Wednesday, October 22, 2008

Seliparku di larikan Anjing v/s Teluk Intan & Manjung



Menjadi rutin, kuarters yang panda diami dikunjungi oleh tetamu-tetamu yang tidak diundang, terutamanya dogy-dogy milik lawyer di sebelah kuarters ini. Agak menyeronokan bagi mereka untuk datang, meriah, beramai-ramai atau berbanyak-2(?). Mereka bergurau senda, gelak ketawa tanpa segan silu. Ironiknya, selipar atau sendal kami menjadi mangsa. Ini kasi ke 8, selipar aku diperkosa hingga tidak dapat digunakan lagi. yang bestnya, mereka akan mengabil sebelah untuk di tinggalkan dalam pagar, dan sebelah lagi dibawa balik ke rumah mereka. Pagi ini, penyapu kami pula menjadi mangsa. Di tinggalkan ditengah padang. walaupun nampaknya tidak dirobek, tapi xder la nak guna lagi..tak larat panda nak samak penyapu itu...



Tetamu ke2- kucing, yang menyedihkan, mereka datang ke kuarters ini semata-mata untuk mati, mati lak kat celah-scelah bedah yang sukar dikesan. Apanbila bau aromanya menyusp hidup, terkial-kail kami mencarinya. Bila mayat dah ditemui, mulalah isi perut kami lak yang keluar... setakat ini 2 mayat telah ditemui dalam minggu yang sama. Punca kematian? Tidak dipastikan.... Masih menunggu laporan outopsi....



Tetamu ke3- Anai-anai lah beb... walaupun pembersihan etnik dilakukan secara sistematik.... masih lagi bermaharaja lela....

21.10.2008 (Selasa)-Panda tak masuk opis hari ini. Membuat suslan ke Teluk Intan dan Manjung. Kerana pada Isninnya Panda dapat memproses 9 paperwork, 3 untuk HQ dan 6 untuk dibawa mesyuarat pada Rabu ini (klu cukup korum lah). Biasalah, buat paper in takder lah nak teliti sangat, tapi klu maklumat yang diberikan tu terlalu dry... mau aku 'marah' officer yang proses... Ala2 best lak. Seperti katas 2kupang... 'u must be cruel to be kind' (betul ker?)...

Pagi-pagi telah meninggalkan Ipoh 7.30am dan sampai ke Teluk INtan 1 jam 30 minit kemudian, walhal perjalanan cuma 100km sahaja.. Lembabnya aku drive... Projek kat Teluk Intan terlalu biasa untuk aku share, Tapi amaount agak tinggi kena la pergi melihat-lihat.



Dalam jam 11.00am perjalanan diteruskan ke Manjung, Lokasi adalah batu 10 Lekir dan seterusnya ke Sitiawan dan perjalanan diteruskan ke Kg 40 Rantai dan Pantai Remis. Projek yang dilawati adalah projek ternakan keli Kanvas organik. Ini adalah kontrak ladang. Agak menarik dan bersih. Projek belum mula, Semasa pengusaha menjalankan projek ikan keli dalam kanvas kaedah knoservatif lagi.... Kat pic ini, ikan-ikannya masih kecil.





Tempat ke 4 taidak dapat dilawati, waktu tu jam telah menunjukan jam 4pm. Hujan mencurah-curah turun. Memaksa kami membatalkan lawatan ke projek ternakkan kambing semi intensif di Kg Deralik. Berhenti seketika di Plaza setiawan perkena sup panas. Hujan masih belum reda, cuba meneruskan perjalanan. Oleh kerana mata aku belum buat lasix, aku berhenti seketika di Lekir. Jam 7pm, mula gerak kembali. Klu ikutkan akau, tak balik lagi, tapi dah ada opppoitment nak hantar barang ke KL, terpaksa la aku meredah hujan dan banjir kilat di Kg. Koh. Aku sampai Ipoh jam 9.15pm... Nak online xdapat lah...3G Celcom tak jalan... Terpaksalah mencuri waktu pejabat untuk update...




BUat kawan, panda dah semakin OK sekarang ini, setelah skandal RM180k berjaya di selesai dengan kejayaan 98%, tunggu 2-3 minggu lagi untuk 2%. Panda pun dah bayar segala surcharge yang dibebankan ke atas panda sorang. Patutnya kena kongsi 4-5 orang.... Segala keseluruhnya, dah pulih 60% dan memerlukan sedikit masa lagi untuk recover.

Masih lagi dalam proses penyusunan portfolio setelah kejatuhan merudum pasaran saham Amerika, eropah dan asia termasuk kebangkrapan institusi kewangan utama dunia. Banyak gak la panda rugi, sehingga memaksa pelan pemulihan konprihensive. Misi Beijing 2009, Euro 2010 dan Haji 2012 masih akan diteruskan... maybe masa mungkin berubah sikit kot... Kalau dah Jodoh Tak ke mana kan?

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com