Wednesday, August 26, 2009

Felda Residence Hot Springs Sungai Kelah

P8175580

Telah masuk hari ke 5 Ramadhan, keadaan hari makin lesu dan slow, tambahan pula YB Menteri telah mencadangkan (?) untuk menutup department Panda sekarang ini. Kerana telah handicap katanya. Tapi Panda tidak mau ulas perkara ini banyak-banyak. Nanti jadi blog politik pula, lari dari matlamat asal.

P8175589

Pada 17 Ogos 2009 yang lalu Panda bersama-sama beberapa opismate dari Negeri dan daerah telah menggunjungi Felda Residence Hot Springs Sungai Kelah dengan tujuan yang satu, meninjau akan kesesuaian tempat ini untuk dijadikan venue Hari Keluarga Badan kebajikan Anggota Kerja Opis bagi tahun 2009. Lokasinya berada di tengah-tengah Ladang Kelapa Sawit. Tempat yang menarik lagi mempersonakan...

My creation

Di sini terdapat, kolam-kolam air panas, samada untuk mandi beramai-ramai, ataupun private jakuzi, kolam air gunung, temapt rebus telor, Villa yang mempunyai private jakuzi, seta bilik-bilik hotel yang disewakan. Katanya tempat ini amat meriah pada hari-hari pelepasan am dan hujung minggu.

My creation

Sewaktu lawatan ini, kami di iringi oleh Pak Syed dan dibenarkan mencuba beberapa kemudahan di sini, termasuklah kemudahan yang tidak di gazetkan-mencuci muka dengan lumut mata air panas. Kesannya amat mengkagumkan. Lihatkan kesannya pada kulit muka Panda, lagi cerah dan berseri... Lagi Bagus kalau untuk kulit muka macam bulan...

P8175590

mata air panas

Harapannya, dapatlah Hari Keluarga dijalankan dengan lancar, asyik-asyik ada kontrversi jer bila Panda yang uruskan... Selepas ini pun, Panda kena menggunakan ayat-ayat tahap Dewa bila menulis memo dengan harapan orang lain di langit akan paham....

Sunday, August 23, 2009

Tagal Sungai Moroli, Kg Luati Baru, Ranau

P7304478

Lagi cerita lama ketika di Sabah pada 30 Julai 2009 yang lalu, selepas seharian bermesyuarat dan berbincang. Lawatan pagi di mulakan ke Tagal Sungai Moroli, Kampung Luati Baru Ranau, Sabah. Daripada ceritanya, ada ikan yang pandai mengurut. bermula dengan urut kaki hinggalah badan.

My creation

Memandangkan hari hujan, kami hanya sempat mengurut kaki dengan ikan jer. yang paling bestnya ikan ni memang jinak giler la.. siap makan kat tangan, semuanya jenis ikan liar dan bernilai tinggi. Kepada sesiapa yang berminat, boleh kontek nombor yang tertera, kat sini siap ada chalet untuk di sewa.

My creation

Untuk maklumat, tempat penginapan Panda adalah di Mount Kinaballu Heritage Resort & Spa. Berada diantara puncak tertinggi yang di diami di Kundasang. Memang sejuk yang amat, most of the time berada didalam bilik mesyuarat dan bilik tido jer. Angin di sini juga tidak menentu...

Friday, August 21, 2009

Andai ini Ramadhan Yang terakhir

P8014890

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindumendayu..merayu. ..kepada- NYA
Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'tubuh dan qalbu...
bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu sajadi setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhirt
entu malammu engkau sibukkan denganbertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...
rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izraildi kiri dan kanan ...
lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti..paling berseri...
menerangi kegelapan hati kamimenyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu
Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalahberusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ...
kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
Amin.....

andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN

http://groups.yahoo.com/group/Taman2Syurga/

Tuesday, August 18, 2009

GATA SIPITANG

P8014825
Kulingtangan Melayu Brunei
Seperti biasa, pelbagai alasan dibuat untuk mengurangkan aktiviti di blog ini, alasan yang klise iaitu agak sibuk ataupun sangat sibuk. Dua minggu berturut-turut Panda lebih banyak menghabiskan masa diluar opis dan malamnya berehat-rehat dirumah. Tidak ada apa-apa persediaan dalam menghadapi Ramadhan yang penuh berkah menjelang tiba. Dalam beberapa perjalanan yang Panda lalui, rasanya banyak benda Panda ingin kongsikan bersama, tetapi bergantung akan kesesuaian masa Panda untuk meng-edit, meng-upload gambar dan menulis di ruangan siber ini.
My creation
Ketika di Sabah sepanjang hujung bulan Julai, Panda sempat mengungjungi Festival Gasing dan Tamu Besar Sipitang pada 1 Ogos 2009 yang lalu. Festival dwi tahunan ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 31 Julai -2 Ogos 2009. Pertama kalinya di adakan pada 2003. Antara program yang menarik adalah pertandingan Gasing Sipitang meliputi peringkat Kebangsaan dan jemputan yang terdiri dari negara-negara jiran, Jualan kraftangan tradisonal tempatan dan juga hasil masyur negeri Sabah di bawah bayu.

My creation
Apa yang paling menarik bagi Panda adalah pertandingan Langsaran, ala-ala main lompat-lompat bagi lantai yang berayun. matlamat utama adalah mencapai 'lampu?' yang berada di siling. kira siapa dapat dialah menang. Panda suka juga tengok orang telompat-lompat ni...
P8014750
Keberadaan Panda di Sipitang amat singkat, sekitar 3 jam sahaja walaupun menempuh pejalanan sehala yang hampir 3 jam walaupun jarak kilometernya hanya 134. Cuma Panda tidak sempat untuk merasa Kepah yang di jual di pinggir jalan dan juga sambal buah binjalnya...

Friday, August 14, 2009

Selamat Ulang Tahun...


12 Ogos 2009 (Rabu) -Genap 2 tahun usia blog ini, banyak perubahan telah berlaku. Bukannya dari segi layout tetapi dari segi input. Bersesuaian dengan kematangannya. Dari ruangan carcamerba luahan hati, dan yang tinggal sebuah diari terbuka yang semakin hari semakin hilang isinya ataupun serinya... Apa yang sering Panda katakan... Ntah la...

Apa-apahal Selamat ulang tahun untuk Panda...

Monday, August 10, 2009

Bintulu... Serawak

P8075114
Durian Bintulu
Beberapa minggu yang nak dikatakan sibuk... Tidak juga, tetapi mood nak meng update blog makin berkurangan. Mungkin kerana banyak masa dihabiskan di Facebook berbanding lain-lain ruangan networking yang lain.
Selepas kembalinya dari Sabah (Sekiranya berkesempatan akan di isi diruang lain), 3 Ogos 2009 (Isnin) lawatan panel Qualiti dari HQ, Rabunya (5 Ogos 2009) Sambutan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jumaatnya berada di Kuala Lumpur untuk temuduga kenaikan Gred yang lebih tinggi... kata penyelaras temuduga..."baru kali pertama, ada beberapa kali lagi interview kalau nak naik" . Panda tak kisah, kalau ada rezeki tak kemana...
P8085250
P8085237
Petangnya (7 Ogos 2009) Panda ke Bintulu, di sambut oleh Epol di airport Bintulu, petangnya aku ditinggalkan kesorangan di Hotel Kintown Bintulu. Memandangkan Bintulu sedang menganjurkan Festival layang-layang angtarabangsa Borneo, kesempatan ini tidak dilepaskan Panda untuk melihat keunikkan layang-layang yang di layangkan. Program ini berlangsung selama seminggu, Panda tiba diwaktu kemucaknya jer la... Sepetang, Panda habis sudah mengelilingi pekan Bintulu...
P8075093
Pekan Bintulu
My creation
Sabtu (8 Ogos 2009) Paginya panda sempat ke tamu atau pasar besar Bintulu, bila disebut pasar tentulah menjual hasil masyur pertanian. Setelah menikmati mee jawa serawak special (ada 4 cucuk satay), panda mengunjungi kampung Jepak iaitu kampung nelayan (menurut wekipedia). Kampung ini terletak di seberang sungai mengadap pekan Bintulu. Pertama kalinya panda melihat gadis cantik yang menjaga penambang sebelah Bintulu... Caj RM0.50 per trip.
P8085294
te'ong
P8085145
mee jawa special
Tengaharinya Panda mencuba laksa serawak, dan mengambil kesempatan untuk makan akanan tradisional Bintulu (Malanau) seperti kopi berempah dan te'ong (sepeti otak-otak tetapi dibuat dari sagu dan berinti udang). Malam, Epool telah membawa Panda dan dua rakan sekerjanya ke restoren Seribu Bintang di kampung Baru untuk menikmati Lelapan dengan anika lauk.
My creation
9 Ogos 2009 (Ahad) paginya kami di bawa ke taman Tumbina Bitulu ataupun taman Tumbuhan dan Binatang dan dikatakan satu-satunya taman yang mengandungi haiwan dan tumbuhan di Serawak pada masa ini. Siap ada taman rama-rama, harimau dan burung-burung. Taman orkid, Bunga kertas, kadtus dan juga pohonpohon balak dan herba yang baru tumbuh....
My creation
Penerbangan pulang Panda pada jam 1610 dari Bintulu dan tiba pada jam 1805 di LCCT 9 Ogos 2009. Perjalanan kali ini memberikan pengalaman berharga dan moral yang tinggi iaitu- Jangan pergi jalan sorang-sorang...nanti mati kutu.
P8085203
Anyway Panda masih tiada teman untuk program Saigon City, Vietnam pada Januari 2010 dan Vilentine, Loas pada Februari 2010. Sesapa nak join boleh lah... Selepas ini Panda terpaksa kurangkan aktiviti jejans sebab dah ada komitment lain bermula September 2009 ni. Tapi kalau ada rezki, Panda akan tetap jejans... Semoga rezeki kita semua makin melimpah ruah... Jangan lupa bayar zakat yer...

Tuesday, August 4, 2009

Hari yang Terang....

P7294424

Gunung Kinabalu, Sabah

Setelah melalui minggu-minggu yang agak mengujakan. Kembalinya dari Kuala Rompin, minggu berikutnya yang penuh dengan pelbagai mesyuarat, diteruskan dengan Pameran Agensi di Hari Koperasi Negara 2009, Stadium Indera Mulia Ipoh (17-19 Julai 2009). Kemudiannya Karnival Jualan Mega Perak (24-26 Julai 2009) semuanya berlangsung pada hari minggu. Isninnya ke Kuala Lumpur dan terus ke Sabah untuk 6 hari.

Panda kembali ke Opis dengan pembentangan pertandingan Qualiti peringkat Kebangsaan bagi Agensi (Bos yang bentang-Panda dok sebelam sambil senyum kambing...). Esok (Rabu 5 Ogos 2009) pula anugerah perkhidmatan Cemerlang (APC 2008). Panda hadir untk menghabiskan hidangan yang ada.

Khamis (6 Ogos 2009) akan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri temuduga pada Jumaatnya... Tengaharinya akan ke Bintulu buat 3 hari 2 malam. Sekiranya sempat, akan diupatekan segera kisah-kisah yang lalu... Banyak yang ingin dikongsi bersama. Picsnya bolehlah di dapati di Flicks.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com