Tuesday, August 21, 2007

PTK

hari ini aku exam PTK, pagi masuk opis dulu...check 2-3 surat. Dah terima surat uk bayar deposit air dan elektrik bagi rumah yang dibeli. Dijangka akan siap tengah tahun depan. lepas ni boleh tukar ke KL la pula. jadi orang KL ler... Tapi kena abik cuti tuk sentle all this thing. bila agaknya. Hari makin suntuk n banyak program tak setle lg... pemaju mintak setle dlm tempoh seminggu lagi.... arhhh poning lie...


Exam hari ini...1st paper ok lah, ada skit konfident tuk aras , paper khusus 50/50 jer... agak konfius, bukan kerana jawapan tp soalan-soalannya kelihat tidak tetap. kita yang biasa dengan kerja yang ditanya pun hairan, perkara yang jelas tapi dalam soalan tidak tepat..lain-lain aku tak mahir la, seperti hal-hal saman menyaman dan mahkamah:-( Padan muka aku...Lepas ni kena study lagi la, boleh ambik next Disember...


Petang, meeting lagi...ada 3-4 pgm besar sebelum uasa yang melibatkan YAB MB..Entah lah. Rasa letih. Pasal kurang darah ker. Entahlah. Xsempat nak pegi check lagi.


Petang, kawan lama datang singgah Seremban..ada meeting, sempat pow dia.he he he tQ TM:-P


NI, email yang aku terima ptg ni..Enjoy k-


CARA MUDAH KALAHKAN HANTU...


Polong Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.


Langsuir Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda renung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.
Pontianak Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.


Hantu Raya Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia,bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.


Hantu Galah Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi.Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada di situ.


Jerangkung Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.


Toyol Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas,lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya...lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu...

Hantu Ponteng Yang ni payah sikit nak cakap sebab,hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng keja , lepaih tu nengok e-mail..macam sekarang nih..sah-sah tengah baca e-mail nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat keja .....hehe! hehehehe.......

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com