Pantai Kemasik, Kemaman...
Jun 2011, adalah bulan yang sangat sibuk buat panda, penuh dengan aktiviti pejabat dan bengkel. Walaupun pada awal Jun Panda sempat megambil kesempatan untuk memenuhi undangan rakan bagi menemaninya ke majlis sambut menantu di simpang Felda Bukit Banding, Ajil, Terengganu. Kesempatan itu, dapatlah panda menjelajah sebahagian Terengganu dalam masa 3 hari 2 malam.
Pantai Kemasik, Kemaman...
Perjalanan bermula pada Sabtu bersamaan 4 Jun 2011 melalui MRR2 dari Bandar Tasik Permaisuri dan bersarapan di Taman Melati Gombak. Kemudian di teruskan melalui Lebuhraya Karak dengan tol RM5 (Gombak) dan RM3 (Karak) dan Lebuh raya Pantai Timur (LPT) RM21.00.
Pantai Kemasik, Kemaman...
Kami sempat singgah di pantai Kemasik kemudian di teruskan ke Marang, Terengganu. Marang mempunyai nostagia yang kuat kepada panda kerana panda sempat bersekolah tadika di Kampung Paya. Tidak jauh dari pantai Marang.
Pantai Marang...
Banyak perubahan yang berlaku di pantai Marang, tetapi tiada kelihatan pelancung dari barat pun disini walaupun cuti sekolah. Ini berbeza semasa tahun 80an dimana pantai ini di penuhi oleh pelancung asing yang berjemur.
Pantai Marang...
Lagoon Marang yang merentangi pantai pun telah dipenuhi oleh pohon-pohon bakau yang menghijau. Hanya kelihatan rumah-rumah usang di epanjang lagoon. Terdapat Hotel Seri Malaysia di sini. Pemandangan di Lagoon Marang memang amat menkbjubkan.
Pantai Marang...
Tempat panda bersekolah dulu pun sudah tiada lagi, telah menjadi padang footsall dan rumah yang pernah panda tingga dulu hanya tinggal semak samun sahaja.
Masjid Terapung Kuala Ibai
Perjalanan di teruskan lagi ke Kuala Ibai, di Marang kami sempat singgah di pantai Kelulut untuk menikmati keropok lekor 888. memang terkenal dan perlu beratur untuk dapatkannya. Berbaloi menahan lapar semata-mata inginkannya.
Masjid Kristal, Kuala Terengganu
Selepas itu kami teruskan perjalanan ke taman tema Tamadun Islam di Kuala Terengganu. Kami menunaikan solat di sini. Pengunjung sangat ramai hingga susah bagi kami untuk mendapatkan tempat meletak kenderaan.
Kuala Terengganu kami telah singgah ke pasar Kedai Payang yang sentiasa meriah dengan orang ramai. memandangkan hari tersebut adalah cuti sekolah, maka keadaan adalah sangat sesak. Kami ingin menyusuri sungai Terengganu, malangnya kami tidak menempah tempat penginapan awal. Kesukaran amat dirasai. Lewat malam baru kami mendapat penginapan.
Pagi berikutnya kami ke Tasik Kenyir, sebelum itu sempat kami bersarapan nasi dagang berhampiran dengan masjid Tinggi di Jalan Kuala Terengganu - Bukit Payung. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Tasik Kenyir sekitra 45 minit melalui pekan Kuala Berang.
Dari Tasik Kenyir kami melalui Ajil dan terus ke majlis sambut menantu di simpang Felda Bukit Bading. Seelah kenyang menikmati kenduri gulai kampung, perjalanan di teruskan ke Dungun. Disini kami telah ke pantai Teluk Bidara di Seberang Pintasan.
Seberang Pintasan
Panda pernah memasukan entri kisah pantai ini pada tahun 2008. Cuma kali ini panda sempat ke seberang sana melalui gua di tepi pantai. Disebalik bukit sebelah tanjung Bindara memang sangat mengujakan. susunan batunya sangat cantik dan airnya jernih.
Teluk Bidara
Pantai terakhr yang di kunjungi adalah pantai Teluk Gadung yang berada di Sura Hujung Dungun dan juga Kuala Dungun. Banyak perubahan yang berlaku di Dungun sejak Panda meninggalkanya hampir 10 tahun lepas. Tidak dapat diastikan pembangunan material yang ada pada hari ini memberi keseimbangan sosial kepada penduduk setempat atau tidak.
Teluk Bidara
Selesai 3 hari 2 malam di Dungun, panda menghadiri bengkel penulisan SOP untuk program lisensi yang di anjurkan oleh agensi panda bekerja di Blue wave Hotel Shah Alam untuk 4 hari, kemudian panda di arahkan ke Cherating di Easten Pavallion at Holiday Villa Cherating selama 6 hari bagi program pemurnian Latihan Pembentukan Usahawan.
Teluk Bidara
Kenkangan kerja di luar pejabat agak memenatkan, kerana dikerah hingga lewat malam di tambah pula dengan dijamu sebanyak 5-6 kali sehari menyebabkan hormon-hormon di dalam badan menjadi tidak menentu. Berat badan panda makin bertambah bersama angin dalam badan. Sekembalinya di pejabat, penuh dengan aktiviti temujanji dan juga mesyuarat yang tidak henti-henti. Panda bukannya bersungut, apabila telah dibayar untuk bekerja, maka bekerjalah dengan gembiranya.
Teluk Gadung
Di Dungun, Panda sempat menginap di Lot Chomel aka Kampung Molek di Sura Gate. Rumah yang mana panda tinggal selama 5 tahun akhir 90an dan awal 2000an. Tetapi rakan-rakan lama telah tiada di sini. Masing-masig telah berhijrah jauh ke Kota raya. Apa yang manisnya, pak cik- pak cik di Masjid Intan Zaharah masih kenal akan panda.
Kuala Dungun
Kehidupan perlu di teruskan sehingga ke akhir kalam. Apa yang panda cari adalah keseronokan sementara dalam mencari keseronokan hakiki. Ketika di separuh usia ini, panda seakan-akan tau apa yang panda maukan. Telah merasai hampir semua kitaran kehidupan ini...
nice post :)
ReplyDeletesy sbg org trg/dungun,bila tgok gambar2 ni, rasa syg kt kg.pg mana2 pon xkan sama dgn kg.
ntah camna lah nnti semua ni akan berubah..