Tuesday, October 14, 2008

Feel good to be single again...

Wah.. tajuk, mengancam jiwa... Saja jer nak kasi gimik skit. Life makin membosankan dan tak tau nak entry per2. Sam kata keluar lah abik pics banyak-banyak dan masukkan dalam blog, memandangkan Ipoh hujan saban hari dan keja aku pun agak betimbun dan dengan gangguan-gangguan serta kekurangan dana, rasa lebih seronot dok rumah ngadap notebook slow aku ni sambil nganggu rakan2 single yang lain.

Sabtu lepas, Dato' N buat stament pasal agensi aku, nasib baik statement kuar kat tv yang tak popular, dan nasib baik Dato' N pun xpopular (kecuali pasal skadal adik dia jer)... Jadi aku tak tengok lah berita tur, Lagipun aku bZZ menikmati keenakkan ayam KFC Spicy crunch aku walaupun customer aku yang berlagak HEBAT dengan 'dr' dok kacau ngan sms berbaur ugutan. Ala2 spoil the mood la untuk menikmati snack plate (hancus diet aku). Siap kuar statement lagi customer aku tu, "en S tu sombong bila bercakap dengan P.A Dato' N. Kenapa la dia sombong bukan duit M*** tu duit dia".

Haiyo!!! ramai lagi rakyat Malaysia yang tak sedar duit yang Goment pakai adalah duit Rakyat. Duit yang dikumpulkan hasil usaha rakyat yang dipotong dari pelbagai cukai dan charge dan dijadikan 'sumber negara' melalui akaun yang disatukan, dan sepatutnya dibelanjakan kembali demi 'kepentingan' rakyat. So, sebagai penjawat Awam yang amanah lagi fatanah, dan diamanahkan untuk mengurusnya bagi memberikan kepada yang layak, of course la kena berhati hati, ni stakat nak bela 'labi-labi' nak banyak-banyak wat per. dah la paperwork lebih teruk dari budak sekolah menengah rendah. Harapkan sain Dato' N jer kat depan borang tak lengkap.

Inilah dilemma penjawat Awam, antara accountability, transparent and intigrity. banyak campurtangan luar yang merosakkan sistem.Tau lal sistem dan peraturan dibuat untuk dilanggar, tai kalau yang asas pun tak patuhi, makin gemuklah kitaorang memendam rasa. Buat keja sekadar buat jer. Inilah menyebabkan kegagalan reformasi sektor awam. Pe-pe hal pun dah dibayar untuk itu, keja jer la...

P/: Teringin jadi seperti Thailand atau Jepun, kerajaan atau PM bertukar setiap 6 bulan, tetapi pentadbiran Negara berjalan lancar jer...

4 comments:

  1. Kekadang nie kita tak dapat nak memuaskan nafsu org lain. Nafsu serakah yang susah utk kita tafsirkan apa yang tersirat dan tersurat. Eh apa aku merepek nie hahaha

    ReplyDelete
  2. begini la kalau bekerja berlandaskan 'saya yang menurut perintah'. Patutnya kerajaan kena buang wording nih.

    ReplyDelete
  3. hmmmm betul tu panda saya setuju dengan tulisan awak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com