Saturday, May 7, 2011

Otak-otak Pantai Bernas...

pantai bernas 097

29 April 2011 (Jumat) -Bersemperna dengan cuti hari pekerja yang jatuh pada 1 Mei setiap tahun, Panda dan keluarga menganmbil kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman di Kuala Rompin Pahang. Ini kali kedua panda pulang ke kampng selepas Tahun Baru Cina yang lalu.

pantai bernas 044

Perjalanan kali ini agak panjang, menggunakan lebuhraya Karak, singgah di Bandar Pusat Jengka untuk mengambil barangan adik yang kan tamat berlajar di UiTM Jengka. Melalui Maran, singgah Solat Jumaat di Masjid KIPSAS, makan tengahari di Kampung Ubai, Pekan di mana gulai kunyit lengkuasnya kepala tengirinya sangat sedap, harga cuma RM10 sahaja kepala tengirinya dan seterusnya ke Rompin. Perjalanan mengambil masa 8 jam.

New folder11

30 April 2011 (Sabtu) - Petangnya, kami beramai-ramai ke Pantai Bernas, Kampung yang berada seberang sungai dari pekan lama Kuala Rompin. Jalan yang lebih mudah, sekiranya dari Kuala Lumpur atau Kuantan, selepas simpang Muadzam Shah, tidak jauh dari Gerai Udang Galah (Gerai makan yang popular dengan masakan udang galah di Leban Chondong), pelahan-lahan masuk simpang kiri ke Kg Lanjut atau lebih popular dengan Serai @ Lanjut Resort tu. Terus sahaja hingga ke hujung jalan, iaitu di Kuala Rompn sebelah pantai Bernas.

New folder10

Kedudukannya yang berada di antara kuala Sungai dan pantai menyebabkan airnya agak keruh dan di penuhi kayu kayan kesan dari musim tengkujuh yang lepas. Kawasan ini juga dekat dengan Komplek sukan air Rompin.

Collages30

Ada beberapa chelet yang menawarkan harga yang berpatutan. Kalau nak resort bolehlah tidur di Serai@Lanjut atau Summerset@Rompin. Bayaran pun di bawah RM200. Tempat yang sesuai untuk beristirehat dan tenang.

New folder8

Apa yang paling menarik di sini adalah gerai sata dan otak-otak kepah yang sangat sedap. Sudah lama panda tidak menikmati rasa original otak-otak ini. Di usahakan oleh Makcik-makcik dan pakcik-pakcik. Cuma masa menunggu sekitar 10 minit di perlukan. Sata dan otaak-otak ini dibuat di tempat dan masa yang sama. Harus cuba. Cubalah otak-otak kepah yang segar dari Sungai Rompin. Cuma masih bergantung kepada rezeki, tidak selalunya ada. Otak-otak udang pun ada. Ikannya pun segar dari laut.

pantai bernas 012

Sekitar bulan Jun, Kuala Rompin akan di penuhi dengan pemancing-pemanjung dri seluruh dunia. Ada pertandingan memancing ikan marlin di sini. Sebelum ini Kuala Rompin maskotnya adalah udang galah, tetapi sekarang telah di ganti dengan ikan marlin atau layaran yang bermuncung tajam. Sekiranya berminat akan memancing laut, sila-silakan lah.

pantai bernas 106

Sesekali balik kampung, banyak perubahan yng berlaku. Seronok tinggal di desa-desa ini berbanding Kota-kota besar. Redha sahaja lah kerana rezeki telah ditetapkan di kota.

1 comment:

  1. salam

    first time singgah..blog menarik.. gambar yg perfect!! nice work bro.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com