Friday, August 31, 2007

Hari Kebangsaan ke 50, 2007

Jam 8.00 pagi, Padang Merdeka, Seremban, Negeri Sembilan
Padang Lecak...semalam hujan dari tengahari sampai malam...
tapi sambutan tetap meriah...ada +-60 kontigen yang menyertai, paling ramai Perhubungan UMNO Negri Sembilan 1000 orang...

Kontigen kitaorang..kali ni cuma 33 orang, pupus, basa sebelum 2007, lebih skit. Tahun ini tiada gabungan dari kawan2 yang lain. Sedih skit.

Mak Cik yang paling bergaya dengan spek mata yang baru dibelinya semalam:-P



Lpas perarakan, kitaorag pakai gi main bowling kat Seremban Parade..
Abg MUm kita tunjuk skill
Just 10 orang jer yang berjaya sampai main bowling.... Just 1 frame nak lepaskan giang...


Tekun melihat score masing-masing

Pilih bola yang best....

Sory la, Camera aku abis bateri pagi td xsempat nak charge, jadi abik pics dari En. Mum jer...
Nanti klu sempat boleh update dengan pic lain....
Petang aku dok rumah jer, xtau lak nak buat per..
Sok cadang nak g Sunway Lagoon sok... harap semua berjalan lancar....







Thursday, August 30, 2007

Wednesday, August 29, 2007

Raptai Hari Kebangsaan

bergaya dengan bendera Malaysia (sekejap jer)...
Sedang menunggu command dari abang askar kita:-P

dah abis raptai..lapar giler, mana2 pun sanggup makan

Hari yang mendung, xlah berpeluh sangat berarak:-P
jam 6.50am dah kluar rumah, nak kena datang awal katakan...
sampai hanya berapa kerat jer yang ada:-(
, tunggu baju untuk raptai dapat. jam 7.30am trus gerak ke padang Merdeka (nama baru?) tu pun dengar dari radio ERA, dulu padang MPS. Nama jer padang tapi bechak macam sawah, setiap kali perarakan tak kira Maulid atau kebangsaan, camtur jer.... kata dah macam2 buat buat, xder maknernyer.... mengkritik lak aku kat jabatan lain... nanti ada yg marah...sorik yerk..
AlhamdulliLAH, hari ni mendung kelabu, kejap jer panas.... jadi xsompek berpeluh la....
Raptai lancar, tiada masalah....
abis trus berebut cari makan yang disediakan.... lapar la katakan, dari semalam xmakan...
ops sory, semalam makan kat Royal Adelphi seremban, Hari Jejak Merdeka anjuran Jabatan penerangan, Negeri Sembilan....
Abis raptai kul 10.00...masuk opis jap, staff aku ada jaga, jadi aku balik rumah tukar baju n rehat seketika bersama kit kat....
jam 12 masuk opis sampai jam 6....
Malam sempat la tulis blog ni...sok tak tau lagi...

Tuesday, August 28, 2007

Selasa




Hari ini, aku telupa untuk hadiri raptai hari kebangsaan, xramai yang pegi, jadi tinggal lah aku sorang yang jaga opis. Untuk makluman staff yang ada 2 orang hakiki, 1 pinjaman dan 1 lagi sambilan (tu pun pinjam darai department lain) Melopong aku tunggu kat opis, tu pun dah masuk kul 9.30, sebab bawa bos tgk tanah untuk plan pembangunan. besar la projek ini. Projek kedua terbesar di bawah pejabat kitaorang....



Sorang staff masih lagi bercuti tanpa kebenaran....aku sampai opis tengok gelap jer. padah nampaknya... terpaksa lah tunggu petang untuk ke wisma negeri, dengan harapan orang yang g raptai akan balik opis semula.... Rupanya diorang akat balik rumah sebab xlarat...2 kali kena round bandar seremban....



Petang, sempat keluar.. tengokbangunan /lot kedai dan pegi pTG abik segala semakan, borang2 berkaitan untuk program minggu depan.... BZZ gak aku yer..



Sk raptai penuh perarakan untuk hari jumaat ni...lepas u tak tau lak nak buat program apa minggu ni... nak balik kampung ker? putrjaya atau?



susahnay nak buat pilihan..jdi anda boleh la menghantar sms ke 444 tekan-tekan tak dpat untuk mengundi dan memilih jawapan yang sesuai...



gurau jer:-P

Monday, August 27, 2007

GERAK USAHAWAN & SEMINAR@PD

Program GERAK USAHAWAN peringkat Kebangsaan 2007
di PWTC, Kuala Lumpur....
maklumat lanjut boleh dapat di
Perasmian di Dewan Tun Razak 3, penuh gak dewan...
Opis aku hanya mewakilkan 2 orang jer:-)
Cuma abik kesempatan tuk jumper kawan-kawan lama?...

Pak Lah selaku VVIP sedang berucap tuk perasmian program...program ni start jumaat 24.08.2007-26.08.2007. dan telah dijalankan untuk setiap negeri...kitaorg dah buat bulan 7 yang lalu.... kat Seremban


Antara booth yang dipamerkan....

ni kawan aku, dia yag suruh isi ic ni dalam blog ni.... saja nak promosi, kawin tahun lepas...dulu dia pada aku kawin:-P



Putra Place....

Ni program hari ini (27.08.2007), di Ilham Resort, Port Dickson

Aku jadi Panel jer..tapi nampak macam tak best. Financial, biasa la xpandai mengoreng, sema fact and figure.... jer

mulanya nak update ahad lepas...tp xtau letak mana kabel kamera.. terpaksa tangguhkan, jd hr ini dikapuhkan skali la....







some pics diambil di ILham Resort PD.
Kawan kata cerita tak menarik takder orang nak baca....
aku pun tak tau kenapa nak tulis blog?
Dulu suka tulis diari, tp bila sampai 1/2 tahun mesti xtau diari tur g mana,
bila blog menular, aku pun berminat sama. bila usia camni agar sukar mencari teman tuk mendengar, tambahan pula aku jenis introvet?
jadi memang xdapat nakexpress felling... jd
mende ni la tempat aku curah isi hati... Sory kawan... kekadang mudah tersinggung dan amat pentingkan diri sendiri (some time). itu la aku....
*


Friday, August 24, 2007

emergency leave?

Hr ni buat sedikit jamuan tuk opismate..tu pun kongsi 2 ngan opismate lain yg sama2 komfim kerja baru2 ini... Just nasi lemak ikan masin dan kuih jer... small bujet. Harap diterima olehNYA...
Dapat call org hq xdapat datang tuk lawatan pagi ini.. Bos lak buat press conference, aku plak dapat surat suruh bayar deposit elektrik dan air tuk rumah. dah pukul 10am aku isi form n trus ke KL, naik bas jam 11 pagi, sampai KL jam 12.30pm. duduk ngan member GYM, nama aku pun xpernah tanya. ia nak g mohon VISA ke UK. sebelum ni dia penah kerja kat sana selama 2 tahun. macam beat jer dapat kerja luar negara ni..
Dulu or offer keje kat luar, aku tolek...ye la masa bercinta.lani dok single balik, rugi jer kan, jadi klu sayangkan org biar berpada-pada:-P
Sapai kat Sunway dah kul 1.30pm, trus solat jumaat and g ke pejabat developer..Rupanya just nak sains 3 borang dan bayar RM410 tuk deposit...
Sempat buat descussion uk renovation... Xberapa besar tapi aku kena pikirkan la tuk tampungnya..Jangka siap next year...bolehla aku jd City Men lak tahun depan....
Sok ke KL lag, lotih eden.... lusa pun ke KL:-(

Wednesday, August 22, 2007

bosan...

Sempat singgah solat zohor kat masjid KLIA semalam.... some pics:-)



Pic masa drop opismate aku kat balai berlepas....

sebelum tu kena hadir Dwan Undangan Negeri.... menyaksikan persidangan DUN, kali kedua la aku ke sini...last awal tahun ii kot, aku pun dah lupa...
ala-ala persidangan parlimen gitu..

Hari in..terasa boring lak.
Tapi keja kena buat gak....

Perdana Menteri datang Negeri Sembilan hari ini, Opis aku xterlibat..



Tuesday, August 21, 2007

PTK

hari ini aku exam PTK, pagi masuk opis dulu...check 2-3 surat. Dah terima surat uk bayar deposit air dan elektrik bagi rumah yang dibeli. Dijangka akan siap tengah tahun depan. lepas ni boleh tukar ke KL la pula. jadi orang KL ler... Tapi kena abik cuti tuk sentle all this thing. bila agaknya. Hari makin suntuk n banyak program tak setle lg... pemaju mintak setle dlm tempoh seminggu lagi.... arhhh poning lie...


Exam hari ini...1st paper ok lah, ada skit konfident tuk aras , paper khusus 50/50 jer... agak konfius, bukan kerana jawapan tp soalan-soalannya kelihat tidak tetap. kita yang biasa dengan kerja yang ditanya pun hairan, perkara yang jelas tapi dalam soalan tidak tepat..lain-lain aku tak mahir la, seperti hal-hal saman menyaman dan mahkamah:-( Padan muka aku...Lepas ni kena study lagi la, boleh ambik next Disember...


Petang, meeting lagi...ada 3-4 pgm besar sebelum uasa yang melibatkan YAB MB..Entah lah. Rasa letih. Pasal kurang darah ker. Entahlah. Xsempat nak pegi check lagi.


Petang, kawan lama datang singgah Seremban..ada meeting, sempat pow dia.he he he tQ TM:-P


NI, email yang aku terima ptg ni..Enjoy k-


CARA MUDAH KALAHKAN HANTU...


Polong Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.


Langsuir Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda renung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.
Pontianak Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.


Hantu Raya Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia,bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.


Hantu Galah Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi.Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada di situ.


Jerangkung Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.


Toyol Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas,lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya...lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu...

Hantu Ponteng Yang ni payah sikit nak cakap sebab,hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng keja , lepaih tu nengok e-mail..macam sekarang nih..sah-sah tengah baca e-mail nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat keja .....hehe! hehehehe.......

Monday, August 20, 2007

program MPUD


*Some pic for the program:-)

Hari ini PPPK Sban Barat menadakan program Bengkel Media dengan once of wartawan Metro..

Ok gak bengkelnye... aku sebagai pemerhati, walaupun perhatian aku xmenyeluruh. Kepala masih ingatkan exam PTK esok...Nak dapat aras 4, klu x, xnaik gaji meh:-( tu la nasib penjawat awan lani... nak naik kena dapat aras 4 ataupun 80% keatas setiap paper yang merangkumi lbih 1000 mukasurat buku yang perlu dibaca. berbagai arahan, akta dan pekeliling serta urat pekeliling.... Bacth aku dah 3 orang dapat naik. Jadi malu la aku klu xdapat naik, next year persaingan makin sengit...bath aku aje ada +- 200 orang tuk bersaing, yang baru ada lebih 200 orang lagi...persaingan yang sengit meh...



Program hari ini diadakan di MPN..



Sunday, August 19, 2007

PERIHAL FILEM (pls read, i laughed like crazeee)

PERIHAL FILEM-FILEM
Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.

Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).

3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".

4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. (Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil,selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik.Banyakkan berehat dan jangan lupa makan>ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.

8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).

9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.

10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Drama/Filem Cina.

1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.

3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....

7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).

9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.

10. Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang jek lebih.

Drama/Filem India/Hindustan.

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.

2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Opff dan Heat.

4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.

8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh ' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla....bla....bla...'.

10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih. Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem.

Yang benar,Ah yau Jengkol Spielberg.
( Sepupu tiri sebelah nenek sedara Steven Spielberg ).

Saturday, August 18, 2007

Sukan Komoditi DUN Ampangan


Sukan Komoditi DUN Ampangan, di Tepian Gelanggan, Peroi. Juat attend for exibition. Tolong PT aku.... sempat juga buat pemeriksaan tekanan darah and the result:-P low blood pressure... sok kena check lagi, klu masih rendah. Kena check kat hospital lak.



Biasanya stress darah naik..Ni makin turun lak. tak cukup makan ker?




Some pics yang diambil dari booth Jabatan penerNGn..50 tahun KeMERDEKAAN..



Darurat..


Zaman Darurat sebenarnya..pics ni biasa di lihat dimana-mana pameran dan buku teks sejarah.

Thursday, August 16, 2007

KLIA




Some pics dari masjid KLIA, yang bilangan pengunjungnya boleh di bilang (masa aku singgah la) cantik buatannya....
Antara monumen yang boleh dibanggakan di Malaysia:-)
Enjoy your life. Ingat ALLAH juga, jangan Lupa
ALLAH k


Hari ini, pagi ke Pan Pacific , KLIA. Launching Techpark@enstek. Menteri Perdagangan Antrabangsa dan Industri yang rasmi, YB Dato Sri Rafidah Aziz. Sempol orangnyer..

Ramai gak tokoh korporat yang hadir, and got some new contacts... malam ni xder mood, penat memandu more than 160km and manage some pgm lain. 2 staffs negeri dah dapat pemanent...tukar ke tempat lain...macam ni berita buruk, sebab staff opis aku lak yang kena tarik nanti.


entah lah....

Wednesday, August 15, 2007

Kuala Lumpur

















Hari ni, meeting ngan Pengurusan tertinggi. 1st time bagi kami di peringkat daerah yang dipanggil ke HQ untuk mengadap KP, TKP-2, dan pengarah2 bahagian tanpa dihadiri pengurusan tertingi di peringkat negeri. Banyak juga isu daripada persidangan semalam di ungkai kembali dan di perjelaskan.

Bagusnya program hari ini, walaupun notis yg diberikan kurang dari 18 jam:P


Dapat juga makan semeja dengan Funding Director dan Vice Development Director. best gak, yg lain jeles jer.. tapi biasa la, bila makan ndengan VIP ni, kurang la skit nikmatnya.


Bukan nak cerita pasal makan, tapi kalau di cerita pasal detail apa yang dibincangkan, ia akan melibatkan akta rahsia rasmi. takder la, gurau jer... Banyak yang dibincangkan adalah mengenail program semalam dan masalah-masalah di peringkat daerah yang telah lama dibangkitkan tanpa penyelesaian yang konkrit. Isu utama adalah kenkangan kakitangan, walhal bebanan tugas semakin bayak, bilangan staff sama sahaja sejak 20 ahun yang lalu. Dulu proses pinjaman RM2,000 tanpa penjamin, sekarang dah RM50,ooo tanpa penjamin. Konrak dah RM200k tanpa pejamin. Tidak termasuk program MPUD lagi, Expo, Seminar, Bengkel dan menjaga bangunan-bangunan yang hendak roboh dan masalah peruntukan untuk dibaiki... Penyewa yng tidak bayar sewa tetapi tidakboleh dikeluarkan..
Tetapi kerana keikhlasan untuk membantu bangsa, nusa dan negara. Telan sahaja la, lani tidak kira hari sabtu dan ahad kena keje gak. sebab waktu opis layan customer. kekadang macam klinik swasta lak. lepas jam 5.30pm baru nak start buat kerja hakiki. jam 6.15 kena balik sebab nak tengok ManjaLara:-P malam lepas magrib kena keluarkan peluh, abik dalam sejam... lepas tu balik rumah, update bloog ni... sejak ada 3G ni, jam 12am baru tido..jam 5.30am nangun, 7.30 am masuk opis hingga 5.30pm..

Rutin berulang, bila keje ni rasa macam tiada life, perkara yang sama jer kita buat, sebab tur sekali sekala aku nak kluar dimana tiada yang dapat kontek handphone aku... lari jauh-jauh selama seminggu atau dua. Sekarang dah tiada teman nak ajak jalan-jalan. Yang ada dah lari bersama partner yang lama. team aku member dah outsataion kat Sudan. inggal aku kat Malaysia i jer. Kena tubuh team lain lak.. Brangan nak tour europ. Ada sesiapa berminat? dalam 4 orang sudah cukup per team. Untuk memudahkan perjalanan... Depent on bujet la...


Aku juga masih mencari team untu ke Jogjarkarta... Cadangan ke Borbodur, dalam 5 hari, guna AirAsia ke Solo, dan naik train ke Jorja...tapi akhir tahun bukanlah waktu sesuai untuk melancung di sebelah timur. Quarter ni banyak berlaku gempa, lepas tu taufan dan lastly banjir besar...waktu terbaik seperuh quarter dan tengah tahun...
ok sesiapa berminat, boleh kontek aku di rompin77@yahoo.com

Tuesday, August 14, 2007

Kuala Lumpur

KL..Hari ini ada Persidangan Majlis Pembangunan Usahawan Daerah (MPUD) anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kooperasi (MECD) di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Kali pertama 88 MPUD dikumpulkan bersama-sama, Urusetia dan Pengerusi, Kementerian, Jabatan dan Agensi serta wakil-wakil Kementerian.


Sebagai penjawat Awam, most new information been gathered. Yang menarik dapat bersama-sama dengan lain-lain urusetia MPUD. Aku duduk bersebelahan Manager Risk Management Services from UDA. dapat la serba-sedikit ilmu baru...

Program agak padat, ingatkan ramai-ramai nak jalan kat BB, tp hari hujan dan jam dah 6.30 ptg, nak tak nak terpaksa balik n berebut-rebut naik monorel dan komuter... Untuk yang 1st time, begang jer diorang...aku sronot jer:-P


Sampai dah jam 8.00 malam, kepala dah nak kena magrain balik. Maklumlah kena hujan. Sok kena bangun pagi lagi, lebih awal ari hari ini. Penolong aku bising sebab aku lambat subuh tadi. sok jam 5 pagi dah kena bangun dan ke komuter. Ada mesyuarat tergempar dengan Tmbalan Ketua Pengarah (Uasahawan) di ibupejabat jam 8.45 pagi... Letih juga berulang tiap hari ke KL...

Apa yang seronok dapatt berkumpul bersama rakan-rakan sejawatan...kali terakhir, bulan Jun 2006 yang lalu... dan maaf dan sempat ambil gambar sebab terlupa bawa kamera, rushing pagi tadi. Sok klu xtinggal kamera...boleh shot:-)

Monday, August 13, 2007

Cetusan hati....

Hari ini, hidup masih diteruskan... terasa agak serius pulak apa yang dicatatkan di blog ini. kenapa yerk? Mungkin pengalaman dan sifat yang inginkan sesuatu yang serius. Entahlah...

Hari ini aku mendapat maklumbalas dari seseorang. Tanda pemutus dan penamat. Berakhirlah sebuah perhubungan. walaupn secara rasminya telah amat 16 Jun 2007 yang lalu. Tapi tindakan aku ini umpama orang yang gila talak. Kekadang lucu sendiri... Dulu apabila menonton drama melayu, melihat lelaki yang bercerai kita akan ketawakan mereka kerana tergiler-gilerkan bekas isteri yang ditinggalkan. Bila kena pada diri sendiri. Padan muka aku:-P

Hidup mesti di teruskan.. mana tau dapat yang baru:-P Tapi yang baru tidakan sama dengan yang lama, kerana setiap yang ada adalah berbeza dan mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Tapi seperti yang ku katakan hidup perlu diteruskan. Bergantung pada diri sendiri adalah yang terbaik. Cukuplah ALLAH bagiku..

Apa misi terbaru. InsyaALLAh akan ku cuma untuk ke Baitullah dalam masa terdekat. Tidak tahun ini, tahun depan atau selagi hayat di kandung badan. Doakan aku yerk semoga selamat sampai kesana... AMIN

Aku juga berharap, tulisan di blog akan lebih santai, meriah dan ceria. Bukan cerita-cerita sedih yang mengalirkan air mata dan meruntum jiwa. Walaupun ia tidak menjadi karya yang MAHA AGUNG, tetapi cukup untuk aku mencoretkan apa yang aku rasa, inginkan dan impian.

Solat Maghrib masuk waktunya... Berhenti aku seketika..mungkin akan bersambung pada malam ini ataupun malam esok unuk menceritakan perihal Persidangan MPUD di Hotel Istana, Kuala Lumpur esok... Jam 6.00 pagi perlu bergerak dari Seremban. Jika sempat akan ku masukan beberapa shot yang aku ambil sekiranya menarik....

See you soon....

Saturday, August 11, 2007

Surat terbuka buat Alexis...

Salam buat Alexis...
Ingatkah dirimu pertemuan pertama kita 04 Februari 2007?
Agak lama hendak ku coretkan apa yang terbuku di hati, kerana mulut tidak bisa meluahkan walaupun telah kucuba beberapa kali. Maafkan aku, itu sahaja yang dapat ku katakan. Maafkan aku kerana tidak dapat membahagiakanmu. Maafkan aku kerana tidak dapat menjadi lelaki yang engkau idamkan. Maafkan aku kerana aku meninggalkan mu di saat kau memerlukan penjelasan ku... kerana aku tidak bisa menjelaskannya... dan maafkan aku kerana terus membisu.
Sebenarnya, agak sukar menjadi orang kedua dalam hidupmu. hadirku ibarat penganti ketika dirimu kesunyian. aku hadir sebagai pelengkap. aku tidak pernah meminta dan kau menghulurnya. Tabiat dan sifat aku yang tidak pernah menghampakan. Menerima dengan hati terbuka...
Walaupun aku sedar, dirimu masih mengingati yang pertama 'd soulmate'. Hakikat ini aku sedar, kerana itu aku tidak pernah mengharapkan, walaupun sering ko katakan kau bahgia bersamaku. tetapi bibirmu masih bercerita tentang kebahagian terdahulu. Aku diam-sama seperti selalu. Taukah ko bertapa sakitnya hati aku, atau cemburunya aku... Aku tidak salahkanmu, sebab dia telah lama bersamamu...
Dirimu sering jelaskan, si dia akan kembali, akan kembali ke negara ini. Dirimu juga berkata hubungan ini tidak dapat ditentukan hala tuju jika si dia kembali. Aku termanggu... Walaupun ku sedari hakikat ini.aku teruskan juga bersamamu... bukan dengan harapan, tetapi sekadar mengisi kekosongan hidupmu buat sementara waktu. Dan juga kekosongan hidupku sementara ada...
Cuma perpisahan ini bukanlah seperti yang aku harapkan... aku mengharapkan perpisahan yang yang lebih bermaruah. Di atas kerelaan sesama insan. Walaupun tempoh masa yang ku jangkakan dalam 30 hari lagi. Sebelum si dia kembali... Walaupun aku bersedia untuk menerima perpisahan, hakikatnya amat pedih... Sangat pedih.
Tidak kusangka, Urmi titik tamat kita... Istana Budaya tdak menjadi saksi 16 Julai 2007 detik akhirnya. setelah setahun lebih berlalu... Alasan yang mudahkan sekiranya kau mengingatinya. Skali lagi maafkan aku. Hatiku berkecamuk, sebab ini bukan perkara pertama berlaku dan aku menyedarinya, Istana Budaya adalah tempat yang baik untuk memulakan perselisihan, bukan pertama kali, tetapi telah lebih 7 kali. Ingatkah semasa bertemu puteri Gunung Ledang? Perkara yang samakan? Naga Tasik Chini, Pi Mai Pi mai tamg Tu dan Lantai T-Pinki.
Cuma hakikatnya, aku mahu dirimu mengerti, perbezaan taraf, latar belakang, agama dan cara hidup banyak membentuk diri seseorang. Aku datang dari latar yang jauh dan amat jauh berbeza denganmu. Tetapi aku cuba untuk bersama. Aku mengorbankan semuanya, masa, keluarga, kawan dan jiwa untuk bersamamu. Saban minggu dan waktu terluang, aku tidak pernah menolak untuk bersamamu.... ku tau dirimu pun banyak berkorban... Tetapi sedarlah kita sama-sama terkorban untuk hubungan yang tidak akan kemana ini-katamu...
aku masih ingat pertemuan pertama kita 04 Februari 2006...
Kuharapkan kau bahagia disampingnya, ataupun sesiapa yang kau pilih selepas ini. Aku masih disini kesoranga. Tidak pernah mengharapkan apa-pa dan ingatlah, aku juga tidak pernah meminta...
Terima kasih atas apa yang diberikan... aku menghargainya. Maafkan aku kerna membebankanmu sepanjang bersamamu. Maafkan aku...

Aku yang masih sendiri

Kenangan Terindah....


Kenangan Terindah, Apakah itu? Setelah hampir 30 tahun mengharungi kehidupan yang sementara, tidak banyak yang berubah...
Apakah perubahan yang aku inginkan? aku pun tak pasti... Terlalu banyak tanda tanya dan soalan. Jawapan? Hampir kesemuanya tiada. Sedih? Tidak juga... atau kekadang:-) Ini coretan pertama aku, Terima kasih Hakemm memperkenalkan aku denga laman ni. dah lama nak tulis dan memiliki laman web sendiri. Cuma tidak berkesempatan, tambahan pula di pejabat, almost blog telah di sekat. Tidak mau pekerjanya membuang masa degan membaca atau menulis blog kot. Manalah tau, nanti blog pula di gunakan untuk 'mencerca' atau alat untuk menyebar kan 'fitnah' kepada pihak-pihak yang tidak menyukainya.... Ye lah, penjawat awam banyak kenkangannya.... itu aje yang boleh ku jelaskan. Atau kata-kata yang ku suka dengarkan kepada pelangan...
"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..."
Bila kata-kata ini di hambukan, mereka akan diam dan faham. Mudah kan? tidak mudah melayan manusia, tapi terpaksa dimudahkan walaupun selalu di maki, dihamun, tetapi sudah tidak menjadi darah dan daging daaa....
ini adalah atara asam garam kerja aku.. Peribadi? Agak misteri... Tidak ramai yang tahu kehidupan aku. mereka lihat aku trus tersenyum dan seniasa tersenyum maupun tersengih... mereka tidak tahu masa sedih aku walaupun di kutuk dan di keji. itulah rahsia kekal hensom. Riak lah tur:-P Nanti aku akan ungkaikan satu persatu bergantung mood yang ada...
Iya lah, edisi pengenalan cuma secara ringkas keseluruhan episod atau musim yang ada. Tidak perlu detail sangat... nanti bosan pula dan tidak mahu lagi ke episod akan datang. Jadi...
bacalah olehmu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com