

Hari ini, aku telupa untuk hadiri raptai hari kebangsaan, xramai yang pegi, jadi tinggal lah aku sorang yang jaga opis. Untuk makluman staff yang ada 2 orang hakiki, 1 pinjaman dan 1 lagi sambilan (tu pun pinjam darai department lain) Melopong aku tunggu kat opis, tu pun dah masuk kul 9.30, sebab bawa bos tgk tanah untuk plan pembangunan. besar la projek ini. Projek kedua terbesar di bawah pejabat kitaorang....
Sorang staff masih lagi bercuti tanpa kebenaran....aku sampai opis tengok gelap jer. padah nampaknya... terpaksa lah tunggu petang untuk ke wisma negeri, dengan harapan orang yang g raptai akan balik opis semula.... Rupanya diorang akat balik rumah sebab xlarat...2 kali kena round bandar seremban....
Petang, sempat keluar.. tengokbangunan /lot kedai dan pegi pTG abik segala semakan, borang2 berkaitan untuk program minggu depan.... BZZ gak aku yer..
Sk raptai penuh perarakan untuk hari jumaat ni...lepas u tak tau lak nak buat program apa minggu ni... nak balik kampung ker? putrjaya atau?
susahnay nak buat pilihan..jdi anda boleh la menghantar sms ke 444 tekan-tekan tak dpat untuk mengundi dan memilih jawapan yang sesuai...
gurau jer:-P
Hari ini, hidup masih diteruskan... terasa agak serius pulak apa yang dicatatkan di blog ini. kenapa yerk? Mungkin pengalaman dan sifat yang inginkan sesuatu yang serius. Entahlah...
Hari ini aku mendapat maklumbalas dari seseorang. Tanda pemutus dan penamat. Berakhirlah sebuah perhubungan. walaupn secara rasminya telah amat 16 Jun 2007 yang lalu. Tapi tindakan aku ini umpama orang yang gila talak. Kekadang lucu sendiri... Dulu apabila menonton drama melayu, melihat lelaki yang bercerai kita akan ketawakan mereka kerana tergiler-gilerkan bekas isteri yang ditinggalkan. Bila kena pada diri sendiri. Padan muka aku:-P
Hidup mesti di teruskan.. mana tau dapat yang baru:-P Tapi yang baru tidakan sama dengan yang lama, kerana setiap yang ada adalah berbeza dan mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Tapi seperti yang ku katakan hidup perlu diteruskan. Bergantung pada diri sendiri adalah yang terbaik. Cukuplah ALLAH bagiku..
Apa misi terbaru. InsyaALLAh akan ku cuma untuk ke Baitullah dalam masa terdekat. Tidak tahun ini, tahun depan atau selagi hayat di kandung badan. Doakan aku yerk semoga selamat sampai kesana... AMIN
Aku juga berharap, tulisan di blog akan lebih santai, meriah dan ceria. Bukan cerita-cerita sedih yang mengalirkan air mata dan meruntum jiwa. Walaupun ia tidak menjadi karya yang MAHA AGUNG, tetapi cukup untuk aku mencoretkan apa yang aku rasa, inginkan dan impian.
Solat Maghrib masuk waktunya... Berhenti aku seketika..mungkin akan bersambung pada malam ini ataupun malam esok unuk menceritakan perihal Persidangan MPUD di Hotel Istana, Kuala Lumpur esok... Jam 6.00 pagi perlu bergerak dari Seremban. Jika sempat akan ku masukan beberapa shot yang aku ambil sekiranya menarik....
See you soon....