasuk caj) di Bangunan Strait Times Lebuh Pasar Kuala Lumpur. Pengembaraan kali ini memang mencabar jiwa dan jasmani. Urusan awalan yang banyak halangan termasuk kerenah birokrasi di Kedutaan Bangladesh dan juga dibumi Dhaka itu sendiri.
Setelah tiba jam 0500 pagi di Lapangan Terbang Dhaka, kami terus menggunakan pengangkuta awam yang berupa van untuk mencari hotel yang di tempah dari Hostelworld.com. yang beralamat di House 24, road 3F,Sector 09, Uttara Model Town, malangnya setelah dibayar Takka700 (Takka100=RM5+-) akmi di tinggalkan oleh van pengangkut dan diserahkan kepada penarik beca dengan bayaran Takka20 (oleh pemandu van) terkial-kial penarik bca tersebut mencari alamat yang wujud tetapi bukan sebuah Inn, cuma apartment yng agak mewah di Dhaka. Setelah 3 jam bermundar-madir di kawasan erumahan terbabit dan kami sekali lagi di caj oleh broker penunjuk jalan sebanyak Takka50 (selepas sessi naik darah) kami berjalan kaki ke Uttara Model Town.
Setelah menikmati roti pranta 2 biji setiap seorang bersama kuah ayam (takka160), kami menaiki CNG (compressed natural gas) atau motorsikal roda 3 yang agak terkenal dalam filem Hindustan dulu-dulu. Disini, untuk menaiki pengangkutan awan seperti beca dan cng, kepakaran tawar menawar amat diperlukan. Dari Uttara Model Town kami ke Kamalapur Raiway Station di Biman Bandar. perjalanan mengambil masa 30 minit. Masa untuk membeli tiket keretapi melebihi 1 jam walauun bilangan pelanggan yang beratur tidak sampai 5 orang. Keretapi ini adalah keretapi merentas negara antara Dhaka dan Kolkata yang mengambil masa kira-kira 12 jam perjalanan. Harga tiket Takka860 bagi coach yang tidak mempunyai hawa dingin.
Perancangan awal, panda ingin berada selama 2 hari di Dhaka tetapi keretapi ke Kolkatta hanya ada pada Jumaat dan Rabu sahaja walhal di internet dan laman sesawang rasmi Maitree Express Bound menunjukan jadualnya pada Sabtu, Ahad dan Isnin. Dengan masa yang terhad, panda ingin mengunjungi Lalbagh Fort yang menjadi mercutanda Dhaka dan Bangladesh itu sendiri. Menaiki CNG ke sana dari Kamalapur adalah Takka120 selepas meminta tolong warga tempatan dalam urusan tawar menawar. Bayaran masuk ke Lalbagh Fort adalah Takka10 (panda pun hampir lupa). Kubu ini dibina sekitar abad ke 17 oleh Prince Mohammed Azam Shah, anak kepada Emperor Aurangzeb, dan kota ini mengandungi makam Bibi Pari, anak perempuan Shaista Khan.
Dari Lalbagh Fort kami menaik beca ke stesen bas terhampir (1 jam perjalanan didalam hujan yang lebat). Menaiki bas (takka5) menuju ke Dhaka Cantonment Railway Stattion. Ini adalah kerana keretapi ke Kolkatta tidak menggunakan Kamalapur Station. Bandar Cantonment ini adalah bandar tersusun yang dibina British dan keadaannya adalah lebih baik dari Old Dhaka. Tetapi tiada hotel dikawasan ini dan memaksa kami menaiki beca ke Banani Road untuk mendapatkan penginapan. Sema ini di lakukan didalam hujan yang lebat dan kami basah lencun.
Kami menginap di New Garden Inn dengan Caj UD40, bayaran dalam USD lebih baik berbanding Takka kerana caj untuk Takka adalah Takka3500 termsuk tranfer ke stesen keretapi pagi berikutnya. Malamnya panda hanya berada di sekitar Hotel sahaja kerana waktu malam di Dhaka sangat gelap. Pada masa yang sama panda memang sangat penat.
No comments:
Post a Comment