Tuesday, October 28, 2008

Kuala Lumpur-penatnyer...



24-27.10.2008 Jumaat-Isnin, hari mingguan yang penuh bagi aku, walaupun pada awalnya aku berbelah bahagi nak pergi atau tak ke Lembah Kelang. Bila housemate aku dah cabut, nak taknak aku pun kena cabut la. mau mati kutu sesorang kat ipoh ni. Sebab rakan2 seangkatan di Ipoh pun sema pergi ke KL. Dengan menumpang Syed Faisal, bersama2 lah berangkat ke Kula Lumpur sebelum waktu Magrib. Cuma hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan. KL tak hujan lak bila tiba jam 11 mlm tur.



Aku tidur di Puchong, Thank Zen for hospitality include breakfast...

Pagi sabtunya aku ke Sunway, berkumpul di situ untuk bersama Nanda, crewcut and Syed faizal bagi kerumah Papa bear, Ramai gak teman2 blooger yang dah lama tak ketemu. Pic ngan diaorang? Xbanyak la.. tunggu diaorg email kat panda...xsampai-sampai hingga post in di uploadkan....






Tengok..Panda jumpa horny bear..Ops Beruang Madu





Lepas jamuan ni, tekak aku mula perit, Taksangka panas betul KL ni or Subang ni..Tak macam kampung aku kat Rom tur...
Lewat petang aku ke Pandan Indah untuk dapatkan servis urut di tempat yang di syorkan oleh Syed Faisal dan Beruang Madu (Pernah dipromotekan oleh Bruang Madu). Best gak, lama tak berurut. Ini urut Tradisional tau, bukan urut geli-geli yang koorang selalu ceritakan tur... Yang tak bestnya aku dah mula demam, jadi walaupun sudah berurut power... bila dah demam ni, lebih gak jadinyer...

Ahadnya, singgah ke Sentral jumpa Atilla jap, dan seterusnya ke Damansara untuk bersama Zainur. Tumpang tido jer, sebab aku dah tak larat nak bangun. Malanya kami layan movie kat 1U. Movienya pun ok..walaupun ala2 dibawah pengaruh dadah priskrepsi, mata cerah gak lah layan movie ni...



Isninnya, selepas bersarapan di kedai mamak depan wisma FAM Kelana Jaya, aku meneruskan perjalanan dengan LRT ke CM dan seterusnya ke KLCC, sementara menunggu Syed Faisal datang abik Panda... Sempat layan movie ni kat KLCC. Walaupun ceritanya ok-ok, tapi sebab dikategorikan PL18, jadi tunggu DVD la baru tengok, nanti memang tak puashati..banyak sangat censor dan tergantung2....


Anyway..pgm bagi Nov agak penuh. Thiz weekend akan ke Miri, nest weekend ke Pangkor, mana tau next2 weeekend lak ke luar negara...kuang200X. Harap2 fever, flu & batuk aku ini akan sembuh dalam tempoh terdekat...Gatal jer tekak aku ni. Klu gatal tangan ok gak... ni gatal lain...

Seminar Standard & Penggunaan 2008



23.10.2008 (Khamis) aku diarahkan untuk hadir Seminar Standard & Penggunaan 2008 anjuran Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Perak di Dewan Bandaraya Ipoh. Terdapat 5 modul yang di bentangkan.



Modul 1- Standard Pengenalan dan Aplikasi -Standards Malaysia

Modul 2- Standards Keselamatan Barangan dan Perkhidmatan - Standard User

Modul 3-Aplikasi Standard Dalam Persijilan - SIRIM QAS

Modul 4-Kepentingan Piawaian Untuk Pengguna Mengikut Perspektif Islam - PPIM

Modul 5-Stndard dan Penggunaan- KPDN & HEP


Sessi soal jawab..


Tekun jer mendengar ceramah


Pembentangan

Kehadiran adalah dari pelbagai jabatan di Negeri Perak ini, sempat juga dapat kenalan baru dari Pusat Kraftangan Perak di Kuala Kangsar. Katanya ada event kat Lumut sepanjang minggu ini berkaitan batik dan kraftangan.

Aku pulak nak pulun meeting petang tersebut. Alhamdullillah semua berjalan lancar, cuma 1 fail jer KIV. aku pun xpasti bila nak melawat fail KIV ni. masa agak terhad dengan cuti dan bercuti... harap semuanya berjalan lancar dan zero complaint

Wednesday, October 22, 2008

Seliparku di larikan Anjing v/s Teluk Intan & Manjung



Menjadi rutin, kuarters yang panda diami dikunjungi oleh tetamu-tetamu yang tidak diundang, terutamanya dogy-dogy milik lawyer di sebelah kuarters ini. Agak menyeronokan bagi mereka untuk datang, meriah, beramai-ramai atau berbanyak-2(?). Mereka bergurau senda, gelak ketawa tanpa segan silu. Ironiknya, selipar atau sendal kami menjadi mangsa. Ini kasi ke 8, selipar aku diperkosa hingga tidak dapat digunakan lagi. yang bestnya, mereka akan mengabil sebelah untuk di tinggalkan dalam pagar, dan sebelah lagi dibawa balik ke rumah mereka. Pagi ini, penyapu kami pula menjadi mangsa. Di tinggalkan ditengah padang. walaupun nampaknya tidak dirobek, tapi xder la nak guna lagi..tak larat panda nak samak penyapu itu...



Tetamu ke2- kucing, yang menyedihkan, mereka datang ke kuarters ini semata-mata untuk mati, mati lak kat celah-scelah bedah yang sukar dikesan. Apanbila bau aromanya menyusp hidup, terkial-kail kami mencarinya. Bila mayat dah ditemui, mulalah isi perut kami lak yang keluar... setakat ini 2 mayat telah ditemui dalam minggu yang sama. Punca kematian? Tidak dipastikan.... Masih menunggu laporan outopsi....



Tetamu ke3- Anai-anai lah beb... walaupun pembersihan etnik dilakukan secara sistematik.... masih lagi bermaharaja lela....

21.10.2008 (Selasa)-Panda tak masuk opis hari ini. Membuat suslan ke Teluk Intan dan Manjung. Kerana pada Isninnya Panda dapat memproses 9 paperwork, 3 untuk HQ dan 6 untuk dibawa mesyuarat pada Rabu ini (klu cukup korum lah). Biasalah, buat paper in takder lah nak teliti sangat, tapi klu maklumat yang diberikan tu terlalu dry... mau aku 'marah' officer yang proses... Ala2 best lak. Seperti katas 2kupang... 'u must be cruel to be kind' (betul ker?)...

Pagi-pagi telah meninggalkan Ipoh 7.30am dan sampai ke Teluk INtan 1 jam 30 minit kemudian, walhal perjalanan cuma 100km sahaja.. Lembabnya aku drive... Projek kat Teluk Intan terlalu biasa untuk aku share, Tapi amaount agak tinggi kena la pergi melihat-lihat.



Dalam jam 11.00am perjalanan diteruskan ke Manjung, Lokasi adalah batu 10 Lekir dan seterusnya ke Sitiawan dan perjalanan diteruskan ke Kg 40 Rantai dan Pantai Remis. Projek yang dilawati adalah projek ternakan keli Kanvas organik. Ini adalah kontrak ladang. Agak menarik dan bersih. Projek belum mula, Semasa pengusaha menjalankan projek ikan keli dalam kanvas kaedah knoservatif lagi.... Kat pic ini, ikan-ikannya masih kecil.





Tempat ke 4 taidak dapat dilawati, waktu tu jam telah menunjukan jam 4pm. Hujan mencurah-curah turun. Memaksa kami membatalkan lawatan ke projek ternakkan kambing semi intensif di Kg Deralik. Berhenti seketika di Plaza setiawan perkena sup panas. Hujan masih belum reda, cuba meneruskan perjalanan. Oleh kerana mata aku belum buat lasix, aku berhenti seketika di Lekir. Jam 7pm, mula gerak kembali. Klu ikutkan akau, tak balik lagi, tapi dah ada opppoitment nak hantar barang ke KL, terpaksa la aku meredah hujan dan banjir kilat di Kg. Koh. Aku sampai Ipoh jam 9.15pm... Nak online xdapat lah...3G Celcom tak jalan... Terpaksalah mencuri waktu pejabat untuk update...




BUat kawan, panda dah semakin OK sekarang ini, setelah skandal RM180k berjaya di selesai dengan kejayaan 98%, tunggu 2-3 minggu lagi untuk 2%. Panda pun dah bayar segala surcharge yang dibebankan ke atas panda sorang. Patutnya kena kongsi 4-5 orang.... Segala keseluruhnya, dah pulih 60% dan memerlukan sedikit masa lagi untuk recover.

Masih lagi dalam proses penyusunan portfolio setelah kejatuhan merudum pasaran saham Amerika, eropah dan asia termasuk kebangkrapan institusi kewangan utama dunia. Banyak gak la panda rugi, sehingga memaksa pelan pemulihan konprihensive. Misi Beijing 2009, Euro 2010 dan Haji 2012 masih akan diteruskan... maybe masa mungkin berubah sikit kot... Kalau dah Jodoh Tak ke mana kan?

Sunday, October 19, 2008

Cintaku di makan anai-anai...


17.10.2008 (jumaat)- Setelah seharian berada di perjabat tanpa amcomplishment. Satu paperwork pun tak aku habiskan atau ku sentuh. Hari Isni ni kena pulun la, sebab selasa (21.10.2008) akan ke Teluk Intan dan ke Manjung. Melawat beberapa perojek yang agak disangsikan kesahihan nya...

Apakan daya, hidup mesti diteruskan walau apa pun terjadi sehingga 'Malaikat" berada di jendela nanti bagi menjemput aku dan ko orang sama. Balik-balik rumah, selepas solat magrib, yang sunyi.. ala2 lepas hujan... aku mendengar bunyi yang mat menakutkan. sesuaatu yang merayap dengan rakusnya. Semasa di seremban, memang biasa dengan bunyi ini. Bunyi yang banyak merosakan harta benda. tetapi di Seremban aku telah mengambil langkah yang lebih proaktif dengan membunuh mereke dan keluarga mereka... Tapi tak la berkesan mana pun, tak sampai 2 bulan datang balik.


Yang aku kesalkan, sebelum balik raya hari tur, dah abis 1 kotak perkakas elektrik aku dimakannya, terpaksalah aku membuang segala mesin ogawa yang didapati secara percuma semasa birthday 2-3 tahun lepas, siap aku bakar semuanya sekali. Jadi bila balik raya semuanya okjer tapak lama. Ni tetiba lak menyerang rak buku aku. Abis buku2 yang dipinjam, dibeli dan dihadiahkan oleh ehem2, kawan2, janda2 dan diri sendiri dimakan. Album gaambar zaman kegemilangan aku pun abis dimakannya... Marah betul aku. WAh... MARAHNYER!!!!

Memandangkan aku jenis cool ajer... Walaupun membuak2 di dalam dada... dengan selambanya aku mencampak buku yang ada dan dengan selambanya menyembur racun penyembur nyamuk. Aku biarkan agar mereka mati... Ha ha ha..

MATI!!! MATI dan MATI!!!!



Kekadang silap aku gak, buku bila masuk rak, takder lah nak diambil dan di selak kembali. Sekadar perhiasan, Seperti kata Syed Faisal, kita tak baca, anai-anai la baca... So.. Pikir lah sendiri...

Hari Sabtu (18.10.2008), Majlis gotong royong memotong rumput kat rumah. Hari ini juga ada exam UKKM kat RMC. Aku pun tak dapat nak pergi mana-mana. Kak Shah, takleh la nak g berhari raya rumah kak Shah. Siap merajuk Kak Shah taknak balas sms, msg & email sebab tak gi rumah dier... Tak kelas la merajuk2 ni... Setiap orang ada masalha jiwa sendiri. Kekadang memerlukan sedikit ruang untuk membuat keputusan dan menyendiri.

Cuma tengahari, sempat lah ke rumah opismate, openhouse katanya. walaupun waktu tu kitaorang lapar tahap gaban. dari pagi tak makn. bila terlebih makan... paham2 jer la, ditambah dengan hujan yang mencurah-curah. Kami tidur dengan lenanya...

Ahad (19.10.2008)- Perut dah lapar, hari pun dah tengahari, housemate ajak pekena mee sop kat Lok Kim atau memory lanes di bandar Ipoh. Setiap ahad ada pasar barang-batang antik dan macam2 barang yang boleh di sangsikan keberdapatannya...

Apa yang dijual..Macam-macam ada, dari baju, periuk belanga, kasut, parang, telepon bimbit, motor, kereta dan makanan... kalau datang Ipoh bolehlah menikmati suasana meriah di Lok Kim ini setiap Ahad dari jam 8 pagi ke 12 tengahari....






Bila tiba hari minggu macam ni lah, selain dok mengadap PC, TV dan keluar makan bersama kawan-kawan atau housemate, kita orang tido. Esok dah nak mula kerja balik. Minggu depan dah cuti 3 hari lak. Tak tau per nak buat. Walaupun ada perancangan nak turun KL, tapi banyak lak problem yang muncul. Klu dok Ipoh, mau mati kutu lak. Sema housemate dah balik kampung... Ada cadangan?

Friday, October 17, 2008

Cinta ibarat Teh Ais....


Wah... Masih menggunakan tajuk-tajuk yang agak taboo untuk mencuri perhatian sesetengah pihak. Walapun apa yang dihasilkan tidaklah dapat memenuhi nafsu serakah pembaca. Semakin extreem la panda sejak 2menjak ni. Mungkin pengalaman makin mematangkan ataupun menjadikan panda lebih susah di preditablekan. Untuk perhatian, blog ini adalha tempat untuk aku xprees feeling, jadi ikut suka aku lah lah nak tulis per-per pun. Jadi yang lain tak payah nak pikir lah beb...

Tajuk diatas aku quote dari ex-kawan aku (dah jadi ex ker?). tak rasanya takder kena mengena dengan hidup panda, sebab most yang mengenali akan tau, aku jenis xder perasaaan...Hahaha..kejam-kejam!!! Jadi yang cecuba masuk jarum sori lah yerk....

11.10.2008 (sabtu)-1st jemputan open house, Mr. khairil dan rumah Che lah. lebih kepada opismate gathering jer. Jadi aku berjaya rosakkan diet aku, sebenarnya selepas raya banyak majlis makan2 free yang ada, harap2 jangan lah lemak2 yang ada berkembang biak dengan jayanya...

15.10.2008 (Rabu)-AKu ke Taiping, ada seminar Pembanggunan Usahawan Industri Binaan Negeri Perak di Dewan MPT. Impress aku bila mendengar taklimat dari Majlis Perbandaran Taiping dalam menh=jadikan Taiping bandar Warisan, ala2 melaka & Penang gitu. Jangkaan siap 2020 nanti...

16.10.2008 Jamuan Hari Raya opis aku... Just internal pgm jer. Takder la nak jemput lain2 department, petang sambung meeting.... Majlis makan2 lagi... Naik nak pitam aku terlebih makan satay. Makin teruk la blood pressure aku, terlebih makan daging jer... dah gelap mata..satu lagi nikmat dunia yang ditarik secara pelahan-lahan... Tak per, Next week sambung posa yeah...







Cuma satu jer nak cerita pasal lemang ni (kisah Raya lagi), AlhamduLLILAH dapat gak aku makan lemang, kat kg aku takde org buat lemang. Takder buluh lemang... jadi aku menahan rasa jer la nak makan, walhal aku bukan boleh makan pulut banyak. boleh pitam. Tapi sempat gak aku beli 2 batang lemang, bukannya lemang Kuala Pilah, sebab tersangkut dalam jem Ulu bendul dan tempahan dari kawan lambat diterima, biasalah macam aku, kejap xnak, lepas tu nak pulak... kawan ni mintak sebatang, aku beli extra nak bg cendermata dengan kawan yang aku akan beraya lak kat seremban. Aku beli pun kat Jalan Jelebu. Jauh lencong beb nak cr lemang jer... Tapi yang tak bestnya, aku tak merasa lemang tur... Sedih yang amat..Nasib baik aku sampai kat Ipoh masa balik tur, klu xsambil mesti orng akata aku kempunan lemang..selesas beberepa minggu raya, baru dapat makan, tu pun lemang Ipoh jer....

Anyway, kekawang yang tersalah jemput panda ke majlis hari raya diorang, dan tak dapat hadir tu, maaf yerk. Banyak benda yang sedang membeku dalam kepala ni dan program hujung minggu pun banyak di Ipoh ni serta kawasan sekitar. Plus, mood panda lepas raya ni tak lah berapa baik walupun skandal bernilai 180k dah 99% selesai....klu depa nak merajuk, aku takleh buat per..tu hak korang la, Jadi merajuk lah selama mana nak merajuk... hidup mesti di teruskan... dont be sooOoo 'Pompuan' k. Tok sah PikiR la beb...

Sory Yerk....

Tuesday, October 14, 2008

Feel good to be single again...

Wah.. tajuk, mengancam jiwa... Saja jer nak kasi gimik skit. Life makin membosankan dan tak tau nak entry per2. Sam kata keluar lah abik pics banyak-banyak dan masukkan dalam blog, memandangkan Ipoh hujan saban hari dan keja aku pun agak betimbun dan dengan gangguan-gangguan serta kekurangan dana, rasa lebih seronot dok rumah ngadap notebook slow aku ni sambil nganggu rakan2 single yang lain.

Sabtu lepas, Dato' N buat stament pasal agensi aku, nasib baik statement kuar kat tv yang tak popular, dan nasib baik Dato' N pun xpopular (kecuali pasal skadal adik dia jer)... Jadi aku tak tengok lah berita tur, Lagipun aku bZZ menikmati keenakkan ayam KFC Spicy crunch aku walaupun customer aku yang berlagak HEBAT dengan 'dr' dok kacau ngan sms berbaur ugutan. Ala2 spoil the mood la untuk menikmati snack plate (hancus diet aku). Siap kuar statement lagi customer aku tu, "en S tu sombong bila bercakap dengan P.A Dato' N. Kenapa la dia sombong bukan duit M*** tu duit dia".

Haiyo!!! ramai lagi rakyat Malaysia yang tak sedar duit yang Goment pakai adalah duit Rakyat. Duit yang dikumpulkan hasil usaha rakyat yang dipotong dari pelbagai cukai dan charge dan dijadikan 'sumber negara' melalui akaun yang disatukan, dan sepatutnya dibelanjakan kembali demi 'kepentingan' rakyat. So, sebagai penjawat Awam yang amanah lagi fatanah, dan diamanahkan untuk mengurusnya bagi memberikan kepada yang layak, of course la kena berhati hati, ni stakat nak bela 'labi-labi' nak banyak-banyak wat per. dah la paperwork lebih teruk dari budak sekolah menengah rendah. Harapkan sain Dato' N jer kat depan borang tak lengkap.

Inilah dilemma penjawat Awam, antara accountability, transparent and intigrity. banyak campurtangan luar yang merosakkan sistem.Tau lal sistem dan peraturan dibuat untuk dilanggar, tai kalau yang asas pun tak patuhi, makin gemuklah kitaorang memendam rasa. Buat keja sekadar buat jer. Inilah menyebabkan kegagalan reformasi sektor awam. Pe-pe hal pun dah dibayar untuk itu, keja jer la...

P/: Teringin jadi seperti Thailand atau Jepun, kerajaan atau PM bertukar setiap 6 bulan, tetapi pentadbiran Negara berjalan lancar jer...

Tuesday, October 7, 2008

Raya oh raya (lepas raya)



Hari ini, aku dapat parcel dari Indonesia, 3 CD (Unggu-Tuhanku, dan 2 CD Letto), Thanks Ilham Pribadi kerana sudi mengirimnya, katanya hadiah Lembaran walaupun selepas sambutan aid Mubarak. Yang bestnye siap ada autograf dari group membernya. walaupun aku hanya mendengar beberapa lagu dari cecorong (ada corong lagi ker?) radio.
Mood hari ni pun masih mood cuti, tetapi ini tak mematahkan semangat nak buat kerja, banyak kerja-kerja pengurusan jer ari ni, sain boucher n cek... kena hati-hati, nanti mati... Banyak kes sebelum raya yang tak selesai lagi...


06.10.2008 (Isnin) aku masih mereng2, tido lewat semalam. Pagi, sempat breakfast ngan SHAHE (blogger dari Ipoh gak) tapi xder lak nak abik gambor ngan die, next time la, InsyaALLAH boleh jumpe lagi. Abis tu pergi ke pejabat pos, ingat nak claims rebet kenderaan motor, setelah satu jam menunggu, tetiba katanya belum masuk sistem, datang balik 3-4 hari lagi. Bengang jer... bila dah bengang, aku pun ke Ipoh Parade tengok cinema cerita bawah ni....

Rasa-2nya movie ni anatra yang terBEST la untuk tahun ni, teringat masa nonton Tranformers tahun lepas. Awal jer ala2 slow, tapi bila komputer tur abik alih tugas sebagai rakyat America, sema jadi best dan best lah... boleh lah nak nonton movie ni...

Pada raya yang lepas 02.10.2008 lepas kenduri rumah kakak, kitaorang adik beradik dan anak menakan keluar ke Pantai Hiburan Kuala Rompin, ini lah beberapa art pics yang ingin ku kongsi bersama... Lain-lain pics boleh tgk kat aku punya Flicks K...

Pantai Kuala Rompin, Landai dan belum tercemar, air jer yang keroh...Baru lepas hujan

Ala-ala gembira bapak-bapak budak




Time camni bebudak yang happy, pakcik dia macam ni gak..

Pose istemewa dari adik-adik aku...real punya bukan lakonan k

Sebelum balik ke rumah... Sema dah sojuk....

Bila dah cuti panjang ni, susah gak nak tune mood balik, lepas ni nak ke Manjung dan Taiping bersama Timbalan Bos, next week ada seminar kat Taiping. Paper banyak lagi tak setle (Tapi sempat update blog lagi. Jahatnyer... Masih menunggu laporan dari daerah sebelum di hantar ke HQ berkaitan isu2 berbangkit..teruklah nak jawab ngan costumer klu tak setle....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com