Monday, July 4, 2011

6 hari 5 malam di Cherating

Collages51

Cherating, Kuantan Pahang adalah antara destinasi popular bagi pengemar pantai di sekitar Kuantan. Kelebihan lokasi ini adalah kerana terdapat banyak deretan hotel dan resort terkenal sdi sepanjang pantai dari Bandar Kuantan hinggalah ke sempadan Terengganu.

2011-06-16 lpu

Seperti yang di maklumkan sebelum ini, Panda menyertai Bengkel Permurnian Latihan Pembentukan Usahawan di Holiday Villa Beach Resort & Spa selama 6 hari 5 malam. Bukannya datang untuk melamcong apatah lagi untuk bersuka ria.

2011-06-16 lpu1

Kebanyakan gambar-gambar yang diambil adalah selepas daftar masuk ke resort. Sebaik sahaja taklimat awal dilakukan Kami semua bertapa di dalam Estern Pavallion Ballroom dari pagi hingga lewat malam. Walaupun tempatnya cantik tetapi dunia kami hanya di dalam dewan.

serendah

Panda sempat juga menikmati satar yang amat popular di Kuala Kemaman apabila ada kelapangan di waktu petang. Kuala Kemaman juga terkenal dengan keropok lekornya yang lazat. Cuma panda tidak sempat untuk merasa nasi dagang ketika berada di sini.

Collages50

Hari ke 2 terakhir, panda mengambil kesempatan ke resort bersebelahan Holiday Villa iaitu The Legend Resort Cherating yang lebih besar dan gah.dari segi kunjungan The Lagend lebih ramai di kunjungi oleh orang muda berbanding Holiday Villa (Melalui pemerhatian singkat Panda).

Collages49

Seronok juga apabila sekali-sekala panda di letakan dalam dewan, diberi makan 6 kali sehari dan kerjanya duduk dan megadap pc sambil berdiskusi. Cuma tidak seronoknya bila balik, timbangan panda memberi impak tambahan. Banyak usaha perlu dilakukan lagi...

Friday, July 1, 2011

3 hari 2 malam di Terengganu

terengganu 091
Pantai Kemasik, Kemaman...

Jun 2011, adalah bulan yang sangat sibuk buat panda, penuh dengan aktiviti pejabat dan bengkel. Walaupun pada awal Jun Panda sempat megambil kesempatan untuk memenuhi undangan rakan bagi menemaninya ke majlis sambut menantu di simpang Felda Bukit Banding, Ajil, Terengganu. Kesempatan itu, dapatlah panda menjelajah sebahagian Terengganu dalam masa 3 hari 2 malam.

Collages34
Pantai Kemasik, Kemaman...

Perjalanan bermula pada Sabtu bersamaan 4 Jun 2011 melalui MRR2 dari Bandar Tasik Permaisuri dan bersarapan di Taman Melati Gombak. Kemudian di teruskan melalui Lebuhraya Karak dengan tol RM5 (Gombak) dan RM3 (Karak) dan Lebuh raya Pantai Timur (LPT) RM21.00. 

New folder8
Pantai Kemasik, Kemaman...

Kami sempat singgah di pantai Kemasik kemudian di teruskan ke Marang, Terengganu. Marang mempunyai nostagia yang kuat kepada panda kerana panda sempat bersekolah tadika di Kampung Paya. Tidak jauh dari pantai Marang.

Collages35
Pantai Marang...

Banyak perubahan yang berlaku di pantai Marang, tetapi tiada kelihatan pelancung dari barat pun disini walaupun cuti sekolah. Ini berbeza semasa tahun 80an dimana pantai ini di penuhi oleh pelancung asing yang berjemur.

Collages36
Pantai Marang...

Lagoon Marang yang merentangi pantai pun telah dipenuhi oleh pohon-pohon bakau yang menghijau. Hanya kelihatan rumah-rumah usang di epanjang lagoon. Terdapat Hotel Seri Malaysia di sini. Pemandangan di Lagoon Marang memang amat menkbjubkan.
Collages37
Pantai Marang...

Tempat panda bersekolah dulu pun sudah tiada lagi, telah menjadi padang footsall dan rumah yang pernah panda tingga dulu hanya tinggal semak samun sahaja.

Collages38
Masjid Terapung Kuala Ibai

Perjalanan di teruskan lagi ke Kuala Ibai, di Marang kami sempat singgah di pantai Kelulut untuk menikmati keropok lekor 888. memang terkenal dan perlu beratur untuk dapatkannya. Berbaloi menahan lapar semata-mata inginkannya.

Collages39
Masjid Kristal, Kuala Terengganu

Selepas itu kami teruskan perjalanan ke taman tema Tamadun Islam di Kuala Terengganu. Kami menunaikan solat di sini. Pengunjung sangat ramai hingga susah bagi kami untuk mendapatkan tempat meletak kenderaan.

Collages40

Kuala Terengganu kami telah singgah ke pasar Kedai Payang yang sentiasa meriah dengan orang ramai. memandangkan hari tersebut adalah cuti sekolah, maka keadaan adalah sangat sesak. Kami ingin menyusuri sungai Terengganu, malangnya kami tidak menempah tempat penginapan awal. Kesukaran amat dirasai. Lewat malam baru kami mendapat penginapan.

Collages41

Pagi berikutnya kami ke Tasik Kenyir, sebelum itu sempat kami bersarapan nasi dagang berhampiran dengan masjid Tinggi di Jalan Kuala Terengganu - Bukit Payung. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Tasik Kenyir sekitra 45 minit melalui pekan Kuala Berang.

Collages42

Dari Tasik Kenyir kami melalui Ajil dan terus ke majlis sambut menantu di simpang Felda Bukit Bading. Seelah kenyang menikmati kenduri gulai kampung, perjalanan di teruskan ke Dungun. Disini kami telah ke pantai Teluk Bidara di Seberang Pintasan.

Collages43
Seberang Pintasan

Panda pernah memasukan entri kisah pantai ini pada tahun 2008. Cuma kali ini panda sempat ke seberang sana melalui gua di tepi pantai. Disebalik bukit sebelah tanjung Bindara memang sangat mengujakan. susunan batunya sangat cantik dan airnya jernih.

Collages44
Teluk Bidara

Pantai terakhr yang di kunjungi adalah pantai Teluk Gadung yang berada di Sura Hujung Dungun dan juga Kuala Dungun. Banyak perubahan yang berlaku di Dungun sejak Panda meninggalkanya hampir 10 tahun lepas. Tidak dapat diastikan pembangunan material yang ada pada hari ini memberi keseimbangan sosial kepada penduduk setempat atau tidak.

Collages45
Teluk Bidara


Selesai 3 hari 2 malam di Dungun, panda menghadiri bengkel penulisan SOP untuk program lisensi yang di anjurkan oleh agensi panda bekerja di Blue wave Hotel Shah Alam untuk 4 hari, kemudian panda di arahkan ke Cherating di Easten Pavallion at Holiday Villa Cherating selama 6 hari bagi program pemurnian Latihan Pembentukan Usahawan.

Collages46
Teluk Bidara


Kenkangan kerja di luar pejabat agak memenatkan, kerana dikerah hingga lewat malam di tambah pula dengan dijamu sebanyak 5-6 kali sehari menyebabkan hormon-hormon di dalam badan menjadi tidak menentu. Berat badan panda makin bertambah bersama angin dalam badan. Sekembalinya di pejabat, penuh dengan aktiviti temujanji dan juga mesyuarat yang tidak henti-henti. Panda bukannya bersungut, apabila telah dibayar untuk bekerja, maka bekerjalah dengan gembiranya.

Collages47
Teluk Gadung

Di Dungun, Panda sempat menginap di Lot Chomel aka Kampung Molek di Sura Gate. Rumah yang mana panda tinggal selama 5 tahun akhir 90an dan awal 2000an. Tetapi rakan-rakan lama telah tiada di sini. Masing-masig telah berhijrah jauh ke Kota raya. Apa yang manisnya, pak cik- pak cik di Masjid Intan Zaharah masih kenal akan panda.

Collages48
Kuala Dungun

Kehidupan perlu di teruskan sehingga ke akhir kalam. Apa yang panda cari adalah keseronokan sementara dalam mencari keseronokan hakiki. Ketika di separuh usia ini, panda seakan-akan tau apa yang panda maukan. Telah merasai hampir semua kitaran kehidupan ini...

Wednesday, June 1, 2011

Sulawesi Selatan - Makassar III

makassar 1039

Entry terakhir berkaitan makassar, Panda mengambil masa 2 minggu untuk menyelesaikan pengkisahan akan tempat yang di lawati selama 6 hari. Entri terakhir lebih kepada rumusan secara keseluruhan sahaja.

makan

Makan- sesuatu yang sering di bimbangi setiap pengunjung bila berada di luar kawasan selesa. Bagi panda yang telah menjelajah kota-kota utama di Asia Tenggara, ia tidak menjadi kesukaran untuk mendapatkan makanan halal. Panda pun boleh menerima apa jenis makanan bila berada di luar negara yang penting rasanya boleh di terima oleh lidah. Bak kata pepatah dalam filem Ratatouille , 'I dont like food, but i love food, if i dont love, i dont swallow its"

makan1

Antara makanan yang popular di Makassar adalh nasi kuning, tetapi restoren yang panda kunjungi di Pantai Losari tidak enak nasi kuningnya, lebih enak nasi kuning di dalam penerbangan Airasia. Lain-lain adalah hampir sama dengan mana-mana lokasi di Indonesia seperti eis pisang ejo, eis kelapa nangka, soto makassar dan beberapa makanan yang panda lupa namanya.

makan2

Rojak buah juga enak di sini, saiznya yang besar dan banyak memang sedap, tetai jangan segan untuk dapatkan lebih kuah rojaknya. Selain itu kuih-kuih tradisonalnya pun banyak. rasanya sama seperti yang terdapat di Malaysia cuma bentuknya sahaja berbeza.

makan3

Di Pasar pagi Ahad di Pantai Losari juga menwarkan variasi makanan tempatan yang namanya pelik-pelik. Jika berkesempatan jangan lupa kopi serbat telur yang sangat manis seperti minum kuah pengat.

makan4

Jika makan, pilihlah restoren atau gerai yang ada tanda harga kerana panda pernah terkana makan di gerai atas longkang harganya lebih mahal dari restoren yang ada kipas. Secara keseluruhanya harga makanan di sini lebih kurang harga makanan di utara tanah air. Nak kata murah tidaklah sangat tetapi berbaloi dengan rasanya.

faces

Uniknya Sulawesi selatan ini adalah orang-orangnya yang ramah dan tidak lokek dengan senyuman. Keadaan ini semakin berkurangan di Malaysia sehingga terpaksa mengadakan kempen untuk senyum. Ironik sangat....

Sunday, May 29, 2011

Sulawesi Selatan - Pantai Losari

makassar 1008

Inilah entri terbanyak bagi panda untuk suatu pejalanan, bila agak lama, banyak cerita yang hampir lupa untuk dikongsi. Tambahan pula kesibukan jadual harian membuatkan masa lebih terbatas. Panda pun tidak pasti apa yang panda kejarkan. Cuma apa yang panda ingin lakukan buat masa ini dan depan, adalah menikmati hari-hari terakhir dengan penuh manafaat buat diri panda.

makassar 1044

Selepas ke Pulau Khayalan, panda mengunjungi Makassar Mall ataupun sentral, dsini banyak menjual barangan tempatan terutamanya fabrik Sutera Bugis. Harganya sekitar Rp40,000 dan ke atas. Kebijaksanaan pembeli adalah penting dalam tawar menawar.

43

Petangnya kami ke Jalan Sumbo Opuh, jalan ini terkenal dengan kedai-kedai emasnya dan juga barang cenderamata Makassar. Harga di barangan di sini lebih murah dari Pasar Sentral tetapi berharga tetap. Harga Pass katanya.

44

Menjelang senja, panda menikmati petang terakhir di Makassar dengan melihat gelagat warga tempatan di Pantai Losari. Ia bukanlan pantai sebenarnya tetai lebih kepada dataran yang dibina di pantai. Menikmati pemandangan senja memang mengasyikan di sini.

makassar 138

Di sini juga lebih kepada tempat pertemuan bag masyarakat Makassar. Cuma sekali-sekala air dari Lagoon tersebut mengeluarkan aroma yang kurang menyenangkan. Air di sini juga agak hitam . Ini boleh merosakkan mood pengungjung  terutamanya yang baru datang.

Friday, May 27, 2011

Sulawesi Selatan - Pulau Khayangan

makassar 803

Entri ke 4 kisah Makassar, hari ke 5, 15 Mei 2011 (Ahad)- Pagi-paginya kami mengunjung pasar sehari atau pasar pagi di Pantai Losari. Pelbagai aktiviti jualan di lakikan di sini pada setiap pagi  Ahad. Jika ingin menikmati makanan tradisional dengan harga yang murah, silalah kunjungi Pantai Losari di pagi Ahad. Terdapat juga aktiviti senamrobik.

khayangan island

Keadaan pagi dan petai di Pantai Losari sering saja meriah, di sini kita boleh lihat kepelbagaian wajah orang yang tinggal di Makassar. Entri tentang Pantai Losari akan di persembahkan selepas ini.

khayangan island

Selepas menikmati sarapan pagi iaitu nasi pecal dan juga bubur ayam, kami mengunjungi jeti untuk ke Pulau Khayangan. Tambang yang di kenakan adalah Rp30,000 dua hala. Memandangkan hari ini adalah hari Libur tempatan, maka penumpang ke Pulau agak ramai.

makassar 853

Menggunakan bot penambang, yang boleh memuatkan lebih 30 orang, perjalanan mengambil masa selama 30 minit dari jeti ke pulau. Kedudukan pulau ini tidak jauh dari daratan dan berada di depan pelabuhan Makassar.

41

Pulau ini hanyalah seperti beting pasir yang di tumbuhi pokok-pokok yang tidak berapa tinggi, Pasirnya putih berbanding tanah besar dan airnya sangat jernih. Terdapat chalet-chalet penginapan untuk di sewa dengan kadar berpatutan.

42

Airnya sangat jernih sehingga boleh dilihat dasarnya. Ikan-ikan yang berenang-renang agak jelas kelihatan walaupun ramai pemancing yang memangcing di restoren-restoren terapung yang di tinggalkan.

4

Setelah beberapa jam di pulau khayangan, kami melangkah pulang dengan penuh keterujaan. Keadaan pulau ini lebih baik dari pantai yang kami kunjungi pada hari sebelum itu.

makassar 965

Banyak lagi pulau pasir yang boleh di kunjungi di Makassar ini sekiranya masa mengizinkan. Antaranya adalah Pulau Lei-lei, Samolena dan khayangan. Sekiranya ingin melawat pulau-pulau ini, pengunjung perlulah menggunakan bot laju yang boleh di sewa dengan harga Rp300,000 untuk sehari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com