Sunday, July 31, 2011

Dhaka-Kolkata (Season Finale)

Fullscreen capture 3172011 12712 PM

Catatan terakhir sebelum menyambut Bulan Ramadhan pada malam ini. Selepas ini mungkin tiada trip sepanjang Ramadhan dan penumpuan panda adalah untuk amal ibadat (semuga dimudahkan ALLAH SWT) dan juga persediaan peperiksaan CPP yang akan berlangsung pada 10 September 2011 ini di IBBM.

kalkatta 229

Pengalaman 6 hari di Teluk Bengal memang mengujakan, walaupun bila anda menceritakan niat untuk ke sana, ramai yang sangsi. Begitu juga panda. Walaupun Bengal bukanlah tumpuan utama pelancung berbanding Agra, Delhi, Mumbai ataupun Chitanggong di Bangladesh. Matlamat panda hanyalah satu, mencari pengalaman baru di negara orang. Selagi kita tidk ke sana kita tidak tahu keadaan sebenar seperti rakan-rakan yang memandang rendah manusia dari dunia ke 3. Seperti yang kita alami 20 tahun lepas.

face

Dhaka, Bangladesh, sesak tetapi tidak sekotor yang di sangka. rasanya sungai di Kuala Lumpur lebih berbau busuk berbanding sungai yang menyusuri bandar Dhaka. Di bandar ini tiada di sediakan tong sampah. Kawasan perumahan barunya bersih dan tersusun. Tidak dapat dinafikan, bandar yang ramai penduduknya akan mengalami masalah yang sama kerana kerajaan tidak dapat menyediakan kemudahan yang secukupnya.

Collages59

Apapun, orang-orang di Bengal sangat ramah dan tidak lokek dengan senyuman dan sedia membantu bila bertanya. walaupun iras panda sebagai anak Malaysia tidak jauh bezanya dengan mereka. Mereka berkomunikasi dengan anda dalam bahasa tempatan. Tanpa prejudis. Nasib baik panda pengemar filem Hindi 12 tahun lepas, sebahagian mereka menggunakan bahasa Hindi, bengal, tamil dan berbagai lagi.

Collages60

Makan dan minum tidak menjadi masalah, dan di Dhaka lah panda menikmati nasi putih (Takka100) yang paling sedap yang panda pernah nikmati. Begitu juga chai ataupun teh susu yang menggunakan susu lembu atau kambing panas. Macam minum teh Starbucks (R7-R10) versi murah.

Collages61

Jika minuman pula, silah cuba air lemonade versi Kolkatta, Limau niis sangat banyak di sini, berbeza dengan Malaysia yang menggunakan limau kasturi. Limau nipis diperah, di campur garam dan air soda. bolah ditambah serbuk asam boi ataupun madu. Sangat menyegarkan. Ia menjadi minuman utama panda di waktu hari yang panas.

Collages63

Jus buah limau manis juga sedap (R25), ataupun air delima (R40) yang tidak dicampur air, 100% perahan delima ataupun limau manis. begitu juga dengan lain-lain buh-buahan yang dijadikan jus. Aiscream di sni juga sangat sedap. Tarafnya sama denga BnR ataupun Heagen Dass (R20).

Collages62

Satu lagi keistemewaan di kedua-dua kota ini adalah kurangnya ataupun boleh dikatakan zero peminta sedekah. Mungkin semuanya telah di eksport keluar. Mereka akan berusaha untuk bekerja ataupun berniaga. Itulah yang panda sangat respek. Satu lagi, wanita sangat kurang berkeliarn di bandar. Walaupun di Dhaka Perdana Menteri nya adalah wanita, begitu juga di Kolkata, ramai politisian nya adalah wanita.

face-1

Bila berada di Negara demokrasi terbesar di dunia ini panda dapat rasakan bertapa merdekanya mereka, walaupun kita sering gambarkan bertapa korupnya politisian dan penjawat awam di sana. Ada kelebihan lain dimana rakyat boleh menukarnya. Secara jujurnya Kolkatta pernah di perintah oleh parti komunis India. Rakyatnya juga sibuk mencari wang untuk meneruskan kehidupan. Tiada apa yang merunsingkan panda di sini kerana semuanya memuaskan tanpa perlu membayar rahsuah untuk mendapatkan sesuatu. Cuma orang di sini sukakan tip walaupun di restoren. jangan lokek untuk memberikan tips antara R10-R50. Pebelanjaan panda di darat hanya Takka 3000 dan Ruppe3000 (tukar di Malaysia) dan untuk cenderamata USD140 sahaja. Tukaran wang boleh dibuat di India dengan membawa USD, tukaranyapun tidak mengecewakan.

kalkatta 278

Ini juga kali pertama panda merentasi 2 negara dalam satu masa. erjalanan menggunakan keretapi sejauh 512 km dan melebihi 9 jam ama mengujakan. Mungkin selepas ini, apabila timur tengah kembali aman, panda ingin menjelajah dari Istambul ke Damsyik terus ke Aman, kemudian trip mejelajah eropah bermula dari London, menaiki keretapi merentas europe sehingga Itali dan terus ke Turki. Seronoknya!

Saturday, July 30, 2011

Kolkatta 4 hari 4 malam....

Collages56

Tiba di Kolkata lewat petang 8 Julai 2011 (Jumaat), kami menuju dari Stesen keretapi kolkatta ke New Market iaitu lokasi yag dicadangkan oleh warga tempatan yang kami temui dalam keretapi. Kadar caj teksi adalah R170 (100 Rupee = RM7 (RM6.85)). Hotel-hotel disini mengenakan kadar yang berpatutan iaitu sekitar R700-R1000 berdasarkan kemudahan yang disediakan. Bilik yang berhawa dingin adalah lebih mahal dan kadangkala tidak disediakan tuala.

kolkatta

New Market berada di pusat bandar lama Kolkatta. Bangunannya adalah tinggalan penjajah British dan mempunyai seni bina yang menarik dengan adunan binaan eropah dan mongul. Kawasan ini juga terdapat sebuah masjid yang bersambung dengan  Sir Stuart Hogg Market. Pasar ni berwarna mereah dan meriah dengan penjaja yang menjual pelbagai barangan tempatan terutamanya fabrik.

kolkatta2

Kawasan ini juga mudah untuk mendapatkan makanan halal, Nasi barianinya sangat sedap dan hanya berharga R750 atau sekitar RM5.50. boleh juga mencuba roti pranta ataupun puri dengan kari kambing. ia seperti makan tom yam di Bangkok, kami tidak akan memakan tomyam di Malaysia lagi. Tidak akan melupakan kesedapan nya.

Collages55

Hari berikutnya, panda bergerak secara individu setelah terputus hubungan dengan teman. Panda meneruskan perjalanan ke Victoria Memorial yang di bina pada 1906 bagi mengenang Queen Victoria yang mangkat sebelum itu. Perjalanan hampir 1 jam dari New Market ke sini berjalan kaki. Tiket adalah R10 untuk warga tepatan dan R150 untuk pelancung asing.

kolkatta6

Binaan bangunan ini sangat unik dan catik. Keseluruhannya daripada marmar putih. Ia disusun sebegitu rupa bagi menghasilkan monumen yang indah ini. sayangnya di dalam Memorial tidak dibenarkan mengambil gambar.

kolkatta5

Panda menghabiskan seharian masa panda di memorial ini, pengunjung juga dinasihatkan membawa air ketika di sini. Ini kerana suhu di Kolkata semasa bulan Julai akan mencapai suhu tertinggi iaitu sekitar 40C dan kawasan memorial ini sangat luas iaitu 64 hektar. 

kolkatta3

Dalam perjalanan pulang pada telah ditegur oleh warga tempatan yang berasal dari  Meghalaya, utara India. Beliau bekerja di Banglore dan dalam rangka perjalanan dari Barat ke Timur India dalam tempoh 20 hari. Belau telah ke Mumbai, Goa dan sekarang di Kolkatta. panda mengambil keputusan untuk bergerak bersama beliau.

kolkatta4

10 Julai 2011 (Ahad) kami bertiga telah ke Muzium of India. Muzium ini adalah yang terbesar di India dan menempatkan artifak-artifak dari seluruh India. Tetapi tidak menceritakan tamadun yang pernah wujud di India.  Bayaran masuk untuk warga asing juga R150 dan untuk kamera R50. Petangnya kami ke Kalighat Temple dan sekitar Lake Market.

Collages57

11. Julai 2011, kami menyusuri  Hooghly River dengan menggunakan feri. Kami menaiki Metro dari Esplanade hingga ke Sovabazzar, kemudian berjalan kaki ke Sovabazaar Launch Ghat. Dari situ kami menaiki feri dengan kadar R4 sahaja. kami hanya melalui 2 terminal sahaja dan turun di Howgat Raiway Stattion dan berjalan kami menyeberangi Hoogly River melalui Howrah Bridge yang terkenal itu.

kolkatta1

Dari Howrah Bridge kami ke Mable Palace, malangnya bangunan ini di tutup pada Ahad. Kebanyakan Musium dan bangunan pelancungan di tutup pada hari Isnin. kemudian kami singgah di Masjid Nakoda, asjid yang terbesar di Kolkata untuk memunaikan solat Zohor.

Collages58

Kami di beri kesempatan oleh khadam Masjid untuk menaiki Menara Masjid untuk melihat seluruh Kota Kolkatta. Ini adalah kali pertama panda diberi kesempatan sebegini. Mereka cukup bangga kerana ada orang luar datang ke sini.

kolkatta7

Ini adalah hari terakhir panda di Kolkata, petangnya panda mengambil kesempatan untuk menghabiskan Rupee yang ada dengan membeli belah. Cuma di Kolkatta panda tidak menemui magnet freezer walaupun habis pasar panda terokai.

Saturday, July 23, 2011

Maitree Express Bound from Dhaka to Kolkatta

kalkatta 184

Setelah mengharungi petang yang basah di Dhaka, pagi yang berikutnya kembali dengan cerah dan ceria. Walaupun pada awalnya agak berdebar kerana CNG yang membawa kami telah membawa kami ke lapangan terbang dan bukannya stesen keretapi. Iniah juga kali pertama bagi panda menentang arus kenderaan di lebuh raya yang sesak. Nasib baiklah penunggang CNG ini amat profesional dan dapat melepasi semua polis trafik.

Collages55

Kami sampai tepat jam 0630 waktu tempatan, perbezaan waktu antara Dhaka dan Malaysia adalah 2 jam dibelakang. Tetapi waktu siangnya lebih cepat, seawal jam 0300 fajar telah menyingsing. Perjalanan dijangkakan pada jam 0810 di Dhaka Cantonment Station tetapi lapordiri seawal jam 0640 dengan harga tiket Takka 560 dan VAT Takka300, total adalah Takka860 bagi gerabak yang tidak mempunyai penghawa dingin. Pemeriksaan keselamatan agak ketat untuk menaiki keretapi antarabangsa ini. Prosedurnya hampir sama dengan lapangan terbang.

Collages56

Setelah 2 jam barulah keretapi bertolak menuju destinasi. Perjalanan dijangka antara 10 sehingga 12 jam bergantung kepada keadaan di sempandan kedua-dua negara. Selain dari keretapi, pengungjung boleh menggunakan penerbangan dan juga kemudahan bas. Semua pengangkutan ini amat terhad dan bergantung kepada hari-hari tertentu. Maklumat di Internet tidak banyak membantu.

Collages60

Selepas melepasi bandaraya Dhaka, penumpang akan merasakan suasana yang amat berbeza. Kehijauan di luar Dhaka memang mempersonakan. Lanskap air dan padi mendominasi sepanjang perjalanan. Bumi Bangladesh memang subuh, kedudukan Bangladesh itu sendiri di atas delta-delta sungai termasuk sungai Ganges memberi rahmat kepada negara miskin ini.

Collages59

Orang-orang disini juga amat manis dengan senyuman, dan tidak menolak untuk diambil gambar-gambar mereka. Walaupun keretapi ini express, ia tetap berhenti seketika tanpa mengambil penumpang di stesen-stesen kecil. Di stesen-stesen kecil kita akan melihat perniaga-perniaga menjual beranika makanan tempatan dan buah-buahan kepada penumpang keretapi. Keretapi ini juga menyediakan sarapan yang berupa daging puyu, roti sandwish kosong 2 keping dan kuih yang dibuat dari kacang dall dengan harga Takka150. Makan tengahari juga dijual dengan harga Takka200++ berupa nasi braini ayam.

Collages57

Kami berhenti di Darshana, Dhaka untuk urusan immigresen. Pos yang kecil dan mengambil masa lebih kurang sejam. Disini hanya perlu dicopkan passport sahaja. Pengawai disini agak ramah terutamanya apabila mereka tau yang kami datang dari Malaysia dan katanya kami yang pertama dari Malaysia melalui pos tersebut sepanjang beliau bekerja di situ.

Collages58

Setelah setengah jam dari sempadan Bangladesh, kami berhenti pula di Gede India untuk urusan masuk ke India. Kali ni urusanya agak remeh kerana perlu membawa semua beg dan peralatan yang ada. Wang, barangan eletronik perlu diistiharkan dan di periksa di sini. Semua beg diperiksa satu persatu hinggakan kamerapun perlu di test bagi mengetahui kesahihannya. DI Gade kami menunggu hampir 2 jam bagi memastikan semua penumpang di periksa sebelum diterusan perjalanannya.

kalkatta 232

Sepanjang perjalanan, kami sempat bertukar maklumat dengan penumpang lain. Ada bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berasal dari Kolkata bersama-sama kami. Beliau banyak membantu dalam memberi maklumat berkaitan Kolkata. Antaranya lokasi yang perlu dilawati, untuk tinggal dan membeli belah. Semuanya amat berguna ketika di Kolkatta. Kami tiba di Kolkatta sekitar jam 1800 waktu Kolkata, 30 minit lewat berbanding Dhaka dan 2 jam 30 minit berbandig Kuala Lumpur. Sahabat dari Kolkatta juga membantu kami mendapatkan teksi dengan harga tempatan, yang mana kami di caj R170 (R100=RM7 (RM6.85 sewaktu tukaran)).

kalkatta 220

Selamat Tinggal Bangladesh, sebuah negara yang unik dan nasi putihnya sangat sedap yang pernah panda makan. Pada masa yang sama panda boleh bilang wanita tempatan yang pada temui, boleh dikata kosong kecuali diluar bandar. Selamat datang ke Kolkatta India...

kalkatta 325

Sejak dua-menjak ini panda menjadi semakin sibuk dengan aktiviti kerja dan belajar. Selepas ini untuk mencuri waktu bagi mengedit gambar semakin terhad. Panda akan menghadapi peperiksaan seminggu selepas raya bagi kertas 1 Certified Credit Professional, sepanjang bulan Julai dan Ogos 2011 ini terpaksa menghadiri kelas yang telah disediakan. Bila semakin berumur ini, tidak dapat dipastikan RAM masih dapat berfungsi dengan baik ataupun tidak. Ini tidak termasuk program Cross Fertilisation GLC dan juga Phd program yang menjadi idaman panda sejak tamat ijazah dulu. Banyak betul cita-cita panda. Harap matlamat panda untuk menjadi doktor tercapai... Terima kasih semua.




Wednesday, July 20, 2011

Sehari semalam di Dhaka ... Bengal Journey

kalkatta 119

Julai 7, 2011 (Khamis) jam 0315 penerbangan menggunakan pesawat BIMAN Air selamat meninggalkan bumi Malaysia. Syarikat penerbangan ini menawarkan tiket berharga RM250 sehala (tidak termasuk caj RM269) yang dibeli seminggu dari tarikh pelepasan. Walaupun pada awalnya kami merancang atau telah membeli tiket Airasia sejak setahun yang lalu, malangnya Airasia teah mebatalkan semua penerbangan ke sektor Dhaka, Bangladesh sejak 1 Julai 2011 dengan notis sebulan.

dhaka2

Pembatalan notis yang di kira singkat oleh Airasia menyebabkan panda berbelah bahagi. Ini adalah kerana perancangan awal adalah menggunakan sektor Dhaka sebagai tempat ketibaan dan seterusnya sektor Kolkatta India adalah tempat kami berlepas pulang. Ini adalah perancangan pertama bagi kami bagi melepasi dua negara dalam masa yang sama. Tambahan pula segala urusan di Dhaka dan India telah diselesaikan termasuk tempahan penginapan dan juga visa. Tiket ketika dibeli setahun yang lalu adalah RM130 (Kuala Lumpur-Dhaka) dan RM170 (Kolkatta-Kuala Lumpur). Visa bagi Bangladesh adalah RM37 yang boleh dibuat di Kedutaan Bangladesh dan Visa India RM168 (termasuk caj) di Bangunan Strait Times Lebuh Pasar Kuala Lumpur. Pengembaraan kali ini memang mencabar jiwa dan jasmani. Urusan awalan yang banyak halangan termasuk kerenah birokrasi di Kedutaan Bangladesh dan juga dibumi Dhaka itu sendiri. 

dhaka1

Setelah tiba jam 0500 pagi di Lapangan Terbang Dhaka, kami terus menggunakan pengangkuta awam yang berupa van untuk mencari hotel yang di tempah dari Hostelworld.com. yang beralamat di House 24, road 3F,Sector 09, Uttara Model Town, malangnya setelah dibayar Takka700 (Takka100=RM5+-) akmi di tinggalkan oleh van pengangkut dan diserahkan kepada penarik beca dengan bayaran Takka20 (oleh pemandu van) terkial-kial penarik bca tersebut mencari alamat yang wujud tetapi bukan sebuah Inn, cuma apartment yng agak mewah di Dhaka. Setelah 3 jam bermundar-madir di kawasan erumahan terbabit dan kami sekali lagi di caj oleh broker penunjuk jalan sebanyak Takka50 (selepas sessi naik darah) kami berjalan kaki ke Uttara Model Town.

dhaka1 (2)

Setelah menikmati roti pranta 2 biji setiap seorang bersama kuah ayam (takka160), kami menaiki CNG (compressed natural gas)  atau motorsikal roda 3 yang agak terkenal dalam filem Hindustan dulu-dulu. Disini, untuk menaiki pengangkutan awan seperti beca dan cng, kepakaran tawar menawar amat diperlukan. Dari Uttara Model Town kami ke Kamalapur Raiway Station di Biman Bandar. perjalanan mengambil masa 30 minit. Masa untuk membeli tiket keretapi melebihi 1 jam walauun bilangan pelanggan yang beratur tidak sampai 5 orang. Keretapi ini adalah keretapi merentas negara antara Dhaka dan Kolkata yang mengambil masa kira-kira 12 jam perjalanan. Harga tiket Takka860 bagi coach yang tidak mempunyai hawa dingin. 

dhaka3

Perancangan awal, panda ingin berada selama 2 hari di Dhaka tetapi keretapi ke Kolkatta hanya ada pada Jumaat dan Rabu sahaja walhal di internet dan laman sesawang rasmi Maitree Express Bound menunjukan jadualnya pada Sabtu, Ahad dan Isnin. Dengan masa yang terhad, panda ingin mengunjungi Lalbagh Fort yang menjadi mercutanda Dhaka dan Bangladesh itu sendiri. Menaiki CNG ke sana dari Kamalapur adalah Takka120 selepas meminta tolong warga tempatan dalam urusan tawar menawar. Bayaran masuk ke Lalbagh Fort adalah Takka10 (panda pun hampir lupa). Kubu ini dibina sekitar abad ke 17 oleh Prince Mohammed Azam Shah, anak kepada Emperor Aurangzeb, dan kota ini mengandungi makam Bibi Pari, anak perempuan Shaista Khan

dhaka

Dari Lalbagh Fort kami menaik beca ke stesen bas terhampir (1 jam perjalanan didalam hujan yang lebat). Menaiki bas (takka5) menuju ke Dhaka Cantonment Railway Stattion. Ini adalah kerana keretapi ke Kolkatta tidak menggunakan Kamalapur Station. Bandar Cantonment ini adalah bandar tersusun yang dibina British dan keadaannya adalah lebih baik dari Old Dhaka. Tetapi tiada hotel dikawasan ini dan memaksa kami menaiki beca ke Banani Road untuk mendapatkan penginapan. Sema ini di lakukan didalam hujan yang lebat dan kami basah lencun.

kalkatta 061

Kami menginap di New Garden Inn dengan Caj UD40, bayaran dalam USD lebih baik berbanding Takka kerana caj untuk Takka adalah Takka3500 termsuk tranfer ke stesen keretapi pagi berikutnya. Malamnya panda hanya berada di sekitar Hotel sahaja kerana waktu malam di Dhaka sangat gelap. Pada masa yang sama panda memang sangat penat.

Wednesday, July 6, 2011

Air Terjun Serendah, Hulu Selangor

Collages54

Entri terakhir panda pada minggu ini sebelum panda memulakan perjalanan ke destinasi baru pada awal pagi esok. Pada 2 Julai 2011 (Sabtu) telah di adakan program perkumpulan rakan-rakan sejawatan di Serendah, Hulu Selangor. Rezeki datang dari Kedah berupa buah durian, rambuatan dan manggis segar.

New folder9

Lokasi air terjun ini tidak jauh pekan serendah dan ia dihubungi dengan lebuhraya PLUS melalui exit Rawang atau Bukit Beruntung. Berada di belakang kawasan perumahan dan perkampungan orang asli. Laluan masuknya juga telah dipertingkatkan dan selesa.

Collages53

Pungunjung juga tidak terlalu ramai dan ini memberi keselesaan bagi yang berkeluarga. Air terjunnya tidaklah terlalu besar tetapi jernih dan bersih. Tempat letak kereta juga banyak disini dan disediakan percuma.

Collages52

Tempat ini amat sesuai untuk dijadikan tempat pecutian keluarga yang ringkas dan selesa. Diharap kebersihan dapat terus dikekalkan disini untuk kegunaan masa depan.

Monday, July 4, 2011

6 hari 5 malam di Cherating

Collages51

Cherating, Kuantan Pahang adalah antara destinasi popular bagi pengemar pantai di sekitar Kuantan. Kelebihan lokasi ini adalah kerana terdapat banyak deretan hotel dan resort terkenal sdi sepanjang pantai dari Bandar Kuantan hinggalah ke sempadan Terengganu.

2011-06-16 lpu

Seperti yang di maklumkan sebelum ini, Panda menyertai Bengkel Permurnian Latihan Pembentukan Usahawan di Holiday Villa Beach Resort & Spa selama 6 hari 5 malam. Bukannya datang untuk melamcong apatah lagi untuk bersuka ria.

2011-06-16 lpu1

Kebanyakan gambar-gambar yang diambil adalah selepas daftar masuk ke resort. Sebaik sahaja taklimat awal dilakukan Kami semua bertapa di dalam Estern Pavallion Ballroom dari pagi hingga lewat malam. Walaupun tempatnya cantik tetapi dunia kami hanya di dalam dewan.

serendah

Panda sempat juga menikmati satar yang amat popular di Kuala Kemaman apabila ada kelapangan di waktu petang. Kuala Kemaman juga terkenal dengan keropok lekornya yang lazat. Cuma panda tidak sempat untuk merasa nasi dagang ketika berada di sini.

Collages50

Hari ke 2 terakhir, panda mengambil kesempatan ke resort bersebelahan Holiday Villa iaitu The Legend Resort Cherating yang lebih besar dan gah.dari segi kunjungan The Lagend lebih ramai di kunjungi oleh orang muda berbanding Holiday Villa (Melalui pemerhatian singkat Panda).

Collages49

Seronok juga apabila sekali-sekala panda di letakan dalam dewan, diberi makan 6 kali sehari dan kerjanya duduk dan megadap pc sambil berdiskusi. Cuma tidak seronoknya bila balik, timbangan panda memberi impak tambahan. Banyak usaha perlu dilakukan lagi...

Friday, July 1, 2011

3 hari 2 malam di Terengganu

terengganu 091
Pantai Kemasik, Kemaman...

Jun 2011, adalah bulan yang sangat sibuk buat panda, penuh dengan aktiviti pejabat dan bengkel. Walaupun pada awal Jun Panda sempat megambil kesempatan untuk memenuhi undangan rakan bagi menemaninya ke majlis sambut menantu di simpang Felda Bukit Banding, Ajil, Terengganu. Kesempatan itu, dapatlah panda menjelajah sebahagian Terengganu dalam masa 3 hari 2 malam.

Collages34
Pantai Kemasik, Kemaman...

Perjalanan bermula pada Sabtu bersamaan 4 Jun 2011 melalui MRR2 dari Bandar Tasik Permaisuri dan bersarapan di Taman Melati Gombak. Kemudian di teruskan melalui Lebuhraya Karak dengan tol RM5 (Gombak) dan RM3 (Karak) dan Lebuh raya Pantai Timur (LPT) RM21.00. 

New folder8
Pantai Kemasik, Kemaman...

Kami sempat singgah di pantai Kemasik kemudian di teruskan ke Marang, Terengganu. Marang mempunyai nostagia yang kuat kepada panda kerana panda sempat bersekolah tadika di Kampung Paya. Tidak jauh dari pantai Marang.

Collages35
Pantai Marang...

Banyak perubahan yang berlaku di pantai Marang, tetapi tiada kelihatan pelancung dari barat pun disini walaupun cuti sekolah. Ini berbeza semasa tahun 80an dimana pantai ini di penuhi oleh pelancung asing yang berjemur.

Collages36
Pantai Marang...

Lagoon Marang yang merentangi pantai pun telah dipenuhi oleh pohon-pohon bakau yang menghijau. Hanya kelihatan rumah-rumah usang di epanjang lagoon. Terdapat Hotel Seri Malaysia di sini. Pemandangan di Lagoon Marang memang amat menkbjubkan.
Collages37
Pantai Marang...

Tempat panda bersekolah dulu pun sudah tiada lagi, telah menjadi padang footsall dan rumah yang pernah panda tingga dulu hanya tinggal semak samun sahaja.

Collages38
Masjid Terapung Kuala Ibai

Perjalanan di teruskan lagi ke Kuala Ibai, di Marang kami sempat singgah di pantai Kelulut untuk menikmati keropok lekor 888. memang terkenal dan perlu beratur untuk dapatkannya. Berbaloi menahan lapar semata-mata inginkannya.

Collages39
Masjid Kristal, Kuala Terengganu

Selepas itu kami teruskan perjalanan ke taman tema Tamadun Islam di Kuala Terengganu. Kami menunaikan solat di sini. Pengunjung sangat ramai hingga susah bagi kami untuk mendapatkan tempat meletak kenderaan.

Collages40

Kuala Terengganu kami telah singgah ke pasar Kedai Payang yang sentiasa meriah dengan orang ramai. memandangkan hari tersebut adalah cuti sekolah, maka keadaan adalah sangat sesak. Kami ingin menyusuri sungai Terengganu, malangnya kami tidak menempah tempat penginapan awal. Kesukaran amat dirasai. Lewat malam baru kami mendapat penginapan.

Collages41

Pagi berikutnya kami ke Tasik Kenyir, sebelum itu sempat kami bersarapan nasi dagang berhampiran dengan masjid Tinggi di Jalan Kuala Terengganu - Bukit Payung. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Tasik Kenyir sekitra 45 minit melalui pekan Kuala Berang.

Collages42

Dari Tasik Kenyir kami melalui Ajil dan terus ke majlis sambut menantu di simpang Felda Bukit Bading. Seelah kenyang menikmati kenduri gulai kampung, perjalanan di teruskan ke Dungun. Disini kami telah ke pantai Teluk Bidara di Seberang Pintasan.

Collages43
Seberang Pintasan

Panda pernah memasukan entri kisah pantai ini pada tahun 2008. Cuma kali ini panda sempat ke seberang sana melalui gua di tepi pantai. Disebalik bukit sebelah tanjung Bindara memang sangat mengujakan. susunan batunya sangat cantik dan airnya jernih.

Collages44
Teluk Bidara

Pantai terakhr yang di kunjungi adalah pantai Teluk Gadung yang berada di Sura Hujung Dungun dan juga Kuala Dungun. Banyak perubahan yang berlaku di Dungun sejak Panda meninggalkanya hampir 10 tahun lepas. Tidak dapat diastikan pembangunan material yang ada pada hari ini memberi keseimbangan sosial kepada penduduk setempat atau tidak.

Collages45
Teluk Bidara


Selesai 3 hari 2 malam di Dungun, panda menghadiri bengkel penulisan SOP untuk program lisensi yang di anjurkan oleh agensi panda bekerja di Blue wave Hotel Shah Alam untuk 4 hari, kemudian panda di arahkan ke Cherating di Easten Pavallion at Holiday Villa Cherating selama 6 hari bagi program pemurnian Latihan Pembentukan Usahawan.

Collages46
Teluk Bidara


Kenkangan kerja di luar pejabat agak memenatkan, kerana dikerah hingga lewat malam di tambah pula dengan dijamu sebanyak 5-6 kali sehari menyebabkan hormon-hormon di dalam badan menjadi tidak menentu. Berat badan panda makin bertambah bersama angin dalam badan. Sekembalinya di pejabat, penuh dengan aktiviti temujanji dan juga mesyuarat yang tidak henti-henti. Panda bukannya bersungut, apabila telah dibayar untuk bekerja, maka bekerjalah dengan gembiranya.

Collages47
Teluk Gadung

Di Dungun, Panda sempat menginap di Lot Chomel aka Kampung Molek di Sura Gate. Rumah yang mana panda tinggal selama 5 tahun akhir 90an dan awal 2000an. Tetapi rakan-rakan lama telah tiada di sini. Masing-masig telah berhijrah jauh ke Kota raya. Apa yang manisnya, pak cik- pak cik di Masjid Intan Zaharah masih kenal akan panda.

Collages48
Kuala Dungun

Kehidupan perlu di teruskan sehingga ke akhir kalam. Apa yang panda cari adalah keseronokan sementara dalam mencari keseronokan hakiki. Ketika di separuh usia ini, panda seakan-akan tau apa yang panda maukan. Telah merasai hampir semua kitaran kehidupan ini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com