Sunday, October 5, 2008

Raya oh Raya (Cerita Semasa Raya)

AlhamdulLILAH, setelah memulakan perjalanan jam 9.00 pagi dari rompin, aku sampai kurang 10 minit jam 11 malam di Ipoh, perjalanan yang 'mak OK?' saja, nasib baik p menongkah arus. Sepanjang perjalanan Rompin ke Kuala Pilah, kenderaan betali arus, xberani nak ciluk lelebih, nanti kena speed trap lak, bawak la ikut had laju kebangsaan 80km/jam. Kuala Pilah-Seremban terutamanya bermula ULu Bendol ke Bukit Putus dan masuk Seremban, jalan jem merangkumi 15km. Tua gak mendaki bukit dengan gear 1, Perkara ini sering berlaku sejak aku balik raya masa dok seremban dulu.


Di Seremban dapat double lunch sponsor oleh 2 CT, Thanks yer..InsyaALLAH balik raya tahun depan boleh sponsor lagi k..Yang lain-lain tak sempat singgah, maaf yerk. Termasuk Apise kat Nilai, kata nak remind, tapi senyap jer, langsung aku terus ke Sri Kembangan dengan mengikut kesesakan jalan raya di bandar Seremban dan masuk Hiway hingga ke Rnr Seremban, Lepas tu ok-ok jer jalannya...

Petang singgah di Sri Kembangan untuk menumpang mandi (ala2 ada sumur di ladang) -thanks SM dan minum air kosong sebelum meneruskan perjalanan ke Ipoh, tu pun hampir sesat barat ke Shah Alam, ntah mana2 simpang aku masuk ntah. Perjalanan lancar sambil telinga mendengar info trafic ERA-rentak muzik terkini(?) dan mata memandang sebelah kanan yang keretanya tak bergerak-gerak, last aku tengok clear skit dari KL adalah selepas hentian sebelah Simpang Pulai. Kesian la orang dari Ipoh nak balik KL... makan lebih 5 jam klu hanya bergerak 40km/jam.

Berbalik pada cerita Raya lak, Hari Raya pertama 01.10.2008-(Rabu) kesempatan ini kami adik berdik bergambar bersama, dalam plan punyer plan pun masih ada yang tertinggal. dari 10 hanya 9 dapat serta dan 2 menantu serta cucu takder... next 2 years la pulak, next year ada ada yang akan raya rumah mertua (aku ker?)...


Tak ramai lak, ada 7 orang yang xder dalam pic ni:P

Sempat bergambar dengan Gano, musang peliharaan adik ipar aku...

Raya ke 2, 02.10.208 (Khamis) akak yang sulung buat jamuan untuk keluarga belah mertua dan orang kampung yang mana ada, yang bestnya, kali ini kami adik-beradik yang handle semuanya, dari memasak sampai lah mangidang n membasuh periuk belanga. itu kelebihan adik beradik ramai ni, aku cuma buat-bua rajin jer...kuang300x.
Kupas petai yoep?

Tetamu? cam biasa jer, kampung aku dah takder orang sangat, orang muda boleh katakan pupus, kebanyakan nya bekerja diluar, tinggal orang-orang veteran yang menunggu masa untuk pupus. Yang ada pun kebanyakkannya tak kenal pun... itu lah nasib Kuala Rompin yang tak ada sumber ekonomi yang kukuh, ada 2-3 resort pun hidup segan mati tak mau. Harapak abang2 polis, dan kesihatan jer yang memeriahkan suasana di Kuala Ropin + cikgu2nyer...
bacaan doa dari Tok Besan aka Pak Mertua...


Ceduk2 & Makan2..dah boring makan daging raya2 ni, makang ikang aye lok...

Time orang dapur lak makang2...

Menu of the day, Kari ayam bandar, kari ayam kampung, ikan aye singang, Bilis masak sambal petai, ikan kembung bakar tawar, sambal tempoyak, sambal belacan, rumput2 ulam dan kacang botol cokelat..mesti ko orang xpernah tgk kan? aku pun xabik pic kacang botol cokelat, yang ko orang atau warna hijo jer....

Lain-2 aktiviti, nanti sambung next time la, aku pun dah penat ni, dah 14 jam erjalanan. Sampai ada orang merajuk dah sebab tak tunggu. Klu aku tunggu pun sama perjalanan aku balik Ipoh dari Sri Kembangan. nanti bila masuk ruangan bicara hati aku boleh la tulis kisah tur lak..Malam ni nak ala2 ceria skit...mood raya kan masih ada... Jadi taknak kacau pasal jiwang ni...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com