Saturday, August 11, 2007

Surat terbuka buat Alexis...

Salam buat Alexis...
Ingatkah dirimu pertemuan pertama kita 04 Februari 2007?
Agak lama hendak ku coretkan apa yang terbuku di hati, kerana mulut tidak bisa meluahkan walaupun telah kucuba beberapa kali. Maafkan aku, itu sahaja yang dapat ku katakan. Maafkan aku kerana tidak dapat membahagiakanmu. Maafkan aku kerana tidak dapat menjadi lelaki yang engkau idamkan. Maafkan aku kerana aku meninggalkan mu di saat kau memerlukan penjelasan ku... kerana aku tidak bisa menjelaskannya... dan maafkan aku kerana terus membisu.
Sebenarnya, agak sukar menjadi orang kedua dalam hidupmu. hadirku ibarat penganti ketika dirimu kesunyian. aku hadir sebagai pelengkap. aku tidak pernah meminta dan kau menghulurnya. Tabiat dan sifat aku yang tidak pernah menghampakan. Menerima dengan hati terbuka...
Walaupun aku sedar, dirimu masih mengingati yang pertama 'd soulmate'. Hakikat ini aku sedar, kerana itu aku tidak pernah mengharapkan, walaupun sering ko katakan kau bahgia bersamaku. tetapi bibirmu masih bercerita tentang kebahagian terdahulu. Aku diam-sama seperti selalu. Taukah ko bertapa sakitnya hati aku, atau cemburunya aku... Aku tidak salahkanmu, sebab dia telah lama bersamamu...
Dirimu sering jelaskan, si dia akan kembali, akan kembali ke negara ini. Dirimu juga berkata hubungan ini tidak dapat ditentukan hala tuju jika si dia kembali. Aku termanggu... Walaupun ku sedari hakikat ini.aku teruskan juga bersamamu... bukan dengan harapan, tetapi sekadar mengisi kekosongan hidupmu buat sementara waktu. Dan juga kekosongan hidupku sementara ada...
Cuma perpisahan ini bukanlah seperti yang aku harapkan... aku mengharapkan perpisahan yang yang lebih bermaruah. Di atas kerelaan sesama insan. Walaupun tempoh masa yang ku jangkakan dalam 30 hari lagi. Sebelum si dia kembali... Walaupun aku bersedia untuk menerima perpisahan, hakikatnya amat pedih... Sangat pedih.
Tidak kusangka, Urmi titik tamat kita... Istana Budaya tdak menjadi saksi 16 Julai 2007 detik akhirnya. setelah setahun lebih berlalu... Alasan yang mudahkan sekiranya kau mengingatinya. Skali lagi maafkan aku. Hatiku berkecamuk, sebab ini bukan perkara pertama berlaku dan aku menyedarinya, Istana Budaya adalah tempat yang baik untuk memulakan perselisihan, bukan pertama kali, tetapi telah lebih 7 kali. Ingatkah semasa bertemu puteri Gunung Ledang? Perkara yang samakan? Naga Tasik Chini, Pi Mai Pi mai tamg Tu dan Lantai T-Pinki.
Cuma hakikatnya, aku mahu dirimu mengerti, perbezaan taraf, latar belakang, agama dan cara hidup banyak membentuk diri seseorang. Aku datang dari latar yang jauh dan amat jauh berbeza denganmu. Tetapi aku cuba untuk bersama. Aku mengorbankan semuanya, masa, keluarga, kawan dan jiwa untuk bersamamu. Saban minggu dan waktu terluang, aku tidak pernah menolak untuk bersamamu.... ku tau dirimu pun banyak berkorban... Tetapi sedarlah kita sama-sama terkorban untuk hubungan yang tidak akan kemana ini-katamu...
aku masih ingat pertemuan pertama kita 04 Februari 2006...
Kuharapkan kau bahagia disampingnya, ataupun sesiapa yang kau pilih selepas ini. Aku masih disini kesoranga. Tidak pernah mengharapkan apa-pa dan ingatlah, aku juga tidak pernah meminta...
Terima kasih atas apa yang diberikan... aku menghargainya. Maafkan aku kerna membebankanmu sepanjang bersamamu. Maafkan aku...

Aku yang masih sendiri

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com