Sunday, April 12, 2009

Bukit Gantang P059-Kuala Terung/Matang

P4020674

Ini kali ke dua Panda menulis buat entry ini, yang sebelum ini semuanya hilang sebelum disimpan diruang siber ini. Kali ini, bukanlah kisah pilihanraya lagi, walaupun kejadian ini berlaku semasa tempoh berkempen pada 2 April 2009 (Khamis) yang lalu. Melawat projek katakan. Ini antara projek pertanian yang terakhir akan dilawati oleh Panda kerana agensi kami telah menangguhkan pembiayaan keatas projek pertanian sejak 18 Februari yang lalu. Bukan kerana kegawatan ekonomi, tetapi tabungnya telah habis kekeringan. Rezeki Pak Cik ni lah kerana menerima pembiayaan antara yang terakhir pada bulan februari yang lalu. Jadi tujuan kami adalah melihat samada pembiayaan itu digunakan ke tempat sepatutnya atau tidak.

My creation

Lokasi projek adalah di Kuala Matang, daerah Matang. Lokasi pertemuan adalah Kuala Terung. Kawasan yang amat sunyi, Ekonomi utama kawasan ini adalah nelayan bot kecil dan perusahaan arang bakau. Bila tiba di Kuala Terung, anda akan terhidu bau Arang Bakau yang harum dan mempersonakan. Perjalanan kami menggunakan bot laju memakan masa lebih kurang 45 minitke lokasi sangkar ikan yang diusahakan oleh pengusaha.

My creation

Disini terdapat banyak bot-bot kecil fiber dan kayu yang diusahakan oleh orang tempatan sebagai nelayan sungai. Kegiatan utama menggunakan bubu sembilang dan beto ketam. Sempat juga menyaksikan orang menangguk kerang.

My creation

Walaupun tujuan kami hanya untuk melihat projek tersebut, tetapi kami terpaksa bersama-sama menyaksikan pengusaha menyiapkan sangkar-sangkar ikan. Kami berada di tengah-tengah Sungai Matang seharian. Nasib baiklah ada disediakan nasi lemak dan jely kelapa sebagai alas perut sepanjang hari. Setelah tiga kali hujan dan ribut, jam 5.30 petang barulah kami berangkat pulang bersama bot besar (kayu) kerana hujan lebat, mengambil masa lebih satu jam untuk kembali ke Kuala Terung.

P4020758

Kami tiba jam 6.45pm ke Jeti, sempat melalui kilang Arang kayu bakau yang terkenal dengan mutunya yang tinggi. banyak pepohon bakau yang ditebang....

Hari ini (12.04.2009) Keputusan pilihan raya sudah diketahui, begitu juga malam ini keputusan Anugerah Bintang Popular (ABP2008) juga telah diketahui, Nabil dah menang. Perdana Menteri baru pun dah tau, begitu juga barisan kabinetnya. Kementerian dimana agensi kami bernaung pun dah dilupuskan. Pada awalnya terpinga-2 juga, walaupun meraikan pengistiharan perginya mantan menteri kami ke Kementerian lain. Tapi dimana dan siapa pula menteri baru kami... Akhirnya, seperti sirih pulang ke ganggang... Kami kembali ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah...

Isnin (13.04.2009) Panda akan ke KL untuk menghadiri satu temuduga biasiswa sambung belajar, satu benda pun tak sedia lagi, hati masih confius...Betul ker aku nak belajar lagi ni?

3 comments:

  1. salam...cute panda...

    juz nk tanye, saye ade search kt goggle psl tasik banding, grik, perak..so keluarlah awak nya blog, sgt suke okay tgk2 pic dr blog awak, byk sgt tempat yg besh...

    nk tanye lah, camna keadaan kt tasik banding tuh, sbb saye teringin sgt nk bw DSLR saye, tp hubby saye x mengizinkan takut keadaan tempat yg x seuai, mcm ade air, hutan...adakah ok bile saye nk bw DSLR kt ctu...dan mcm mana penjagaan nya nnti...teringin sgt nk mik gambo nature...hehehe

    ReplyDelete
  2. Pn Eden- sory 4 late reply... BZZ yang amat.
    Klu stakat beli camera mahal lepas tu simpan jer, baik bungkus dalam kain kuning (Wah..kasarnya bahasa)pakai jer mana2 pun, cuma jangan celup dalam air atau hempas ketanah dah la... hati-hati jer.
    bayak bahan rujukan kat internet dan magazine...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com