Saturday, January 7, 2012

Sehari di Abu Dhabi

 

24 Desimber 2012 (Sabtu) - seawal jam tujuh pagi yang sejuk. panda menaiki teksi ke stesen bas Al Ghubaibah dari burj Residences. Caj yang dikenakan adalah EAD24. Kedudukan stesen bas ini tidak jauh dari Bur Dubai iaitu bandar lama Dubai.


Menggunakan perkhidmatan bas ekspress menuju ke Abu Dhabi mengambil masa kira-kira 2 jam dengan kos EAD25 sahaja, ini amat berbeza dengan menggunakan teksi pergi balik pada harga EAD500, sekiranya anda ada 4 orang, mungkin berbaloi-baloi. Apa yang menariknya lagi, tambang dari Abu Dhabi ke Dubai adalah AED15, total hanya AED40 untuk pergi dan balik. Jimat bukan. Bas juga selesa dan anda akan dihidangkan dengan pemandangan pemandu bas. Television yang ada di dalam bas menayangkan pemandangan depan bas.


Tiba di ABu Dhabi Bas Terminal, keadaan amat mengelirukan kerana ini adalah stesen bas ekspress untuk keseluruh UAE. panda sempat bersarapan di kedai makan orang Syiria. Agak murah sekitar ED11 sahaja. Itupun panda hanya tunjukkan apa yag orang lain makan walauun kurang enak di telan. Kebanyakan pelanggan yang ada adalah daripada Asia Tengah seperti Afganistan dan Turkemistan ya g memandang panda ala-ala menakutkan.



Dari Terminal Bas Abu Dhabi, panda menaiki teksi ke Sheikh Zayed bin Sultan Al Nayan Mosque. Masjid yang memecahkan beberapa rekod dunia diantaranya Masjid ke tiga terbesar di dunia, Kubah terbesar didunia, Chandelier terbesar di dunia dan di buat dari Marmar putih. Antara Megasturture  di abad ini.


Keindahan Masjid ini memang mengujakan, perinciannya amat jelas setiap ruang lengkok seni binanya. Panda belum pernah ke Taj Mahal jadi panda tidak dapat memberikan komen untuk membandingkan kedua-duanya. Lagipun kita tidak boleh mengambil gambar di ruang dalam Taj Mahal setahu panda. Disini sangat bebas untuk  berposing dimana-mana sahaja di dalam masjid. Masjid ini juga satu-satunya yang di buka untuk non-muslim di Abu Dhabi.



Malangnay tiada ruang untuk pelancung muslim menunaikan solat sunat jika ke Masjid ini pada waktu lawatan. Tiada bayaran masuk dikenakan untuk masuk ke Masjid ini.


Dari Masjid ini panda menaik teksi ke Ferrari World. Perjalanan hanyalah sekitar 20 minit keluar dari pusat bandar Abu Dhabi menuju ke Yas Island. Caj adalah AED41 termasuk singgah di Marina Tower hotel (gambar di atas) dan juga F1 Flag UAE Track.



Ferarri World, memang besar dan gah. di situ adanya roller coster yang terlaju di dunia buat masa ini, menyamai kelajuan kereta ferarri F1. Bayaran masuk adalah AED225 untuk dewasa. Panda sempat juga bertemu beberapa rakyat Malaysia yang bekerja di UAE menghabiskan hujung minggu di sini.


Meninggalkan Ferrari World, menggunakan Shahama-Dubai Road, panda meuju ke Saadyat Island. Menurut pamplet pelancungan di Ferrari World mengatakan adanya usat kebudayaan Emiratee di sana. Setelah puas berpusing-pusing, tiada siapa pun tahu dimana lokasi tempat itu, panda mengambil keputusan untuk ke hotel termahal di dunia iaitu Emirates Palace.



Jika anda menaiki teksi, atau kereta bertaraf Toyota, Honda ataupun Lexus, anda tidak dibenarkan masuk pagar hotel ini pun. Jadi panda berlegar dari luar sahaja.


Kemudian panda ke Marina Mall, antara mall yang terbesar di Abu Dhabi. Di sebelahnya ada perkampungan kebudayaan. Kesan hari yang lewat, Panda tidak sempat ke Heritage Village tersebut. Panda menaiki bas dengan bayaran AED1 ke Abu Dhabi Bas Terminal dan meneruskan perjalanan pulang ke Dubai.







Tuesday, January 3, 2012

Dubai - Hari 2 dan 3


Hari ke 2, 22 Disember 2011 (Khamis), menggunakan metrodubai berbekalkan kad RTA bernilai EAD20 daripada Metro Burj Khalifa ke Al Rigga, katanya di sini terdapat kedai-kedai cenderamata yang lebih murah harganya. Panda tiba agak awal, banyak kedai yang belum memulakan operasi walaupun sudah jam 10 pagi. Panda ada menemui kedai yang sekiranya di Malaysia seperti kedai RM2 atau RM5 satu barang, tetapi di sini harganya tidak serangam, free magnet paling murah pun AED8.



Panda meneruskan perjalanan melalui bulatan Clock Tower. Satu iconic yang lama bagi Dubai. Panda sempat menikmati makan tengahari di Deira City Centre, makan Burger King sekitar AED28. 


Setelah itu, Panda menyusuri Dubai Creek dari Deira city centre menuju ke Baniyas Marine Transport. Sepanjang perjalanan, Panda menikmati keindahan terusan ini. Ia menjadi pelabuhan tradisional bagi penduduk tempatan dan di penuhi dengan Dhow tradisional. Tetapi pekerjanya adalah terdiri dari warga Pakistan yang memakai pakaian tradisional Pakistan. Kita akan berasa selamat walaupun berjalan seorang diri di sini.


Dari Baniyas Marine Transport, panda menaiki feri ke Dubai Old Souk, kosnya pergi balik AED6 sahaja. Dubai Old Souk ini antara pasar yang terawal di Dubai. Sangat Tradisional tetapi di penuhi dengan kain-kain dan pakaian daripada India dan Pakistan. Anda tidak akan menrasa diri anda di Timur Tengah kecuali seperti di Pakistan bila ke sini.


Di sini juga terdapat Dubai Fort & Museum. Anda boleh berjalan kaki dari terminal Old Souk ke sini. Di sekitar sini juga terdapat kedai-kedai yang menjual cenderamata tempatan yang agak murah berbanding di pusat bandar baru. Cuma perhatikan kedai-kedai seperti kedai RM2 di Malaysia.


Dari Museum, panda ke terminal feri Bur Dubai, memandangkan tiket feri panda hilang, panda mencuba menaiki perahu dengan kos EAD1 ke Deira Old Souk. Di sini banyak menjual rempah ratus Timur Tengah. Dari ini Panda berjalan kaki menuju Metro Baniyas. Dari situ menukar haluan ke Union dan terus ke Metro Burj Khalifa. Hanya rehat di rumah pada malamnya.


Hari 3, 23 Januari 2012 (Jumaat), perkhidmatan metro hanya di mulakan selepas solat Jumaat iaitu jam 1:30 petang. Panda hanya berada di Dubai Mall pada tempoh itu. Sekitar jam 2.00 petang panda menuju ke Dubai Festival City dengan menggunakan laluan Metro Burj Khalifa ke Emirates Metro Station. Dari situ panda menaiki bas ke Dubai Festival city.























Tujuannya hanyalah ingin ke Hard Rock Cafe Dubai. Harganya, lebih tinggi berbanding dengan Hard Rock Hong Kong. Di sini juga terdapat butik Ferari dan jenama-jenama terkenal lainnya. Sama seperi di Dubai Mall. Dapatlah panda membeli t-shirt Hard Rock Cafe Dubai debgab harga AED92.


Petangnya panda terpaksa menaiki teksi ke Emirates kerana kad metro tidak mencukupi kreditnya. Bagusnya di sini pengangkutan awamnya adalah cekap dan orangnya juga mesra. Pemandangan waktu petang di Dubai Creek juga menawan dengan berlatar belakangkan bangunan-bangunan tinggi di Jameira.

Sunday, January 1, 2012

Welcome 2012, Good Bye 2011...


Selamat tahun baru 2012 buat semua, suasana di Kuala Lumpur agak sunyi. Ramai yang masih tidur agaknya selepas bersengkang mata menunggu prtunjukan bunga api ketika kiraan tahun baru jam 12:00 tengahmalam tadi. Panda hanya berda di kediaman sambil melihat dari tingkap yag sentiasa terbuka. Bunga-bunga api bertebaran di seluruh Kuala Lumpur.

Di tahun baru ini, Panda ingin berkongsi resolusi travel panda bagi tahun 2012, walaupun mungkin tidak akan menjadi kenyataan semuanya. cuma seronok meletakkan angan-angin ecara bertulis supaya ia lebih mudah di visualkannya. Panda akan menjadikan 2012/13 adalah tahun menjelajah dunia. Tertakluk kepada perubahan.




Resolusi 1: Buenos Aires, Argentina 

Ini masih tidak berketentuan, ibarat kata kaki berangan, 'No ticket, No Talk'. Ini kerana Malaysia Airlines akan menamatkan route ke Buenos Aires melalui Capetown pada awal Februari ini. Sekiranya ingin mengambil peluang, perlu merebutnya pada Januari 2012 ini sahaja. Mamandangkan panda tidak boleh meminjam wang zakat sebelum menggunakan wang tabungan am, Ini menjadi halangan buat masa ini kecuali menggunakan tabungan khas.


I


Resolusi 2: Krabi Thailand

Menggunakan penerbangan AirAsia AK804 Sunday 29 April 2012 dan kembali A805 Wednesday 02 Mei 2012. Lama sudah tidak melihat laut dan juga ke Thailand.


Resolusi 3: Osaka Jepun

AK D7 532 Wenesday 27 June 2012 - AK D7 535 2 July 2012. Pada masa yang sama pada tarikh ini, kami di Malaysia Airlines akan sibuk dengan penerbangan pertama Airbus A380 dari Kuala Lumpur ke London. Ke dua-dua program ini memang amat menterujakan.Harap dapat kelulusan cuti.


Resolusi 4: Sebahagian Europe

Perancangan sekitar September 2012, sebab kontrak panda akan tamat pada Oktober 2012 sekiranya tidak di sambung untuk ke cycle 2 sessi 2013. Cadangan adalah mengikuti program kelanaconvoy selama 16 hari. bermua di London, ke Amsterdam, Volendam, Frankfurt, Fussen, Innsbruck to Venice, Florence to Rome, Rome to Pisa, Swiss Alps, Lauterbrunnen & the Swiss Alps, Paris, lastly Paris to London.


Materialnya pula, masih menunggu kemunculan iphone 5 yang di warwarkan sekitar September 2012. Jika tidak iphone 4s pun dah kira bagus. kontrak Iphone pada pun akan tamat pada bulan Jun 2012 nanti.


Ini antara gadget anda inginkan untuk 2011, tetapi tidak sempat untuk mencapainya. Tunggu 2011 untuk Ipad 3. Dijangka akan muncul pada March 2012. Sabar k.

Sesuatu yang compact tetapi pintar. senang di bawa kemana-mana. bolehlah panda letakkan dalam kereta sahaja. menarik bukan?


Apapun 2012 mungkin lebih berliku. Perbindahan dari Subang ke KLIA Support Zone, menyelia rumah yang tidak di huni, ketidaktentuan politik. kezaliman terhadap mahasiswa dan pencinta demokrasi, penyelewengan dana awam yag berleluasa akan memberikan impak yang akan besar kepad hidup panda dan masyarakat Malaysia kesemuanya. Kita berada dalam era yang tidak pernah erfikir pada masa dahulu... Anyway enjoy the New Year Holiday....

Friday, December 30, 2011

Dubai - Jumeirah


Hari pertama,masih keletihan dan juga mengalami jetlag. Waktu di Dubai dan Malaysia berbeza selama 4 jam. Selepas menikmati makan tengahari di Mc Donald Dubai Mall yang berharga  DHM20, panda mengambil keputusan untuk mengunjungi Burj Al Arab di Pantai Jumeirah. Sebelum kewujudan Burj Khalifah, bangunan hotel bertaraf 7 bintang ini adalah icon bagi Dubai.


Dubai Mall ke Souk Madinat menggunakan teksi adalah AED31. Ia adalah rangkaian bangunan yang mengandungi hatel, pangsapuri dan juga pasar yang menjual barangan cenderati timur tengah. Binaannya adalah tradisional dan berada di tepi pantani berlatar belakangkan Burj al Arab.


Dari Souk Madinat, Panda berjalan kaki ke Burj Al Arab, mengambil masa 15 minit. Hotel ini berhampiran dengan Wild Wadi water Park, sebuah taman tema keluarga yang juga menjadi icon Dubai. Taman tema ini mempunyai water slide terbesar/terpanjang/ tertinggi di luar Amerika Utara. Bayaran masuk sekitar AED200.



Pengungjung biasa adalah dilarang memasuki Burj al Arab, hanya dibenarkan untuk mengambil gambar di luar pos pengawai di depan Wild Wadi. Khas ahanya untuk penginap sahaja. Di pos pengawal juga panda telah bertemu solo traveller yang merupakan warganegara China tetapi belajar di London. Setelah pengenalan ringkas kami bersama-sama ke Jumeirah Beach Hotel.


Dari kolam renang Jumeirah Beach Hotel, pengunjung juga boleh melihat Burj Al Arab dengan lebih jelas. Sakali lagi, hotel ini hanya boleh dimasuki oleh penginap sahaja. Tetapi kami sempat sampai ke Lobi hotel.


Setelah itu, kami ke Jumeirah Public Beach yang berada di sebelah Jumeirah Beach Hotel. Di Dubai, kebanyakan pantai-pantainya adalah dimiliki oleh resort dan hotel. Walaubagaimanapun, pantai awamnya sangat bersih dan airnya membiru. Amat berbeza dengan pantai-pantai di Malaysia.


Dari Pantai Awam Jumeirah, kami menaiki teksi ke The Palm Jumeira, pulau buatan yang berbentuk pokok Palm yang pertama di Dubai. Perancangan ada tiga pulau Palm ini iaitu Palm of Jumeira (telah siap dan beroperasi), The Palm Jebel Ali (siap pulaunya tetapi tiada bangunan) dan The Palm Deira - Palm yang terbesar (hanya beting pasir dan mungkin terbengkalai). The World Islands juga telah siap tetapi masih belum ada pembangunan di atasnya. Teksi ke sini berharga EAD37. Di sini terdapatnya hotel dan aquarium yang diberi nama Atlantis. Resort dimana isteri PM kita memberikan ucaptama ketika persidagan wanita di sini.


Dari Atlantis, kami ke Mall of the Emirates, teksi AED47 walaupun 20 minit perjalanan. Kali ini kami menaiki teksi Lexus yang panda tidak pernah naiki di Malaysia. Kebanyakan teksi di DUbai atau UAE adalah toyota Altis. Harga kereta sangat murah disini, Altis sekitar AED26,000 sahaja, manakala petrolnya hanya EAD1.75 per liter.


Dari The Mall of Emirates, panda kembali ke Burj of residences menggunakan metro Dubai, untuk tambang sehala adalah EAD6. Metronya sangat panjang dan ada coach untuk goldcard dan wanita. Bagusnya di sini, wanita diberi keutamaan dalam pengangkutan awam, ada tempat duduk khas dan kaunter tiket yang berasingan.


Malamnya, panda berkesempatan dibawa teman ke Dubai Marina  yang dikatakan akan menjadi  to be the world's largest man-made marina. Sangat menarik kerana selain bangunan yang hebat di sini, setiap bangunannya mempunyai pemandangan laut dan juga terusan. Menikmati makan malam di Nandos dengan harga AED45.

Thursday, December 29, 2011

Dubai - Burj Al Khalifa


20 Disember 2011 (Rabu), penerbangan Malaysia Airlines MH154 meninggalkan lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 2359 menuju ke Dubai. Penerbangan mengambil masa 7 jam merentasi lautan Hindi dan tiba jam 0300 di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Terminal 3. Lapangan Terbang yang terbesar di dunia.



Lapangan Terbang yang sibuk, pegerakan di emegresen juga agak pelahan. Kelebihannya Dubai adalah negara yang agak mudah untuk dimasuki. Pengunjung tidak perlu mengsi apa-apa borang di lapangan terbang. Cukup dengan passport sahaja. Lain-lain akan diuruskan oleh pegawai emergresen.


Memandangkan keputusan untuk ke Dubai dibuat agak tergesa-gesa, dengan persetujuan rakan sembang yang telah dikenali lebih 5 tahun lepas untuk menumpang beberapa hari. Panda segera membeli tiket. Keputusan ini di ambil kerana Malaysia Airlines akan menamatkan perkhidmatannya ke laluan Kuala Lumpur -Karachi- Dubai-Damam pada Januari 2012. Walaupun perancangan awal adalah sekitar March 2012 untuk panda berkunjung ke sini. Laluan Kuala Lumpur - Johannesburg-Cape Town- Buenos Aires juga akan di tutup dalam tempoh yang sama. Panda tidak sempat untuk menikmati laluan ini.


Suhu di Dubai sekitar 16C hingga 22 C, lebih sejuk berbanding Perth yang panda kunjungi Oktober lepas. Perjalanan dari Lapangan Terbang ke Burj Residences hanya mengambil masa 30 minit dengan cajnya UAE Dirham DHS47 aka RM41. Tukaran asing pada waktu panda ke sini sekitar DHS100=RM90.


Lokasi penginapan adalah strategik, kedudukannya hanya seperjalanan 10 minit ke Dubai Mall, salah satu gedung membeli belah terbesar di dunia, mempunyai pelbagai jenama terkemuka dan ada aquarium yang hebat di tengah tengahnya yang mengisi ikan-ikan laut. Di sebelahnya terdapat Souk Al Bahar yang dibina sebegitu rupa untuk mengekalkan tradisi bangunan Arab dan juga icon utama iaitu bangunan tertinggi di dunia buat masa ini dan beberapa tahun yang akan datang iaitu Burj Khalifa. Bangunan setinggi 828 meter ini amat mempersonakan. Tidak puas mata memandang. Di sekitar ni juga terdapat beberapa hotel hebat seperti the Palace, the Address Dubai Mall, The Address Downtown Hotel, Ramada Hotel dan lain-lain.


Pengangkutan awam adalah bas RTA dari Dubai Mall, Metro (seperti LRT di Malaysia) Dubai Mall/Burj Khalifa, dan juga teksi yang pelbagai jenis. Jadi pengunjung boleh ke mana-mana destinasi dari Burj Khalifa ini ke lain-lain bahgian di Dubai. Memandang Burj of Dubai juga pun sudah terpengun. Apatah lagi melihat persembahan air pancut di Dubai Fountain setiap malam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com