Tuesday, April 21, 2009

Minggu yang panjang..

P4100085

Dah seminggu Panda tak update apa-apa kat blog ini. Jika dibiarkan berlarutan, maka lama kelamaan akan meninggalkan terus dunia blog yang makin hambar ini. Kalau tak dibajainya.... makan bekuburlah ia...
10.04.2009 (Jumaat) setelah seharian bermesyuarat berkaitan program Q peringkat jabatan, kami dikunjungi rakan lama yang bertukar ke Sepang dan exopismate masa di seremban. 2CT, malam tu, kitaorang pow mak cik yang hujung makan steak kat Nasmeer. Sabtunya, aku lak kena pow kat kenny rogers di Jusco dan mee Kari di Selibin. Makan jer seharian. Bila time petang dan Ahad...kembali bersendirian...

P4130146

Isnin (13.04.2009) selepas sebahagian paginya di opis, Panda memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur unuk menghadiri temuduga biasiswa penuh bagi program Top Executive di Top Universiti. Panda Pilih untuk bermalam di Tune Hotel, sekadar ingin mencuba, chargenya RM109++/nite. agak mahal bagi Panda, sebab tak ada TV, tetapi Panda sukakan tilamnya yang best dan showernya yang besar. Biliknya sangat sempit. KL hujan sepanjang hari...

P4130154

Sempat juga ke KLCC selepas hujan

Interview pada selasa 14.03.2009 tidak berapa menarik pakejnya. Mungkin Panda bimbang akan kehilangan seniority dan macam-macam perkara lagi. So i can said that... Its Su*k!! Panda la yang teruk, bukan diorang.... Buat Phd sendiri la, lagi mudah....
Satu keseronokkan turun Kl, ramai lak kawan-kawan lama yang bisa ketemu, begitu juga kawan baru. Tak sangka berkesempatan jumpa Ank Pekan yang ada mesyuarat di bangunan Pertama. Thanks for the lunch sebelum aku meneruskan perjalanan ke Dungun Terengganu.

My creation

Tiba di Dungun, Azan Isyak mula berkumandang, perjalanan yang agak panjang. 6 jam dari KL dan sempat singgah di Paka bertemu Kamarin untuk dinner. Malam ini adalah malam ke 2 bagi tahlil arwah, upacaranya di rumah... Ramai sanak saudara dan sepupu sepapah yang hadir dan ramai juga yang pulang ke rumah masing-masing pada malam itu...

My creation

Hari ke tiga tahlil Arwah, just makan roti canai yang kuahnya dibuat sendiri, tapi programnya bermula dari pagi. Pagi2 lagi Panda dah ke Pasar Dungun, petang bergotong royong memasak beranika makanan petang, siap ada lempeng lengang, lempeng nyior, putu mayam kuah manis, kari lembu, kari daging. Balik Dungun memang meriah, masak apa pun akan habis. Roti canai 210 biji habis dalam masa satu jam, begitu juga kari kambing dan lembu.... Tak terasa ada kematian walaupun bila semuanya selesai barulah timbul cerita-cerita menyayat hati....

P4160287

Malam Ahad (12.04.2009) terima sms dari adik, Mak Long sakit tenat dan janjiku Selasa petang lepas temuduga akan terus balik ke Dungun Terengganu. Pagi Isnin (13.04.2009) Mak Su Call, Mak Long dah di keluarkan dari hospital, bukan kerana makin pulih tetapi tidak dapat dipulihkan... 10.30 adik telefon, MakLong dah pulang ke RahmahtuLLAH, jam 11 Fifi call, EX-chuping (Xcoursemate masa di Arau) meninggal, accident di Rawang dan mendapat liputan penuh diakhbar-akhbar utama pada 14.04.2009. Kemalangan bas express yang melibatkan kematian 6 nyawa.... Ex baru jer berkawin sebulan lepas...

Bagi Panda, sekiranya tiada di depan mata, Tak terasa apa-apa, tetapi bila kembali ke kamung, terasa aja Mak Long masih ada di depan mata, Panda tinggal bersama beliau sejak akhir 1998
sehingga awal 2004. Selalu mendengar bliau berleter ke anak cucu yang tak berapa nak mendengar kata. Masih terbayang Mak Long di tepi tingkap memerhatikan Panda dan Maksu menjaga kedai.

Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang yang solleh.... Al Fatihah....

My creation

Khamis 16.04.2009, panda dan mak balik ke Rompin, sempat 2 malam di rompin dan Sabtunya Panda memulakan perjalanan balik ke Ipoh. Sempat semalam di Putrajaya. Ahad petang baru panda tiba di Ipoh. Hari ini dapat email (setelah seminggu tidak online) Ada meeting di HQ pada khamis dan Jumaat, So, Panda tak boleh hadiri mesyuarat pengurusan peringkat negeri. Penat juga dok travel jejauh ni...

Cuma tekad Panda, lepas ini nak lebih kerap balik kampung bagi bersama orang tua... berbakti ketika ada. Panda tak nak ralat bila mereka sudah tiada lagi..

3 comments:

  1. Hey.. are you married?

    Coz I have read some of your previous posts, and I think I'm in love with you. Hehe.. :p

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah. Sekadar pemberitahuan demi kesejahteraan hidup.

    Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

    ReplyDelete
  3. nadzirah- terima kasih atas apa yang puan fikirkan...

    Rantong- thanks for the info

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com