Monday, August 13, 2007

Cetusan hati....

Hari ini, hidup masih diteruskan... terasa agak serius pulak apa yang dicatatkan di blog ini. kenapa yerk? Mungkin pengalaman dan sifat yang inginkan sesuatu yang serius. Entahlah...

Hari ini aku mendapat maklumbalas dari seseorang. Tanda pemutus dan penamat. Berakhirlah sebuah perhubungan. walaupn secara rasminya telah amat 16 Jun 2007 yang lalu. Tapi tindakan aku ini umpama orang yang gila talak. Kekadang lucu sendiri... Dulu apabila menonton drama melayu, melihat lelaki yang bercerai kita akan ketawakan mereka kerana tergiler-gilerkan bekas isteri yang ditinggalkan. Bila kena pada diri sendiri. Padan muka aku:-P

Hidup mesti di teruskan.. mana tau dapat yang baru:-P Tapi yang baru tidakan sama dengan yang lama, kerana setiap yang ada adalah berbeza dan mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Tapi seperti yang ku katakan hidup perlu diteruskan. Bergantung pada diri sendiri adalah yang terbaik. Cukuplah ALLAH bagiku..

Apa misi terbaru. InsyaALLAh akan ku cuma untuk ke Baitullah dalam masa terdekat. Tidak tahun ini, tahun depan atau selagi hayat di kandung badan. Doakan aku yerk semoga selamat sampai kesana... AMIN

Aku juga berharap, tulisan di blog akan lebih santai, meriah dan ceria. Bukan cerita-cerita sedih yang mengalirkan air mata dan meruntum jiwa. Walaupun ia tidak menjadi karya yang MAHA AGUNG, tetapi cukup untuk aku mencoretkan apa yang aku rasa, inginkan dan impian.

Solat Maghrib masuk waktunya... Berhenti aku seketika..mungkin akan bersambung pada malam ini ataupun malam esok unuk menceritakan perihal Persidangan MPUD di Hotel Istana, Kuala Lumpur esok... Jam 6.00 pagi perlu bergerak dari Seremban. Jika sempat akan ku masukan beberapa shot yang aku ambil sekiranya menarik....

See you soon....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com