Wednesday, November 5, 2008

Dari Miri ke Brunei Darul Salam

Baru balik dari Kerian aka Parit Buntar, tapi aku xnaklah masukkan entry pasal Kerian... Tapi lebih pasal pengalaman di Miri weekend sudah. 01.11.2008 (Sabtu) Aku bersama Nazri ke Brunei, agak lewat, sekitar jam 10 pagi, sebelum itu sempat singgah ke E-mart untuk menukar wang kepada Brunei Dollar, just BD20 atau RM50, Sempat melihat buah Dabai fresh, walhal semasa kehadiran aku ke bumi Kenyalang sebelum ini belum berkesempatan melihatnya lagi.. Katanya buah ini ada di bumi Borneo sahaja... Xpulak aku merasanya...

Bumi Brunei, sebelum memasukiya, dikenakan tol sebanyak RM10 disebelah Malaysia dan BD3 disebelah Brunei, perjalanannya lancar. Bumi Brunei sama seperti Miri, kawasan hutan berpaya yang sangat luas. Tiada kawasan perumahan yang luas sehinggalah sampai ke Bandar Sri Begawan... Cuaca amat baik, dan panas yang amat...

Kami sempat singgah seketika di Jerudong Park yang tiada tetamu itu..kosong dan di tinggalkan sepi. Cuma untuk mengambil beberapa gambar dan perjalanan di teruskan ke Empire Hotel & Resort. The biggest Hotel di Brunei. agak bertuah, kerana waktu itu ada lawatan Putera England, Prince Charles ke Brunei. Sempat beberapa shots disitu.... Hotel yang agak mewah dan besar..



My creation


Perut agak lapar, perjalanan diteruskan ke Bandar Sri Begawan untuk melawat Masjid yang terkenal di Brunei, Masjid kubah emasnya, masih lagi terdapat kerja-kerja renovation disitu.. tapi keindahannya masih ada..dan masjid ini memang indah...

My creation

Jam3, kami terus kembali ke Miri, kerana katanya ada program ambik pics kat pantai, tapi meleset...sampai agak lewat, sekitar jam 5, program ditukar ke mengambil gambar senja di tasik senadin berhampiran rumah rush.

My creation

Esok, sekiranya berkesempatan akan menyambung kisah hari ke3 di Miri. walaupun sempat makan malam bersama rakan-rakan dari Miri. tapi restoren yang dikunjungi tak berapa berkenan nak aku promotekan disini. Tanya orang tempatan lah k....

5 comments:

  1. Buah tu memang ada di bumi Borneo je. Sedap dan berlemak!

    Bestnyer dapat gi jalan-jalan kat Brunei. josh belum pernah sampai situ lagi.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Nice pictures and hope ur enjoy ur trip ke Sarawak kali nie...take care

    ReplyDelete
  3. Salam Tok Sheikh....byk cekadak ko tak nak promo restoran UCC tuh...tokeh dia tuh oghe Teganu bae...huhuhuhu...

    Mujur tok bowok demo ke Siamese...

    ReplyDelete
  4. Kenapa lah UCC tuh mu tak kenan eik? hihiks

    ReplyDelete
  5. salam. gambar2 yg diambil menarik sungguh. pndai photo shoot. mcm abg rush jugak. jom exchange link. kalau sudi. tq.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com