Sunday, July 31, 2011

Dhaka-Kolkata (Season Finale)

Fullscreen capture 3172011 12712 PM

Catatan terakhir sebelum menyambut Bulan Ramadhan pada malam ini. Selepas ini mungkin tiada trip sepanjang Ramadhan dan penumpuan panda adalah untuk amal ibadat (semuga dimudahkan ALLAH SWT) dan juga persediaan peperiksaan CPP yang akan berlangsung pada 10 September 2011 ini di IBBM.

kalkatta 229

Pengalaman 6 hari di Teluk Bengal memang mengujakan, walaupun bila anda menceritakan niat untuk ke sana, ramai yang sangsi. Begitu juga panda. Walaupun Bengal bukanlah tumpuan utama pelancung berbanding Agra, Delhi, Mumbai ataupun Chitanggong di Bangladesh. Matlamat panda hanyalah satu, mencari pengalaman baru di negara orang. Selagi kita tidk ke sana kita tidak tahu keadaan sebenar seperti rakan-rakan yang memandang rendah manusia dari dunia ke 3. Seperti yang kita alami 20 tahun lepas.

face

Dhaka, Bangladesh, sesak tetapi tidak sekotor yang di sangka. rasanya sungai di Kuala Lumpur lebih berbau busuk berbanding sungai yang menyusuri bandar Dhaka. Di bandar ini tiada di sediakan tong sampah. Kawasan perumahan barunya bersih dan tersusun. Tidak dapat dinafikan, bandar yang ramai penduduknya akan mengalami masalah yang sama kerana kerajaan tidak dapat menyediakan kemudahan yang secukupnya.

Collages59

Apapun, orang-orang di Bengal sangat ramah dan tidak lokek dengan senyuman dan sedia membantu bila bertanya. walaupun iras panda sebagai anak Malaysia tidak jauh bezanya dengan mereka. Mereka berkomunikasi dengan anda dalam bahasa tempatan. Tanpa prejudis. Nasib baik panda pengemar filem Hindi 12 tahun lepas, sebahagian mereka menggunakan bahasa Hindi, bengal, tamil dan berbagai lagi.

Collages60

Makan dan minum tidak menjadi masalah, dan di Dhaka lah panda menikmati nasi putih (Takka100) yang paling sedap yang panda pernah nikmati. Begitu juga chai ataupun teh susu yang menggunakan susu lembu atau kambing panas. Macam minum teh Starbucks (R7-R10) versi murah.

Collages61

Jika minuman pula, silah cuba air lemonade versi Kolkatta, Limau niis sangat banyak di sini, berbeza dengan Malaysia yang menggunakan limau kasturi. Limau nipis diperah, di campur garam dan air soda. bolah ditambah serbuk asam boi ataupun madu. Sangat menyegarkan. Ia menjadi minuman utama panda di waktu hari yang panas.

Collages63

Jus buah limau manis juga sedap (R25), ataupun air delima (R40) yang tidak dicampur air, 100% perahan delima ataupun limau manis. begitu juga dengan lain-lain buh-buahan yang dijadikan jus. Aiscream di sni juga sangat sedap. Tarafnya sama denga BnR ataupun Heagen Dass (R20).

Collages62

Satu lagi keistemewaan di kedua-dua kota ini adalah kurangnya ataupun boleh dikatakan zero peminta sedekah. Mungkin semuanya telah di eksport keluar. Mereka akan berusaha untuk bekerja ataupun berniaga. Itulah yang panda sangat respek. Satu lagi, wanita sangat kurang berkeliarn di bandar. Walaupun di Dhaka Perdana Menteri nya adalah wanita, begitu juga di Kolkata, ramai politisian nya adalah wanita.

face-1

Bila berada di Negara demokrasi terbesar di dunia ini panda dapat rasakan bertapa merdekanya mereka, walaupun kita sering gambarkan bertapa korupnya politisian dan penjawat awam di sana. Ada kelebihan lain dimana rakyat boleh menukarnya. Secara jujurnya Kolkatta pernah di perintah oleh parti komunis India. Rakyatnya juga sibuk mencari wang untuk meneruskan kehidupan. Tiada apa yang merunsingkan panda di sini kerana semuanya memuaskan tanpa perlu membayar rahsuah untuk mendapatkan sesuatu. Cuma orang di sini sukakan tip walaupun di restoren. jangan lokek untuk memberikan tips antara R10-R50. Pebelanjaan panda di darat hanya Takka 3000 dan Ruppe3000 (tukar di Malaysia) dan untuk cenderamata USD140 sahaja. Tukaran wang boleh dibuat di India dengan membawa USD, tukaranyapun tidak mengecewakan.

kalkatta 278

Ini juga kali pertama panda merentasi 2 negara dalam satu masa. erjalanan menggunakan keretapi sejauh 512 km dan melebihi 9 jam ama mengujakan. Mungkin selepas ini, apabila timur tengah kembali aman, panda ingin menjelajah dari Istambul ke Damsyik terus ke Aman, kemudian trip mejelajah eropah bermula dari London, menaiki keretapi merentas europe sehingga Itali dan terus ke Turki. Seronoknya!

9 comments:

  1. bro, menarik sungguh trip nih. pasni ke mana pulak?

    btw, ni trip lone ranger or ade geng?

    ReplyDelete
  2. Cadangnya ke Perth this Oktober. Ni duo trip, klu Ada geng seronot juga ramai2, tp kena energetic la klu trip camni, penat!

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan,

    Blog perjalanan saudara amat menarik.

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan,

    Blog perjalanan saudara amat menarik.

    ReplyDelete
  5. owh...sy pun akan ke perth jugak Raya ke-4 nnt. pegi ber3.

    menarik-menarik sungguh...tempat2 yg exotic mcm ni x ramai yg nk pegi.

    ReplyDelete
  6. update bdk2, sbb xprepared apa2 lg tuk ke perth,, tq mie..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Yob Panda,
    Akak suka gambar2 dlm ni, menarik...gambar sendiri ke? Akak penah ke Dhaka way back in the 90's, masa tu tengah hot Malaysia sebagai destinasi pekerjaan. Btw, kalau nak tau fasal Istanbul dan Turki, sudi ziarah blog akak, mungkin ada info yg berguna dan useful utk Panda. Selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  8. seronok membaca travelog sebegini. jauh perjalanan luas pemandangan kan. hehe :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com